Monday, 27 December 2021

Family Day Anak Cucu Tok Ayah 2021

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki buat Family Day Anak Cucu Tok Ayah (ACTA). Kali terakhir family day kami pada tahun 2015 di Taiping Golf Resort. Masa tu Adik 'dalam perut' lagi :D 

Baju family day ada 3 colors; emerald green untuk girls, mint green untuk adults dan grey untuk men/boys. Beza color tu sebab masalah stok, asyiklah tak cukup. Saiz ni ada, saiz tu takde pulak. Lastly, apa yang ada je. 

Dari Kg Agong kami makan tengahari di Hawa Nasi Campur bersama keluarga Paklong dan Uda. Depa bertolak lambat dari Jitra. Lepas makan tengahari barulah kami ke tempat penginapan. 

Pool 😍

Games... 

Pertandingan makan 

Abang vs Angah ... 

Music chair 
Ada hadiah yeay!

Hamper untuk setiap group. Semua ahli keluarga terlibat dalam games kecuali Tok Umi dan Tok Ayah. Tapi, yang pulunnya budak-budaklah. 

Selebihnya, mandi pool...

Kesemua 7 unit cabin di sini kami tempah. Jadi, takde penyewa lain. Sangat privacy. 

Sebelah malam pula berbasikal dan main badminton. Sejuk kawasan ni sebab kawasan sawah padi, angin sepoi-sepoi bahasa... 

Bulu tangkis naik atas bumbung, Una baling selipar Abang konon nak jatuhkan bulu tangkis tu. Sekali selipar pun sangkut 😂😂😂. Esok paginya kenalah pinjam keta Paklong nak kait :D 

Main dam ular... 
Untuk family day kali ni kami memilih untuk bersantai dan just enjoy the holiday. Paling penting, no masak- masak untuk geng mak-mak :D Kenangan penat memasak tanpa henti sewaktu bercuti di Bayu Tiara Apartment tahun 2018 masih segar di ingatan kami haha ... Asyik memasak sampai tak sempat turun ke pool tengok anak-anak mandi 😇😇😇 Jadi, kali ni semua orang setuju untuk order food. 

Tapi bukanlah tak masak langsung... Sandwich telur tu Uda buat untuk breakfast. Telur rebus siap-siap di rumah. Maklong pula tukang goreng kuih, fries etc. Guna air fryer je :) Ummi dengan Maksu buat air dan buat-buat sibuk hahaha... Tempat ni pun ada dapur gas, peti ais dan serba sikit peralatan memasak dan pinggan mangkuk. 

Maggi ni tak termasuk dalam menu. Tapi, gegirls bising sebab malam tadi boboi makan Maggi dalam bilik. Depa nak juga. Layan je permintaan depa sekali sekala. 

Alhamdulillah family day kali ni best, santai sangat. Tempat pun best, tak terlalu besar jadi senang nak monitor anak-anak. Depa pun bebas bergerak dalam tempat ni. Selamat. Lebih utama, takde guests lain.

Anak masing-masing pun dah remaja, kanak-kanak... Sebelum-sebelum ni ada yang pregnant, bf moms so adalah kekangannya. Kali ni alhamdulillah anak masing-masing dah pandai bawa diri jadi mak-mak pun boleh bersantai juga. Itu ada yang berbasikal, main buai, mandi kolam semua tu. An enjoyable trip alhamdulillah. 

Panjang umur, murah rezeki tahun depan kita buat lagi انشاء الله 🤗

Sunday, 26 December 2021

Bunga Telur Lejen

Walid ada jemputan kenduri kahwin dari jemaah surau. 

Bila balik, dihulurnya cenderamata dari tuan rumah ... Wah, berbunga hati Ummi dapat bunga telur. Lebih menarik, bunga telur lejen macam ni ... 

Dulu-dulu masa Ummi kecik, bunga telur dibungkus dengan pembalut meghelip macam ni la. Ada warna silver, biru, hijau, pink, merah, ungu dsbnya. Zaman tu bunga telurlah door gift yang tuan rumah sediakan untuk tetamu. Sekarang macam2 hadiahnya. 

Tak sangka zaman sekarang 'timbul' semula pembalut bunga telur macam ni. Memang mengimbau kenanganlah... 

Ini pula rezeki nasi kenduri, dari surau. Alhamdulillah. 

Saturday, 25 December 2021

Melawat Kg Agong, Penaga, Pulau Pinang

Port bergambar (Instagrammable)  kegemaran pelancong yang berkunjung ke Penang sekarang ni ialah Kg Agong di Penaga. Untuk ke sana, kita akan lalu pekan Kepala Batas, dulunya kawasan parlimen PM ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Ummi teruja sebab pertama kali sampai di Kepala Batas, w/pun Ummi orang Kedah. Memang perasaan Ummi akan super excited setiap kali sampai ke tempat yang belum pernah dikunjungi. 

Mula tu Ummi ingat kampung ni salah satu kampung YDP Agong kita. Rupanya Ummi silap. Agong yang dimaksudkan ialah gelaran kepada pemilik tempat ni. Orang kaya agaknya, banyak harta sampai digelar orang 'Agong'.

Credit: Sinar Harian. 

Seluruh kawasan ni dikepung oleh pagar dari daun kelapa. Dulu, bilik air kami Tok Wan buat macam ni juga, berdinding daun kelapa sebelum ditukar dengan kepingan zink. 

Jadi, nak masuk tengok apa ada dalam Kg Agong ni kenalah bayar tiket :) Harga tiket RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak). 

Kaunter tiket. 

Main entrance. Actually, takde pun staff periksa tiket kita. Cuma, sebelum masuk tu wajib lalu kaunter tiket, jadi kenalah bayar hehe ... 

Stall jualan minuman, makanan tradisional, aiskrim, air kelapa, tiket (tram, horse riding etc). Tandas juga disediakan. 

Jom kita tengok apa yang menarik dalam ni 🤗

Pokok kelapa, macam di kampung dulu-dulu...

Sawah padi ...

Orang Kodiang pun excited pegang padi 😁

Buaian yang femes tu ...

Seriau Ummi lalu titi ni... Lama tak berjalan di sawah, takut pulak terjatuh dalam ayaq tu :D 

Pokok kelapa paling tua di sini. Ditanam pada tahun 1942. Zaman Jepun tu kan .. 

Sebelah sini banyak port bergambar...

Comelnya anak burung tu ☺️

Ada homestay dalam ni... 3-4 unit rumah kampung. Ada pintu masuk berasingan untuk penyewa homestay dan ada juga kawasan khusus untuk depa bergambar dan beraktiviti. 

Selain bergambar, banyak aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak...


Pondok/wakaf nak berehat atau bersantai pun banyak. Macam Tok Umi tak berjalan ke mana pun, tak larat jadi duduk berehat atas batang kelapa tua :) Pandai depa manfaatkan segala sumber. .. 

Ramai pengunjung melepak atas batang nyioq ni :D 

Sebagai penutup lawatan, kami ajak Tok Ayah dan Tok Umi naik tram jadi dapatlah tengok keseluruhan kawasan ni. Sampai kat port bergambar atas tadi tu, boleh turun jika mahu. Tapi, since kami dah gigih jalan kaki pusing satu kampung, ajak driver tram patah balik terus. Harga tiket naik tram ni RM3 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 percuma. 

Untuk naik tram ni pun takde orang jaga. Kita kena alert bila tram sampai dan tunggu siap-siap di tempat tram turunkan penumpang. Otherwise, orang yang jenis selfish main potong que je 😬 Adab tu penting ye anak-anak muda, jangan menonong je. Tengok dulu kiri kanan, kalau nampak orang tengah menunggu tu, jangan main redah je. Ini tidak, nampak tram sampai terus panggil gang ajak naik. Padahal tiket pun belum beli. Kan dah termalu sendiri bila kena tegur. #donebebel 

Dah namanya kampungkan, tempat ni memang berada di kawasan kampung. Park kereta pun depan/tepi rumah-rumah orang sini. Tapi, adalah penjaga parkir supaya tidak menghalang laluan orang kampung keluar masuk rumah mereka. Setiap kereta dikenakan bayaran 2 ringgit. 

Alhamdulillah, satu trip yang meninggalkan seribu kenangan untuk kami. 

Friday, 24 December 2021

Makan Steamboat & Grill di Cafe Kolej Height Utara

Episod makan-makan lagi ... Untuk kenangan nanti-nanti :) 

Tok Umi belanja anak cucu dinner di Cafe Kolej Height Utara. Nak makan steamboat & grill katanya. Kita ikut je la, dah orang nak belanjakan.

Berapa harganya Ummi tak tahu. Segan nak tanya. Tapi memang puas hati makan. Kenyang sangat alhamdulillah.

Memang tak kedekut bahan-bahan... Ayam, daging malah segala jenis seafood; udang, sotong, pepahat, kekapis semua ada. First time Ummi makan kekapis (scallops) tu. 

Ada kopi, ada sirap. Dessert pula fruit cocktail w/out susu sejat. Sedap pula rasanya. Letak ais je dalam fruit cocktail dalam tin tu. 

Tempat pun cantik... Selalu orang buat wedding sini.

Memandangkan kami saja yang ada (private event), budak-budak ni siap buat show lagi... Ada yang menari, ada yang menyanyi haha.... 

Alhamdulillah 💝

Thursday, 23 December 2021

Balik Kampung ~ Makan-makan

Dah seminggu balik dari kampung tapi masih terbawa-bawa dengan kemeriahan yang dirasai. Paling meriah waktu makanlah kan ... Berkumpul adik beradik, ipar duai, anak buah, anak ranting, anak daun haha ... 

Ahad

Lunch @ Pelita Nasi Kandar Juru dengan Makcik & the gang. 4 dewasa + 5 kanak-kanak RM70++. Ok harga dia. 

Hi-tea @ rumah Maklong; bihun Singapore, roti, kambing masak kurma & bubur gandum. Free ja :D 

Kambing masak kurma. 

Isnin

Dinner @ Cafe Kolej Height Utara. 

Selasa

Lunch @ rumah Makngah. Gulai ikan temenung Makngah is always the best. 

Singgah di Batu 42 beli kopi. Meriah betul area pokok ketapang tu dengan pelbagai warung jualan. 

Kopi Goyang. Lepas minum kita bergoyang haha... 

Rabu

Sarapan Nasi Lemak Panas Taman Pasu berhampiran Hospital Jitra. Makan beramai-ramai bawah pokok memang layan... 

Lunch @ rumah Maksu. Macam-macam lauk Maksu masak; siakap & talapia bakar, kailan ikan masin, sup ayam, sambal sotong + petai dll.. Ulam pucuk ubi dan ulam raja Tok Kodiang bawa. Semalam pula Maksu raikan Maklong Ida dan keluarga... 

Daging salai + rebung, sambal tumis udang, keli goreng, ayam goreng dll ... 
Rajin menjamu orang makan Maksu depa ni 💝

Minum petang di kedai Maksu Fidah. Tak sah balik kampung tak makan bihun sup tau! 

Khamis 

Lunch keluarga besar Tok Ayah di Hawa Nasi Campur Kepala Batas. 10 dewasa + 11 kanak-kanak harganya RM 226 termasuk 3 ekor sotong besar berharga RM30/ekor. Bagi Ummi sedap makan di sini esp kari; Malay style curry, bukan mamak. 

Ummi ambil ikan isi + peria goreng dan kuah kari. Letak kicap sikit...fuhh dapnya! Lupa pak mentua dok sebelah haha .. 

Minum petang by Maksu, burnt cheese cake. Maklong goreng karipap, Ummi tukang buat ayaq. 

Jumaat

Minum petang @ rumah Tok Teh di Manjoi. 

Kek pandan dan butter cake homemade by menantu Tok Teh. Gebus gebas keknya, sedap.  

Sabtu 

Breakfast @ Sajian GJee. Sekali lagi kami stay di Sun Inns Meru. Bilik yang sama :) Harga RM150. Takde perubahan ketara pada pandangan kami. Cuma, Cute Hotel depan Sun Inns ni makin meriah, ada cafe baru bukak. Actually, sebelah Sun Inns ni pun ada restoran Melayu, buka sebelah petang. Kami beli food for dinner kat sini je. Sedap juga. 

Ini baru episode makan-makan, nanti kita citer bab jalan-jalan pulak :D 

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚