Wednesday 10 February 2021

Adik ~ Back 2 School

Bermula 8/2/2021 Pasti dibuka semula. Kali ni betul-betul, bukan main-main  macam hari tu 😅

Both  cikgu & murid happy sebab dapat belajar & mengajar secara bersemuka.

Parents memang boleh hantar setakat ni saja. Jadi, suasana di dalam tu tak dapatlah Ummi tinjau. Mujur juga ini yang no 4, dah dengar taklimat hari pertama 3x dah sebelum ni haha..

Gambar-gambar ni cikgu share... Dapat juga disimpan sebagai kenangan 

Adik meja pink 😍

Satu meja hanya 2-3 orang sahaja. Cikgu-cikgu memang jaga SOP, tidaklah bimbang sangat. 

Ummi lega bila Pasti dibuka semula sebab dapatlah Adik belajar secara bersemuka dengan cikgu. Lebih berkesan untuk Adik. 

Ini pula tugasan sewaktu PdPR tempohari. Sekali ambil tugasan, cukuplah latihan untuk seminggu. Komited cikgunya, itu yang Ummi suka dan respect sangat. 

Huargh! 

Tapi itulah baru 2 hari sekolah, cuti pulak. Cuti tambahan CNY 10 & 11 Feb. Harap Adik tak patah semangat :D 

Looking forward for a better days 🌹




4 comments:

  1. Kenangan untuk anak bongsu.
    Seronok adik jumpa Cikgu (walaupun tidak nampak senyuman)

    ReplyDelete
  2. budak usia ni memang kena belajar bersemuka gini kan. kalau PDPR mcm tak sampai je. dengan lentok2 malas depan laptop (itupun untung kalau ada laptop)...kalau guna hp yg cinonit lagi haru

    ReplyDelete
  3. Pasti anak sy pun cikgunya sgt komited... bila pdpr selalu je buat video call ke gm ke utk make sure budak2 x ketinggalan... video pdpr tu pn buat sendiri

    ReplyDelete