Wednesday 28 September 2022

Mubarak Lounge Homestay, Batu 8 Gombak

Dari hari kejadian 14/8-27/8 kami tinggal di Soho Hotel. Kemudian dari 28/8-16/9 kami tinggal di Mubarak Lounge Homestay Batu 8 Gombak. 

Dalam banyak-banyak contact numbers yang diberi oleh kawan-kawan & kenalan, Mubarak Lounge ni yang terakhir Ummi called. Alhamdulillah rezeki kami, dapat sewa untuk sebulan straight. Owner pun baik hati, minta bayaran secara mingguan. Jadinya bila minggu ke-3 kami mohon untuk keluar, beliau tiada halangan.  Alhamdulillah rezeki bertemu orang yang baik-baik belaka. 

Lengkap dengan peti sejuk dan mesin basuh. 

Dapur gas pun disediakan...

Lapang hati Ummi dapat buat aktiviti harian seperti membasuh dan memasak. 

Pasang cadar dan selimut dari rumah supaya lebih feel at home. Froggy the Frog tu pun ikut sekali:)

Kalau nak tahu, dulu tempat ni ialah Akademi Fateh Hakim, tempat tuition UPKK Abang dulu 🙂. Owner sekarang sewa dan buat homestay di tingkat atas manakala tingkat bawah ada kedai runcit dan kedai sabun dobi. 

Setiap kali entah berapa kali kami turun naik tangga ni... Sampai kuruslah :p

Rupanya homestay ni dekat dgn rumah Medina, bff Kakak. Dah hujung-hujung duduk sini baru tau... 

Alhamdulillah, dari segi kemudahan dan kadar sewa sangat OK cuma kekurangan homestay ni takde aircond. Paling struggle time nak tidur. Terpaksa berkipas, tidur atas lantai dsbnya sampai terlelap. Angah sampai buka baju haha .. Bukan berlagak, tapi dah terbiasa on aircond masa tidur, jadi susah juga nak biasakan diri. Masuk minggu ke-2 , Ummi angkut sekali table fan hihi ..TV pun takde, tapi takde masalah. Boleh je stream live TV kat laptop. Petang-petang Adik layan Anak Beranak Abe Yie 😂

Lagi satu, parking sangat limited dan sempit, kawasan kampungkan... Malas nak berebut (tak sempat berebut pun, sebab asyik penuh je parking-nya), Ummi parking di kawasan lapang berhampiran. Masalahnya, setiap hari kami kena berjalan dalam 5 minit ke kereta. Berjalan tu takde masalah tapi nak bawa barang, keselamatan (sebab 6.30 pagi keluar rumah) semua tu mengganggu juga. Kadang tu anak2 tertinggal homework dalam kereta, satu kerja pula nak ke kereta. Bertambah parah, Ummi kena hadap semua ni sorang-sorang. Temporary PJJ masa ni :( 

Pandangan tempat parking dari balkoni rumah. 

Adik sambut Merdeka di balkoni homestay. Seronok dia tengok kereta motor  lalu lalang di jalan besar bawah tu.. 

Apapun tetap satu kenangan juga untuk kami khususnya anak4 yang dah terbiasa hidup di kawasan taman perumahan. Pesanan untuk anak4, hidup ni umpama roda, adakala hidup kita smooth, ada kala kita diuji. Be positive dan sentiasa berlapang dada. Semua berlaku ada sebab, ada hikmah. 

Mubarak Lounge Homestay
Jalan Gombak Batu 8
Kg Sg Chinchin
53100 Kuala Lumpur

13 comments:

  1. Alhamdulillah dipertemukan dengan orang yang baik2. Sekarang PH menetap di mana sementara tunggu urusan renovate rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homestay juga Carneyz tapi lebih dekat dgn rumah.

      Delete
  2. Alhamdulillah... Allah hadirkan ramai insan2 yg baik... moga semua urusan PH dipermudahkan... aamiin

    ReplyDelete
  3. ni yg arah nak ke UIA sg pusu tu eh?

    ReplyDelete
  4. Semoga allah terus permudahkan urusan PH, insyaallah x lama je lagi semua will be back to normal...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    Pengalaman yang tak dapat dijual beli..
    akan menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada jugalah pengalaman duduk rumah kg utk depa ni...hihi

      Delete
  6. Kalau tahu awal-awal, si Kakak itu mesti petang-petang keluar main dengan kawan baiknya.
    Rasa pengalaman duduk di kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...kami pun pindah tanpa dirancang...dia frust, bff dia pun frust gak :D

      Delete
  7. semoga dipermudahkan.urusan Hazel.ye. alhamdulillah
    Cantik view tu . Ciknur minat umah ada balkoni he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rumah kayangan lagi best balkoni dia Ciknur hehe ..

      Delete