Tuesday, 24 September 2024

Lunch @ Mak Yam Ikan Bakar Arang, Taman Melawati

Kejadian sebelum cuti sekolah... Usai majlis khatam hafazan Abang, kami ke SRAI ambil report card Adik & Kakak, kemudian ke Taman Melawati ambil road tax kereta. Alang² sampai Melawati, ajak Walid makan ikan bakar Mak Yam ni la. 

Sebenarnya baru Ummi tahu nama kedai ni Mak Yam Ikan Bakar Arang. Berpuluh kali dah makan di sini, sejak zaman kerja dulu lagi. Ini pun sebab nampak dekat banner, baru perasan nama kedai ni 😅 Kami satu ofis memang kalau sebut makan ikan bakar tu memang masing² understood kedai Mak Yam ni la. Agaknya yang kami panggil Acik tu Mak Yam lah. Kunjungan terharu ni tak nampak pulak Acik tu. Abang yang tinggi dengan Akak cashier tu ada la... 

Kami datang awal dalam pukul 10.45 gitu. Ikan bakar tak ready lagi. Waktu operasi depa pun pukul 11.00 pagi. Tapi, lauk ada yang  dah ready, nasi pun. 

Depa baru nak hidupkan api 😁

Kami tak sempat breakfast pagi tu, itu yang lapaq ya amat tu..  Ustaz Rahim bgtau kena ada di sekolah sebelum 7.30 pg. Kalutlah pagi tu dengan nak ambik nasi lemaknya lagi, hantar Adik Kakak ke sekolah dulu... 

Ummi ambil ikan bawal goreng. Lepas tu letak kuah pajeri nenas, syahduuuu... Kalau makan kat sini, Ummi memang tak leh tinggal kuah pajeri nenas dia, sedap macam arwah Tok masak 🥹

Pilihan Walid dan Kakak. 

Adik order set Nasi + Ayam Buttermilk dari gerai sebelah. Sedap juga cuma pedas sikit bagi Adik. 

Mak Yam Ikan Bakar Arang 
Lorong Perak, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
Selangor

Monday, 23 September 2024

Tukar Tayar King

7/9/2024, kira² seminggu sebelum cuti sekolah Walid tukar tayar kereta. Tukar 2 biji tayar depan, dekat RM800 juga. Yang belakang elok lagi. Sebab kami nak berjalan² cuti sekolah tu, eloklah tukar siap² tayar kereta yang dah nak botak tu. Walid pun asyik travel back and forth to Pontian sejak lately, risau juga tayar botak ni. Safety first. 

Seperti biasa, dapat gift dari Tauke Leong. Kali ni dapat balang kaca yang cantik ni. TL suruh letak kuih raya haha... 


Sebelum ni dapat set mangkuk porcelain, kali ni balang kaca. Boleh kata setiap kali ke bengkelnya, adalah gift yang TL bagi. Mostly dari jenama ni la. Agaknya main supplier dia Havoline. Pernah dapat beg, t-shirt, botol air dan macam² la. Pelanggan setia sejak kereta pertama dulu lagilah katakan 😁




Bubur Asyura 2.0

Bubur Asyura 1.0 sini :D 

Takde angin, takde ribut tiba² dapat bubur asyura semalam. Sekarang dah bulan Rabi'ul Awwal, itu yang terkejut juga awalnya 😁 Biasanya bubur asyura ni sinonim dengan bulan Muharram kan... Apapun, syukur atas rezeki dari -Nya. 

Sebekas Bubur Asyura Utara 

Sebekas lagi Bubur Asyura Kelantan 

Dua² sedap sangat 👍 

Ada cerita di sebaliknya... Semoga diluaskan rezeki sentiasa buat 'penyumbang kawah' ni. Beliau yang Ummi kenal memang pemurah orangnya. Baik, tak suka campur hal orang tapi sentiasa ringan tulang dan sangat tak berkira bila diperlukan khidmatnya. Semoga Allah limpahkan kebaikan yg banyak dan kesihatan yg baik buat beliau sekeluarga 🤲


Sunday, 22 September 2024

Abang Al Hafiz

هذا من فضل ربي 

Alhamdulillah detik yang Ummi Walid tunggu² akhirnya tiba juga. 

Tahniah Abang, antara 15 terawal (12/147 murid) khatam hafazan dalam batch-nya dan yang ketiga dalam halaqahnya. Dapat sijil dan duit dari sekolah. 

Alhamdulillah 3/10 org anak² halaqah Ustaz Rahim dah khatam. Tahniah Ustaz dan ibu ayah Afiq & Luth.  Insha Allah lagi 7 orang pun tak lama dah... Semua berlumba² nak khatam cepat sebab nak fokus kepada akademik pula bila naik F5 nanti. 

Ramli, Ajis, Sudin 😁
Berkawan baik sejak F1 dan alhamdulillah ketiga²nya dah berjaya khatam hafazan 30 juzuk. Luth & Abang memang berlumba² nak khatam, kalau boleh nak sama² khatam. Tapi rezeki Luth khatam 30/8, Abang pula Isnin 2/9/2024 (28 Safar 1145H). 

Sebagai tanda kesyukuran, kami buat kenduri kesyukuran sikit, jamu anak² halaqah dan guru² halaqah F4 Jumaat 6/9 lalu. 

Nasi Lemak Ayam Goreng utk Ustaz/Ustazah Halaqah F4 serta kawan² halaqah Abang. Ikutkan nak jamu satu form, tapi bajet tight ☺️

Jadi, utk kawan² Abang yang lain, Ummi order cheese tart. Pakat rasalah sorang sikit ye. Nak makan banyak², kenyang² datang rumah, Ummi masak 🤗

As usual, kalau dessert Ummi akan order dengan Acik Solehah. 

Ada kek juga, Ustaz beli untuk celebrate birthday Abid & Muaz. 

Sedikit tanda mata untuk Ustaz. 
Sangat² hargai usaha Ustaz membimbing Abang dan terima kasih banyak sangat dekat Ustaz yg sentiasa menyantuni anak² dgn baik dan sentiasa meraikan mereka. Rezeki anak² Halaqah Warsh dapat guru halaqah yang sangat sporting. 

Terima kasih kawan² maya yang selalu doakan Abang & adik³-nya 🌹 
Semoga segala kebaikan berbalik juga kepada semua.




Rindu ☺️

Baru je balik hantar Abang Angah balik asrama, tapi dah mula rindu dekat depa dua ☺️ 
Tengok status WA mak² pun semua cerita pasal anak² balik ke asrama. Yang jauh², balik naik bas tu kebanyakannya dah bertolak pagi tadi. 

Selamat kembali ke asrama/sekolah anak² semua. Di Kedah ada sekolah dijadikan PPS banjir, PDPR dulu seminggu ni kata kawan² Ummi geng cikgu² di sana. Sekolah Haziq, sepupu depa pun hanya F5 balik asrama dulu. Tak silap ujian lisan SPM dah nak mula. 

Gambar kiriman Maksu semalam. 
Jalan dalam tenggelam, kena ikut highway. 1½ jam dari Jitra ke Aloq Staq sebab trafik sesak. 

Semoga dipermudahkan urusan semua 🤲 

Saturday, 21 September 2024

Terlupa Ada Kenduri

Allahu terlupa sungguh yang hari ni 21.9 Ummi ada undangan majlis perkahwinan dari Kak Nod ni. Jemputan tiba 19.8, dalam group tadarus kami (WA group). Group Tadarus ni pulak sekali sekala je 'berbunyi'. Masing² ada kekangan dan kesibukan tersendiri hatta aktiviti tadarus pun dah terhenti. 

Sejak dapat jemputan 19.8 tu pun masing² membisu, hinggalah hari kejadian baru ada yang update kehadiran ke majlis tersebut. Ummi pun lupa nak save dalam kalendar, tepuk dahi sajalah 🤦

Kak Nod dulu ketua Ummi, waktu Ummi kerja di sebuah NGO. Masa final exam final year dapat offer kerja dgn NGO ni. Ditawarkan gaji RM1000, besar dah bagi Ummi masa tu. Ikutkan Paklong suruh Ummi cari kerja lain tapi Ummi nak try dulu sebab alang² dah dapat offer sebelum grad, accept je la. Degil tak nak dengar cakap Paklong, rupanya kerja di NGO ni bukanlah seindah yang digambarkan haha...  Mulalah hati memberontak nak cari kerja lain. Nak² pula kawan² yang kerja Petronas dah mampu beli kereta Wira (famous Wira masa tu), rasa tercabar juga. Ummi ni kadang gaji pun tertunggak 😅

Tapi ada je yang seronok kerja di NGO ni. Bosses jenis yang tak berkira; bab makan, bab duit memang pemurah. Suasana kerja pun macam keluarga je. Banyak kenangan manis kami masa kerja sini. Cuma, masa tu muda; cita² tinggi, kurang sabar serta tak matang, ada serba sikit isu, letak jawatan. 

Lepas Ummi berhenti kerja tu, Ummi memang lost contact dengan Kak Nod ni. Sekali sekala dengar khabar juga dari our mutual friends. Tapi tak pernah berjumpa, sementelah KN pun pindah rumah dan tempat kerja. Bertemu kembali pun dalam group tadarus 👆

Tahniah untuk KN sekeluarga, terima menantu sulong. Amin (pengantin lelaki, anak sulong KN) ni dulu masa kecik² selalu je kami jumpa. Dah besar dia, jadi suami orang dah 👍 Selamat Pengantin Baru Amin & Balqis, Acik doakan kalian bahagia selalu. 




Aktiviti Cuti Sekolah

Sabtu - Isnin kami ke Perak; makan kenduri dan jalan². Cerita Perak ni tak habis lagi, sambung nanti. Banyak episod lagi 😁

Selasa Angah start kelas intensif hafazan di Masjid Al Khairiyyah. Ikutkan Isnin dah mula, tapi Ummi bagitau Ustazah utk start Selasa sebab kami masih di luar kawasan. 

Kelas hafazan 8.00 pg - 12.00 t/hari. 
Kelmarin ada seorang jemaah tanya Angah buat apa kat masjid? Sekolah mana semua... Angah bgtau ada kelas hafazan. Pakcik tu sedekah RM50, suruh Angah kongsi dgn kawan² lain. Duit tu Angah serah kpd Ustazah dan Ustazah belikan nasi lemak ayam untuk depa semua. Semoga bertambah luas rezeki Pakcik tu, sihat selalu hendaknya 🤲 

Petang cikgu math buat kelas tambahan. Rajin cikgu dia... 

Semalam pergi main futsal dengan kawan² SRAI dia. Adalah 7-8 orang yang datang :) 

Abang Selasa juga rasanya mengadap Tr Aisyah :D Ummi suruh di go through soalan PPT hari tu dengan Tr, biar dia nampak mana salahnya. 

Semalam Mak Afiq arranged small tuition class subject Bio untuk Afiq. Ajak sekali Abang & Aufa. Terima kasih banyak Mama Afiq🌹

Walaupun Ummi tak regi depa untuk mana² seminar tapi ada jugalah pengisian untuk depa dua khususnya. Most of the time, masa yang ada tu depa siapkan homework yang berlambak² ye, dan tahriri (salin ayat Al Quran sebelum/selepas hafal). Main hand phone ada masa dan tempoh Ummi bagi sebab kalau dibiar satu kerja pun tak jadi nanti. Esok nak balik asrama baru kalut, itu ini tak siap 😬

Adik Kakak pula siapkan homework dan tugasan cikgu bagi. Tuition UPKK Kakak takde minggu cuti sekolah ni.