Tuesday 6 September 2022

Kebun Paksu :)

Pagi Ahad kami bersarapan di rumah Maksu. Tok Umi dan Tok Ayah dah bertolak ke Tasik Banding sebelum Subuh lagi. Sekejap je dapat jumpa depa. 

Maksu beli nasi lemak bungkus, kuih-muih dan roti Arab. Ummi pula goreng mee Lada hitam dan panaskan nasi goreng Uda malam tadi. 

Bila mak ayah takde tu, sempoi je kami bersarapan... Bersembang je yang lebih hihi... Time ni lah nak membawang :p 

Letih berborak, Maksu bawak ke belakang rumahnya ... First time ni Ummi ke belakang rumah depa. 

Teruja bila nampak pelbagai tanaman di sini. Paksu tukang tanam, Maksu tukang petik ja. Paksu ni tangan sejuk macam Tok Ayah. Subur-subur tanaman depa 😍

Pokok Lemuni 
Daun pokok ni digunakan untuk buat nasi lemuni, hidangan istimewa negeri Jelapang Padi. Istimewa sungguh sampai Ummi pun belum pernah rasa ☺️

Ketumbar Jawa
Selain untuk tujuan perubatan, daun dan batangnya boleh dimasukkan ke dalam masakan tomyam. Aroma dia lebih kuat dari daun ketumbar biasa. Kata Maksu, kedai tomyam banyak guna daun ketumbar Jawa ni. Patutlah sedap! 

Pokok Cemumar
Maksu sebut cemumaq :p Nama lain semeru. Inilah ulam favorite Ummi. Sedap pucuk cemumaq ni. Lemak-lemak gitu rasanya. Benih depa ambil di kebun Tok Ayah. Nanti ada masa nak pi cari jugalah:D 

Pokok-pokok di atas pertama kalilah Ummi tengok. Sebab tu excited sungguh :D Tanam pun dalam pasu je tapi boleh hidup subur. 

Pokok Cekur
Lamanya Ummi tak makan ulam daun cekur ni. Dulu-dulu rajin ke Pasar Tani Melawati... sekarang dah malas... Situ banyaklah ulam-ulam kampung macam ni.

Pokok Pudina
Subur kan? Ummi tanam sekali je hidup :( Dok semai lepas tu, dah taknak hidup pulak. 

Pokok Kesum
Pun sama, tak berjaya lagi menanamnya walaupun dah cuba pelbagai kaedah.

Pokok Kucai
Letak dalam cucur atau mee sedap ni.

Untunglah Maklong hihi... Ummi tak ambil sebab jauh lagi musafir kami. 

Selain tu, pokok-pokok hiasan pun banyak Paksu tanam...

Subur-subur kan tanaman Paksu ni 💚

15 comments:

  1. Baru tahu ketumbar jawa boleh masukkan ke dalam tomyam. Teringin hendak tahu rasa.

    ReplyDelete
  2. Bestnya tgk kebun org lain subur2 semua tanaman. Kami ni jenis tangan panas, asal tanam je tak lama lepas tu mati :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rasa macam Ya Allah, seronoknya... PH ni kdg hidup, kdg mati pokok-pokok yg ditanam:D

      Delete
  3. Hijauuuu.. memang sejuk sungguh tangan. Kita ada kawan orang Penang yg rajin buat nasi lemuni ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti SK pernah rasalah ye nasi lemuni ni ...

      Delete
  4. uishhhh terpandang pulut panggang terus terasa nak makan. bertahun dah ammi tak makan pulut panggang sbb bila nak beli asyik jelah dah habis...bila tak teringin merata pulak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak selamat, time jumpa je terus beli Ammi :D

      Delete
  5. Ooh gitu rupa daun lemuni.
    Saya pernah makan nasi lemuni, sedap jugak.

    ReplyDelete
  6. kehijauan yg segar dan menyihatkan.. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak...segar je mata tengok sana-sini hijau...

      Delete
  7. Arini sy pn mcari pokok d nursery hehe. Beli pokok jasmine tingin

    ReplyDelete
  8. cemumaq tu kampung kami sebut senerui...
    Layur kat bara api sat bagi sikit terbamar dan keluar bau harum..cicah cabai picit ikan keli panggang tawar...mmmmm

    ReplyDelete