Monday 22 February 2021

Abang ~ Pengalaman Menduduki UKKM, PKSK dan Temuduga SMISTA

Memandangkan UPSR dibatalkan bagi batch T6 2020 maka mekanisma baru diperkenalkan sebagai syarat kemasukan antaranya UKKM (diperkenalkan semula) dan PKSK. Semua murid yang berminat layak memohon. Kemudian akan dipanggil untuk ujian kelayakan.

Alhamdulillah selepas beberapa kali ditangguhkan akhirnya selesai sudah ujian-ujian yang perlu diambil untuk melayakkan diri ke MRSM, SBP dan Sek Men Integrasi Sains & Tahfiz (SMISTA) di bawah kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Setiap satunya memberikan pengalaman tersendiri buat kami terutamanya Abang.

Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)

11/1 Abang menduduki UKKM di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka.

Memandangkan Abang mohon untuk program Ulul Albab (UA), ada 2 ujian; ujian bertulis (objektif, berkomputer) dan hafazan & jawi. Untuk hafazan ada hafazan surah wajib dan surah pilihan (diberi di pusat ujian, hafal dalam masa 25 minit & tasmik bersemuka dgn ustaz). Manakala untuk ujian jawi, calon diminta menulis semula perkataan rumi ke tulisan jawi. Ada 20 perkataan dan masa yang diberi hanya 5 minit.

Untuk surah wajib (dinyatakan dalam surat panggilan) Abang dapat Surah al Mulk ayat 1-14. Surah pilihan pula Al Israk ayat 1-5). Sesi iv berjalan serentak; 6 panel 6 calon. One to one. Mula dgn hafal surah pilihan kemudian baru surah wajib. Takut lupa kata Abang :D

Jam 3.30 selesai semuanya untuk Abang. Kami hanya datang untuk hantar dan jemput dia, sahaja sebab PKPB masa tu. Untuk lunch, Ummi bekalkan roti dan air sebab in between tak sempat untuk dibawa keluar. Lepas ujian bertulis, rehat sekejap terus masuk bilik kuarantin untuk ujian UA. Besar hati Ummi tengok Abang dah boleh berdikari. Tinggalkan dia sorang-sorang, buat semua sendiri, dah besar anak Ummi ni.

Alhamdulillah UKKM Abang sebelum PKP 2.0, dapat juga kami sekeluarga temankan. Ada yang dapat UKKM di luar Selangor selepas PKP 2.0, terpaksalah berdua sahaja dengan ibu atau ayah. Rezeki masing-masing... 

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

27/1 giliran Abang ambil PKSK. Selain ujian bertulis (objektif, berkomputer) ada ujian penulisan iaitu Artikulasi Penulisan. Kalau tak silap, markahnya hanya 10% tapi bab ni yang Ummi paling risau. Untuk persediaan, Ummi daftarkan Abang untuk beberapa kelas antaranya dengan Cikgu Bob dan Cg Zuraidi.

Yang best-nya tajuk yang keluar hari tu Ummi ada discuss dengan dia sebelum ke pusat ujian. Dapat jawab katanya. Alhamdulillah harapnya adalah rezeki Abang.

Untuk PKSK ni Abang hanya ditemani Walid. Itupun sekadar drop off sebab PKP masa ni. Mujurlah dekat. 

Temuduga SMISTA


Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya 13/2 lepas Abang dipanggil untuk iv SMISTA. Sama juga kali ni, hanya Walid temankan Abang. Itupun drop off juga then balik rumah dulu sebab iv Abang lama, dari jam 11 pagi hingga 3.30 petang. Lunch disediakan. Rezeki Abang :)

Ada roadblock. Polis nampak Abang berbaju seragam sekolah siap bersongkok, terus disuruh jalan 😁 Surat panggilan iv pun ada sebagai bukti cuma polis tak minta. Waktu Walid sorang nak jemput Abang, tunjuk juga surat tu. 

Format ujian lebih kurang UKKM; ada ujian bertulis dan hafazan. Cuma, permohonan SMISTA ditapis dulu berdasarkan markah PBD, UPKK, PAJSK dll. Hanya yang lulus kriteria tertentu baru dipanggil untuk iv.

Ujian hafazan agak tough. Calon diberi 8 potong ayat tanpa nama surah dan diminta hafal dalam masa 30 minit. Usai tasmik, ada sesi temuduga. Alhamdulillah penemuduga Abang agak santai orangnya dan soalan-soalannya tidaklah berat. Sekadar tanya pendapatan ibu ayah, pencapaian koko... Soalan bonus untuk Abang, berat berapa? 🤭

Alhamdulillah selesai semua ujian dan iv. Ummi pun lega sangat sebab sepatutnya dah lama boleh tutup buku bab ni. Tapi disebabkan PKP, PKPB, PKPP semuanya terpaksa ditunda. Selagi belum exam, selagi itulah Abang kena buat persediaan, terus belajar subjek sekolah rendah. Sebenarnya dia dah hilang semangat. Selalu tanya "Kenapa nak kena ulangkaji subjek sekolah rendah, Abangkan dah form 1?" Ummi pun sama. Rasa macam tak boleh nak bergerak ke depan selagi tak setel bab ujian-ujian dan iv ni. Sekarang baru rasa lega. Teruskan berdoa untuk dapat keputusan terbaik buat Abang. 

Walau apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Besar ujian, besarlah hikmahnya انشاء الله  









6 comments:

  1. Mudah2an abang akan berjaya menduduki SBP/MRSM

    ReplyDelete
  2. Sekarang sudah boleh bergerak ke hadapan. Tunggu keputusan. Mesti berdebar.
    Harap berjaya dapat apa yang diidamkan.

    ReplyDelete
  3. anak ammi pun pergi 3-3 ujian yg sama. SMISTA tu anak ammi pergi sessi 1.

    anak-anak dah berusaha, lepas ni berdoa dan tawakal jelah kita ni ye PH

    ReplyDelete
  4. semoga dapat salah satu mrsm atau sbp ya.. zaman kite dulu pakai result.. tak ada ujian kemasukan pun :)

    ReplyDelete
  5. Moga abang dapat yang terbaik untuk dirinya 😊

    ReplyDelete
  6. We Offers Financial Consulting To Client, Companies Seeking Debt / Loan Financing And Seeking For Working Capital To Start A New Business Or To Expand Existing Business. Interested Parties Should Contact Us For More Information Through Via E-mail: financialserviceoffer876@gmail.com

    Whats-app us on +918929509036

    ReplyDelete