Monday, 5 May 2025

Sabtu Sibuk, Ahad Busy

Sabtu 

First, hantar Queen pergi service. 

Then rushed to SRAI, Kakak ada event. 
Sarapan la dulu, sementara program nak mola. 
Breakfast pack ni provided by sekolah. Ikutkan Angah pun ada event Pengakap, tapi last minute dapat info so tak pergilah wpun menarik event tu; hiking Bukit Dinding. 
Separuh hari juga dekat sekolah. In between, Walid lari sekejap ambil kereta, naik Grab dari sekolah. 

Petangnya uruskan Abang pula. Seharian dia keluar beraya di rumah kawan³. Jemput dari Taman Melati bawa pergi beli kasut. Kasut hitam dah hancussss... Macamana pakai pun tak tahulah anak soleh sorang ni 😇 Bab pakaian Abang ni Ummi paling risau nak cari saiz. Alhamdulillah ada kasut saiz dia di Corneli SG.

Jenama Swiss Polo ni ada saiz besar. 
Kasut sebelum ni pun SP juga. 

Lepas tu, bawa juga pergi Samsia Opto. Buat spek sebab katanya silau. Kadang tak nampak apa yang cikgu tulis di white board. 

Malam kami sama² joined majlis bacaan Yasin F5. Kali ni Ketua Badar led. Well done ZAN 👍🏻

Habis baca Yasin, Abang sambung kelas BM dgn Cg SR. 

Ahad

Lepas sarapan di Medan Selera Sg Pusu, hantar Kakak ke tuition. Balik ke rumah gotong-royong bersihkan rumah. Hero³ pakat usung sofa 3-seater yang dah patah tu ke rumah sampah. Lega satu bab. Selagi tak buang, rasa serabut pulak tengok sofa tu bersidai dekat porch tu. 

Singgah jumpa dentist sebelum pergi makan kenduri di Renai Hall. Gusi Adik bernanah lagi. Jadi, Doc buka balik tampalan hari tu dan letak ubat semula dan bagi juga antibiotics untuk dia makan. Hopefully okay la. Minta sekali ulser cream sebab bibir dia ada ulser. Doc cuma caj duit ubat, RM30. 

Petang Walid ke sekolah Angah, ada perjumpaan sekolah dan parents F2. 
Ummi pula ambil Kakak di tuition.

Begitulah hujung minggu kami,  sentiasa packed with activities, mostly related tu anak⁴. Sesi sekolah 25/26 ni pendek, kita as parents pun rasa terkejar². Apatah lagi anak² dan sekolah, semput dah gamaknya 🤭








Sunday, 4 May 2025

Wedding @ Renai Hall 2.0

Hari ni kami raikan jemputan En Lotfi ke majlis perkahwinan anak perempuannya. Anak bongsu tuan rumah ni dulu kawan Abang di PASTI. Ummi dah tak cam Ubai ni, almaklumlah dah F5 kan. Walid kenal lagi Ubai sebab selalu jumpa di surau. 

Ini kali kedua kami makan kenduri di Renai Hall, Greenwood ni. 

Yang atas nasi hujan panas dengan lauk ayam masak merah dan daging masak hitam. 
Yang bawah nasi beriani dengan lauk kambing. Masak apa Ummi tak pasti. Adik makan nasi lauk kambing ni.

Lawa kuih muih depa :D 

Bihun Sup. 
Mangkuk kecik saiz mangkuk cendol je tapi close up tu nampak besar/banyak 😁
Side dishes camni kami share² je. Dah makan nasi kan, yang lain tu buat raso² je orang kata. 


Selamat Pengantin Baru Sakinah & Ali 🌹
Semoga berbahagia selamanya 🤲🏻 

Terima kasih En Lotfi atas jemputannya. Alhamdulillah makanan semua sedap, tempat pun selesa 👍🏻

Saturday, 3 May 2025

Jamu Selera di Medan Selera Sg Pusu

Pagi ni sarapan di luar. 


Ini baru separuh meja 🫣
Order dari gerai berlainan itu yang pelbagai juadahnya tu. 
Mula² order Lempeng Pisang di gerai ni. 
Mula tu pelik juga Ummi, Lempeng Pisang makan sambal tumis. Tapi okay je. Tekak Ummi ni alhamdulillah semua boleh terima. 

Then order juga Lontong Sambal Tumis semangkuk. Selalu tengok SK makan lontong, telioq la kita pun 😁


Kami duduk dekat gerai Acik ni. 
Lama dah Acik ni niaga di sini dan kami bukan first time makan di sini. Roti canai Acik ni sedap, airtangan orang lama. Nasi lemak Acik tak banyak sangat lauknya. Ada sambal kerang, sambal paru, ayam goreng dan daging goreng kunyit. Selain tu bihun goreng. 

Roti Bakar sedap ni order dekat Waktu Coffee ni. Ada nasi lemak juga. 

Medan selera ni depan main entrance Kolej Vokasional Gombak (KVG). Ramai geng basikal parked kereta atau bersarapan di sini sebelum mengayuh ke jalan lama Gombak- Bentong. 

Gerai Acik;
Nasi Lemak Ayam Goreng 1
Nasi Lemak Daging Goreng Kunyit 1
Nasi Lemak Sambal Paru 1
Bihun Goreng Sambal Sotong 1
Roti Kosong 3 
Teh Tarik 3 
Air kosong 3 
Kecuali air kosong (percuma), total RM39.00.

Secret Cafe;
Lempeng Pisang - RM2.50/set
Lontong Sambal Tumis Bilis - RM7.00

Waktu Coffee;
Roti bakar - RM3x2 set

Abang ada tapau juga nasi goreng dan kuih dari gerai hujung belah sana. 

Gerai hujung ni berkembar dengan outlet Agrobazar. Banyak jenis makanan RTE dekat sini. Angah beli Sambal Bilis Garing nak bawa balik ke asrama. Ummi pun lupa nak beli extra, boleh bagi dekat kawan² yang nak berangkat ke Mekah nanti. Pek kecik² senang nak bawa. 

Produk jenama Teega

Alhamdulillah. 







Kakak ~ KAMIL Sekolah

Macam² acara KAMIL Kakak dah cuba; dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negeri. 

Tahun lepas dia masuk acara Solat Jenazah peringkat zon dan acara choral speaking untuk peringkat negeri. Adik pun joined juga. 

Kali ni Kakak cuba acara Nasyid (P). Alhamdulillah terpilih. Tapi dia tak mau nyanyi, nak main percussion je. Program KAMIL Sekolah ni pertandingan antara rumah sukan. Kakak wakil rumah biru. 

Satu team 5 orang je. 

Alhamdulillah dapat #3. Beza markah #1,2 & 3 ni cuma 1 markah 1 markah je. Itulah rezeki namanya kan... 

Tahniah Kakak dan kawan⁴ 💙

Keputusan lain ... 


Tahniah rumah biru, banyak menang acara lain juga 👏🏻👏🏻👏🏻




Friday, 2 May 2025

Recap ~ Week 17, 2025

Week 17: 23/4-29/4/2025

Tumpang bangga, program yang Biro Kebajikan usahakan dapat perhatian pihak alumni uni. Berita ni keluar dalam Buletin uni. 

24/4 result SPM 2024 keluar. 
Tahniah utk semua, termasuk Haziq, sepupu depa. Ibunya beli kek, sekali dgn sambut bday Alya. 


26/4 = 27 Syawal, Kakak berjaya habiskan Puasa 6 alhamdulillah. Dia requested nak makan keu tiau goreng. Abang pun berjaya juga habiskan Puasa 6-nya. Diorg tak puasa straight 6 hari; ada kekangan aktiviti sekolah la, tak sihat la jadi bila dapat habiskan Puasa 6  tu rasa syukur sangat. Tahniah Abang & Kakak!  

27/4 Nak keluar pergi open house surau, nampak si Peah dah beranak! Aduhai, Jumaat Sabtu Ummi kemas beranda, Ahad dia pi beranak dekat situ 🙆🏻 

28/4 Walid ada roundtable meeting plus jamuan raya dekat KL. Yang best-nya naik LRT lengkap berbaju Melayu dan samping hehe... Tapi Walid kata kalau hari Jumaat biasa je nampak orang lengkap berbaju Melayu ni. Ialah nanti nak solat Jumaat kan... 


29/4 Sembang kari dengan Cik Ita 😁

Thursday, 1 May 2025

Cuti 1 Mei

Credit sourse.
Comel, simpan sini la :D

Nama je cuti tapi full of activities. Tapi itu yang best bila cuti dimanfaatkan sepenuhnya kan... 

Walid pagi² dah ke sekolah.
Ada sesi kenal mengenal ahli KSIB SRAI yang baru ditubuhkan. Tak ramai yang dapat hadir tapi okaylah utk permulaan. 

Sebelah petang Ummi joined AGM alumni kami. Depa buag physical meeting di Putrajaya tapi Ummi tak pergilah sana. 

Sedap nampaknya depa makan²... AGM + jamuan raya. Mommy Zya pun turun dari Tepen utk ke AGM ni tapi itulah takde rezeki nak jumpa dia. 

Selepas Isyak pula kami joined majlis bacaan Yasin utk anjuran KSIB F5. Ni kira kicked off la untuk sesi seterusnya yang telah dipersetujui oleh parents F5. Ayah² akan bergilir² lead bacaan Yasin ni. Semoga Allah SWT berkati usaha kecil kami ni dan menganugerahkan kejayaan cemerlang buat semua anak² Batch 08 dlm SPM nanti 🤲🏻 

Ni usaha parents, anak² sendiri pun ada usahanya 👇🏻

Padat jadual Abang semalam... 
Hari tu dia mengadu penat... 
Kuat ye Abang, bukan senang nak senang 💪🏻

Penutup sebelum tidur. 
Orang makan kek petang², anak² kami makan Kek Tapak Kuda after dinner :D 
Tq Malika bagi KTK ni dekat Adik 🫰🏻



KLMJ #2

Macam biasalah bila mengemas, Ummi suka mengulit kenangan. Itu yang suka kemas sorang², boleh layan perasaan sambil² mengemas. 

Ummi bukan saja kemas beranda tapi juga sorting baju untuk program pengumpulan baju di Masjid Ar Rahimah Greenwood last week.  

Ada satu storage box tu barangan/pakaian anak⁴ masa baby ... Kali ni baru ada kekuatan nak 'berpisah' dengan barang² ni... Sebelum ni kemas, simpan balik dah berapa kali dah 🤭

Mittens & booties yang belum guna ni Ummi let go. Yang warna hijau tu  baju kurung dari kain sari. Kainnya Walid beli di Mumbai. 

Lemek/lapik tidur Abang. Yang ni Ummi belum kuat untuk lepaskan. Besar sangat maknanya kehadiran Abang dalam hidup kami, selepas 5 tahun menunggu zuriat 🥹 
Of course la kehadiran anak³ lain pun setiap seorang tu membawa makna yg sangat besar dalam hidup Ummi Walid. Lemek ni memang keempat⁴ anak guna sebab sangat sentimental nilainya bagi Ummi. 

Dress Adik pakai masa kenduri aqiqah dia. Dress ni Makngah Fiza hadiahkan... 
Anak singa tu sibuk je, orang mengemas dia pun nak mengemas (baca: mengacau) haha... 

Barut baby 🤩
Yang sebelah tu bengkung moden, sangat mrmbantu ye esp bagi yang C-zer. Nak pakai senang, ada strap. 

Tali dan casing luggage bag masa gi haji. 
Jubah putih Ummi pakai masa wuquf manakala yang merah ni Ummi beli di Mina. 20 riyal je rasanya. Jubah biasa je, buat salin² di sana. 

Jubah untuk Kakak. Untuk Ummi pun ada, kiranya sedondon la kami 2 beranak. Beli di Madinah jubah ni. 

Ummi gi haji umur dia genap 10 bulan, hari berangkat tu. Kami balik haji, dia dah 11 bulan ½, dah mula nak bertatih. Allahu Akbar, bila ingat balik memang syahduuuu, auto mata berair ☺️

Dah penat mengemas dan penat melayan kenangan pi la beli kopi sat...

 Kitanya old school wakkkkk, beli 
Kopi Ais Mamak jer ... :D 

Sudi² baca: KLMJ #1 🤗