Sunday, 27 April 2025

Raya, Raya, Raya

Cerita 28 Syawal...

3 open house raya kami raikan jemputannya hari ni. Sebab tu tajuknya Raya, Raya, Raya 3x :p 

#1 Open House Surau 

Tahun ni ada deko raya di anjung surau. Ajak Adik bergambar, taknak pulak dia. Makan pun tak hendak sangat, nak cari bestie zaman Pasti dia dulu, Pah. 

Ada nasi, kambing golek, sate dan kuih muih. Ini yang kami ambil. Yang tak diambil pun pelbagai jenis juadah lagi. 

#2 Open House Pak Tam & the Geng 

Geng peniaga buat open house juga. 

Atas tu laksa beras, tapi kuahnya macam kuah laksam. Atau mungkin ini yang dipanggil laksa lemak? 

Nasi tomato tu Adik sorang makan, habis sepinggan! Dia cuma makan kambing golek di open house surau itu yang lapar tu. 

Oh ya, Atok Omar tauke Nasi Lemak Kangkung tu dah takde :(  
Atok kembali ke rahmatullah pada Rabu, 24 Syawal. Masa balik kampung raya hari tu dah dengar khabar Atok dimasukkan ke hospital. Rabu lepas dapat khabar duka. Semoga Allah SWT menempatkan arwah di kalangan para solihin aamin 🀲🏻

#3 Open House MTM Mart

Ambil Mee Goreng sepinggan kongsi berdua dengan Walid. Keropok lekor tu sedap tapi mampu makan seketul je. 

Alhamdulillah D, isteri arwah Abe dapat jemputan haji 🀲🏻 

Tak habis lagi acara makan, jenguk anak soleh di asrama, makan lagi. 

Ummi bawa Kek Pisang Coklat dan creampuffs airtangan Acik Solehah. Sekarang payah nak dapat order dengan AS ni, banyak sangatttt tempahan di musim raya ni. Tak menang tangan dia... Ini dapat beli pun sebab ada extra

Ni je Ummi masak; Roti Canai Goreng. 
Leftover sarapan hari sebelumnya, simpan dalam peti ais. Nak masak tu hiris nipis², tumis la bawang cili kisar semua macam nak goreng mee tu... Letaklah telur ke, udang ke ayam ke sbg rencah. Ummi letak sosej. Anak soleh pulun makan, sedap la tewwww :p 

Alhamdulillah. 





21 comments:

  1. Tu dia sekali 3 jemputan raya.. boleh dah nyanyi lagu raya raya raya.. hahahaa.. πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  2. Banyaknya jemputan PH, merapatkan silaturrahim kat PH...doakan SA murah rezeki..teringin nak ajak blogger2 terdekat makan- makan kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung² ni baru ada jemputan pun SA πŸ˜…
      Kami pun takde buat makan² kali ni, terikat dgn aktiviti sekolah anak⁴ bersilih ganti.

      Delete
    2. moga SA murah rezeki & diberi kesihatan yg baik & dpt buat majlis makan2 blh jemput kami2 ni hehehe

      Delete
  3. Keropok Lekor 😍😍😍😍 rindu makan iniiiii.

    Canai saya bayangkan diiris lalu campur dengan perbawangan pasti sedaaap. Memang bertambah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keropok lekor memang enak kan!
      Ia betul, dihiris dan digoreng umpama masak mee atau kue tiau goreng.

      Delete
  4. Alhamdulillah, rezeki dapat pi open house sampai 3 tempat.
    Idea baru dapat dari PH, roti canai goreng. Saya biasa kalo ada roti canai tak habis, pecah telor jadi roti tampal je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ditampal tak laku, sbb rupanya masih roti canai haha... Bila goreng gini ada yg ingat kue tiau hihi

      Delete
  5. Wauu... Rezeki open house 3 buah rumah sekaligus... Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung² baru ada jemputan tuan πŸ˜†

      Delete
  6. Menarik roti canai goreng tu. Tak pernah terfikir pun😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dulu pun tak tau Kak. Masa PKP la mula tau ... Ada org share :)

      Delete
  7. ehhh mcm mana roti canai goreng tu PH? cuba share entry khas dia tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah dh Ana, long time ago. Nanti Akk try cari semula. Akk dulu Google tengok leftover recipes ygory share, itu yg jumpa resepi RC goreng ni

      Delete
  8. Kek Pisang Chocolate tu sedapnya tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sangat Kak. Baker ni apa saja yg dia buat mmg tak pernah mengecewakan πŸ‘πŸ»

      Delete
  9. murah rezeki PH sekeluarga.. Bersusun jemputan open house. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hujung Syawal baru ada jemputan pun Ily 🫣

      Delete
  10. meriahhh sgt! ari sabtu lps, kami attend 2 jamuan raya jugakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung² Syawal plus minggu gaji agaknya kan, itu yg bersusun org buat open house agaknya.

      Delete