Tuesday 9 February 2021

Kenduri Kesyukuran Paklong

Cerita bulan lepas... 

Antara sebab kami balik kampung di pengunjung 2020 hingga awal 2021. Setahun jugalah balik kampung haha...
Kenduri yang Paklong adakan ni sebenarnya sebagai house warming & kesyukuran sebab Ammar dah bersunat. Ammar bersunat pada hari Xmas, seminggu kemudian baru diadakan kendurinya di samping majlis kesyukuran masuk rumah baru.

Memandangkan kami sekeluarga dari red zone, memang Ummi pesan sungguh-sungguh pada anak-anak jangan itu, jangan ini.... Face mask tu jangan dok buka, jangan salam, jangan rapat2... Ummi pun lebih selesa berjauhan dengan tetamu. Susah juga sebab yang datang tu kaum keluarga, jiran tetangga Tok Umi (sebab rumah Paklong satu taman dgn Tok Umi). Tapi, Ummi cakap je 'red zone' tak berani depa nak peluk cium haha... 

Ammar yang berbaju biru. 

4 dara sedang menyiapkan goodies bags. Jemputan utamanya anak-anak tahfiz berhampiran. Mereka dijemput hadir untuk membaca Yasin dan tahlil di sebelah pagi.

Alhamdulillah 'mewah' dengan pelbagai makanan. Sebelah pagi, nasi. Lepas jumaat top up pula dengan mee kari. Dah tauke katering yang kenduri, mestilah letops juadahnya kan? 


Buah tangan dari puan rumah. Abah Kaklong (Maklong)
meninggal dua hari sebelum Tok. Tahlil tadi pun dihadiakan untuk kedua-dua arwah dan ahli keluarga lain yang pergi dulu.

Adik, Amani & Anis boria that day. Baju kurung depa ni Tok Umi hadiahkan. Asalnya kain corak tu 4 meter, kain untuk buat baju kurung Tok Umi. Lama tersimpan dalam almari. Bila jumpa, Tok Umi dah segan nak pakai color sebegitu, ditempahnya baju untuk cucu-cucu bongsu bertiga tu. Anis jual mahal, taknak bergambar 🙄
😂😂😂

Cepat-cepatlah berakhir Covid-19 ni, terhapus terus dari muka bumi ni. Ceq rindu nak makan kenduri 😊

4 comments:

  1. Cantiknya bekas air tu, elok tersusun. Menunya pun nampak sedap.
    Al Fatihah buat arwah Mak Long dan Tok.

    ReplyDelete
  2. Memang rindu hendak makanan kenduri.

    ReplyDelete
  3. Kalau kumpul ramai2 memang segan kalau tidak bersalaman, tapi terpaksa

    ReplyDelete