Friday, 27 November 2026

Buang Meja Makan Lama

Meja makan ni meja makan kedua kami miliki. Lebih 10 tahun rasanya ia berkhidmat untuk kami. Bila beli meja makan baru, meja makan lama ni dialih ke beranda. Tujuannya supaya kalau ada kawan anak-anak datang bolehlah duduk di luar ni. Struktur meja pun elok lagi tapi rupa parasnya dah kurang cantik. 

Kakinya dah berbalut.
Asalnya Tot dan adik beradik dia cakar manja², kita pun biar je sebab ingat tak membawa mudarat. Sedar tak sedar habis kaki meja ni kena cakar 😬

Tapi masih boleh ditutup aibnya, tutup aje dengan alas meja bila tetamu datang :D 

Setelah beberapa lama kena sidai di beranda (setahun lebih rasanya), akhirnya Ummi decided untuk buang meja makan ni. Nak tukar suasana, biar lapang beranda tu. Anak-anak bulus bolehlah bermain dan berlari dengan lebih bebas dan selamat. 

Walid log in dekat website i-Clean dan request untuk depa datang collect meja makan ni. Nanti pihak KDEB (syarikat pengurusan sampah) di Selangor akan hubungi kita untuk set tarikh depa nak datang ambil (dlm tempoh ± seminggu) dari tarikh report dibuat. 

Sebesar alam lori depa bawak mai :D 


Cantik lagi meja ni. Tapi itulah dah sampai masa untuk dilepaskan. Kerusi 3 buah dah kena ambil dengan Bangladeshi pekerja JMB berhampiran. Ikutkan meja ni pun dia nak ambil tapi kami bagitau dia kami dah call KDEB. Ada pulak dia minta RM50 dekat kita untuk ambil meja ni. Memang tak lah, dengan KDEB free of charge je. 

Kawan-kawan di Selangor kalau ada yang nak let go / buang bulk items bolehlah contact KDEB, thru i-Clean tu. Free of charge je. Seeloknya contact depa, jangan dibuang sesuka hati. Biar depa uruskan sebaiknya. 

Happy 18th Birthday Abang 🎈


Alhamdulillah genap 18 tahun dah umur anak sulong kesayangan Ummi Walid ni. Next PRU boleh mengundi :D 

Kiranya Cuti-Cuti Ganu baru ni bukan sekadar pergi makan kenduri dan ziarah Abang, tapi nak spend time dengan Abang sempena birthday-nya. 

Adik bagi hadiah buku pasal duit.
Buku Abang pilih dan order sendiri di Shopee ke TT, Ummi tak ingat. 

Angah belanja burger. 

Sanah helwah Abang 🎈
Ummi doakan yang terbaik utk Abang dunia dan akhirat. Terus jadi anak yang taat dan beradab, abang yang penyayang dan pelindung untuk adik-adik serta cemerlang selalu aamin 🤲🏻 🤲🏻 🤲🏻 

Thursday, 26 November 2026

Hadiah Anniversary ke-17 Blog Saje Suke-Suke

Alhamdulillah rezeki Ummi antara orang terawal siapkan tugasan untuk GA Anniversary ke-17 Blog Saje Suke-Suke by Kak Notie, jadi dapatlah hadiah. Kak Notie cari 10 peserta terawal. Pat pat siku lipat :D 


Dapat hadiah tote bag dan beg kecil from Perth 🫰🏻
Kak Notie kan bercuti di Perth baru-baru ni. Seronok baca cerita Kak Notie jumpa kangaroo, koala... pergi Pinnacle Desert tu yang best tu. Walid outstation ke sana dulu bulan puasa, jadi dia tak ikut teammates dia (non Muslims) jalan-jalan ke desert ni. 

Cantik tali tote bag ni, macam kulit. 
Ke memang kulit ye? Sbb Walid kata barang dari sana memang high quality dan banyak produk dari kulit (genuine leather). 

Purse Ummi Walid beli di Australia dulu. 
9 tahun dah alhamdulillah masih elok.

Sekali lagi, terima kasih banyak Kak Notie ❣️
Semoga sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan hendaknya 🤲🏻 




Ketupat Sotong & Beke Ubi

Sepanjang jalan Pantai Teluk Ketapang tu ramai orang berjualan di kiri kanan jalan. Antara yang menarik kami ialah Ketupat Sotong. 

Abang turun beli.
Sebekas ni RM15, ada 5 ekor sotong saiz S/M. 


Dalam badan sotong ni disumbat dengan pulut. Kemudian dimasak dengan santan tak silap Ummi. 

Beke Ubi ( Beke tu bingka/bengkang barangkali). Bahagian atasnya santan (macam bahagian atas tepung talam, rasa lemak manis)  dan bahagian bawahnya ubi kayu (tekstur lebih kurang bingka ubi tapi lebih lembut). Kalau bingka ubi kita boleh hiris dan makan sepotong-sepotong sebab teksturnya kenyal. Beke Ubi ni lembut, kena makan guna sudu. 

Ummi peminat kuih tradisional jadi Ummi suka je kuih ni. Sebelum ni pernah baca di blog Mama Tisy rasanya pasal Beke Ubi ni. Alhamdulillah dapat juga merasa. 




Wednesday, 25 November 2026

Sambal Pauh & Kerabu Mangga

Alhamdulillah banyak rupanya kegunaan mangga telur/pelam telur/mangga pauh ringan. Ummi baru tahu... Ingatkan untuk makan dengan colek atau dibuat jeruk je buahnya yang muda tu. 

Rupanya boleh dibuat sambal pauh dan kerabu mangga. 

Mama Tisya recommend buat sambal pauh. 
Siap bagi link resepi, tqsm 😘
Ummi pun sebenarnya teringin bila tengok Cie buat sambal pauh ni beberapa hari sebelum. 

Sambal Pauh: Tumbuk bawang, cili, garam, gula hingga lumat, masukkan ikan sardin/selayang rebus @ panggang, tumbuk lagi hingga lumat. Akhir sekali tumbuk masukkan mangga telur yang telah dihiris/sangat. Tumbuk-tumbuk manja. Sesuaikan rasa, siap. 

Ini pula Kerabu Mangga.
Cuma hiris bawang, cili dan mangga. Ikan bilis goreng dulu hingga garing, kemudian tabur atas kerabu. Perasakan dengan garam dan gula, gaul sebati siap. 

Sedap sebab mangga ni ada rasa-rasa lemak di hujungnya. 

W/bagaimanapun Ummi terima beberapa komen dari kawan-kawan blogger yang memaklumkan pokok mangga berbuah sulong ni seeloknya dibiar buahnya masak di atas pokok  👇🏻

Petua/pesanan dari Kak Yan dan Shu...

PZ pun pesan, melalui SA. 
Ummi baca lepas dah buat dua menu tu 😅

Ummi excited sebenarnya jadi memang bersedekah dekat jiran-jiran terdekat (dan SA) buah yang masih muda ni. Seronok nak berkongsi rezeki sebab depa pun sama-sama menyaksikan pokok ni membesar. Dah berbuah tu, jom la kita kongsi buahnya. Tapi, ada sebahagian lagi Ummi simpan nak tunggu masak. Sebab ada yang kata sedap buah pelam ni bila masak. 

Harapnya buah seterusnya tetap eloklah hendaknya. Risau pulak 😅

Kalau ada yang nak berkongsi tips/petua penjagaan pokok mangga, silakan ye. 

Melawat Suami Kak Aida


Ummi, Walid dan Adik ke Hospital Selayang Ahad lepas, ziarah suami Kak Aida (anak saudara pupu Ummi). Dah 3 minggu di hospital masa tu. Sakit sangat sampai berhari-hari tak boleh tidur jadi KA bawa ke hospital. Dapatlah rawatan yang lebih proper termasuk diberi morfin untuk kurangkan rasa sakit. 

Rasanya Ummi baru 3-4x datang ke Hospital Selayang. Kali terakhir bawa arwah Tok 2 minggu sebelum Tok meninggal. Naik Grab pergi dan balik. Walid pula entah pernah ke tidak datang Ummi pun tak pasti. Yang pasti kami sesat nak masuk ke parkir 😆

Tawaf satu hospital sampai ke asrama staff.  Lalu situ teringatlah Linda yang dulu menyelia asrama dan berkhidmat di sini.

Adik tak boleh naik sebab under 12 y/o jadi kena tunggu di bawah dulu. Bergilirlah Ummi dan Walid naik ziarah suami KA. 

Semoga dipermudahkan urusan rawatan dan diberi kesembuhan hendaknya 🤲🏻 
Untuk KA pun semoga terus tabah ❣️
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Sebelum ke hospital kami ke asrama dulu, hantar barang Kakak.
Wajiblah bawak buah tangan. Kali ni Ummi goreng bihun dan fries. Fries tu tabur serbuk cheese Bon Chef, sedap jadinya. 




Tuesday, 24 November 2026

Shopping @ MTM Mart

Tujuan utama kami ke MTM Mart nak beli ayam. Di sini ada ayam produk Muslim seperti Ayam Bismi, Mabrook, Az Zain dan Delima kot rasanya satu lagi jenama. Setahu Ummi ayam keluaran syarikat-syarikat ni semuanya diberi makanan organik dan tidak disuntik. Mungkin sebab tu ayamnya lebih sedap. 

Ada offer beli 3 pek, RM60. 
Harga 1 pek lebih kurang harga ayam segar di market. Cuma kita tak dapatlah the whole chicken tu. Ada yang potong 8, potong 9. Jadi takdelah bahagian leher, kaki dan organ. Kalau Ayam Az Zain ada dimasukkan sekali kaki ayam. 

Produk jenama Sudee yang orang dok bercakap di TT. Ummi memang ada guna cili kiub tu. Senang kadang nak guna sikit je cili kisar jadi ganti yang kiub ni je. Ada kiub serai, cili padi, bunga kantan dan halia. Nak masak cepat boleh campak-campak je kiub-kiub ni. 

Kuih muih frozen memang banyak pilihan. Tertarik dan kadang rasa kagum bila kuih muih begini pun boleh disejukbekukan untuk jualan. 

Roti jala frozen tu nanti nak try la...
Kuih sari ayu ni pun Ummi nak beli, excited pulak nak try. Hari tu tak beli sebab freezer agak penuh. 

Jenama Ehsan PKPS, produk Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor ada muka Ehsan Upin Ipin :D 

Kelmarin dulu Walid ke MTM Mart lagi, beli ayam Az Zaib pulak kali ni sebab ayam ni je yang tinggal. Yang lain belum restock. Rasanya sejak isu sembelihan ayam di Puchong tu tular, ramai beralih kepada ayam frozen yang diusahakan oleh syarikat Muslim. Macam ayam Mabrook tu syarikat Dr UZAR yang menguruskan. Halalan toyyiban. 

Ummi jadi member MTM Mart, dapatlah collect point. Nanti dah banyak boleh tolak point, jimat sikit duit. Cuma tak ingat macamana point tu dikira.