Friday 12 February 2021

Belum Rezeki Kami

Credit source. 

7/1 Walid ada 2nd interview dengan Syarikat E, sebuah syarikat di Negeri Jelapang Padi. Kali pertama iv secara online dengan pihak HR. Kali ni, iv secara bersemuka, bersama CEO dan Head HR. At this stage, lebih kepada get to know session, sembang-sembang dan nak tengok personality candidates. Iv pun buat di sebuah rangkaian kafe ekslusif di ibu kota. Santai-santai borak sambil hirup kopi. Kemain depa. 

Besar harapan kami sekeluarga agar dapat balik bermastautin di Kedah pula. Tok Umi antara yang paling teruja bila Walid dapat iv. Setiap Isnin & Khamis Tok Umi taja makanan berbuka untuk anak-anak tahfiz jagaan Ustzh Fatimah di samping minta depa doakan agar Walid diterima bekerja di Syarikat E. Bukan setakat menaja, tapi Tok Umi juga bertungkus-lumus masak sendiri. 

Telur masak kurma ni antara air tangan Tok Umi. Balik kampung tempohari sempat kami menyertai Tok Umi menghantar makanan kepada mereka. 

Walaubagaimanapun bukan rezeki Walid untuk dapat post tersebut. Dan belum masanya lagi kami pindah balik ke Kedah. Ummi ok je. Jadi 'orang KL' pun best, setiap kali balik kampung disambut macam VIP :p 

Walaupun belum ada rezeki untuk Walid jadi boss, tapi kami tumpang happy bila junior  Walid, A berjaya dilantik sebagai Dept Head di sebuah organisasi di Pantai Timur. Sebenarnya 2 tahun lepas, Walid was shortlisted for that position tapi depa pilih orang local. Ummi dah berangan makan nasi minyak, nasi dagang hari-hari dah masa tu haha... Tapi bukan rezeki kami. 

Tahniah untuk A, rezeki berganda. Sudahlah baru timang anak, dapat pula berbakti di negeri kelahiran isteri. Alhamdulillah rezeki dia. 

Apapun kami sentiasa berharap dan berdoa agar Allah gantikan yang lebih baik untuk kami di masa depan. Di sini atau di sana, we always believe that He is the Best Planner.



2 comments:

  1. Takde rezeki. Hmm mungkin apabila sudah bersara duduk Kedah. Perancangan Allah sempurna. Dahulu ingat abah saya akan duduk KL sebab abah orang KL. Rupanya di sini, tempat saya dilahirkan.
    Apapun jangan putus untuk berdoa. Amin. Saya pun akan doakan yang terbaik untuk keluarga PH.

    ReplyDelete
  2. Perancangan Allah itu terbaik.. berlapang dada ye.. nnt insyallah akan tiba masanya tu berkhidmat utk negeri sendiri

    ReplyDelete