Tuesday 16 February 2021

Bila Ummi Meeting Online...

Ummi nak meeting apa? 
Betul ke Ummi ada meeting online? 
Tak pernah pun tengok Ummi meeting online? 

Bila suri rumah sepenuh masa macam Ummi ni tiba-tiba cakap ada meeting online, hairan depa 😂

Sebenarnya alumni university batch Ummi buat AGM Sabtu lepas. Ini kali pertama Ummi joined online meeting, via Webex. Macam-macamlah perasaan; excited nak tengok muka kawan-kawan yang dah lama tak bersua, berdebar pun ada takut buat slack depan skrin masa live haha... Mak tak biasa nak!

Alhamdulillah everything went smoothly. Our brothers champion the discussion. Sisters biasalah malu-malu kucing :p

Ini first AGM jadi ada pemilihan. Hanya ahli yang bayar yuran setakat 31/1 layak mengundi. Ummi termasuk tau. Bangga dapat vote walaupun secara maya hihi...
Tahniah untuk Baim, Amad, Wak Jam, Iman, Hjh Amy, Dee dll yang terpilih sebagai saf kepimpinan. Mandat diberi untuk 2 tahun. All the best guys! 

Melalui Hjh Amy, Ummi dapat tahu nama Ummi pun rupanya ada orang calonkan. Tapi, awal-awal lagi Ummi mohon diketepikan. Biarlah mereka yang boleh dan bersedia untuk pikul amanah diberi peluang. Ummi lebih selesa untuk sokong dari belakang saja. Siapa cakap 'home minister' macam Ummi ni tak busy? Ini pun dah 2-3 hari tak blog walking sebab pening dengan PdPR anak3. Dengan data Internet habis adoi 😇😇😇

Nampak ni? Depa sibuk bahaskan usul, Ummi sibuk tumis rempah untuk masak nasi beriani haha... 

Ketua Biro Wanita, orang besar Mary Kay buat cabutan bertuah untuk ahli yang hadir. Mesti hadiahnya produk MK. 


Harapnya pertemuan di alam maya ni dapat dibawa ke alam nyata suatu hari kelak. Rindu teman-teman 🌹

4 comments: