Wednesday, 11 September 2024

Accident @ MRR2 (not us)

Kisah pagi tadi ... 

Keluar hantar anak pagi ni Ummi ikut MRR2. Keluar dari SG takde kereta depan Ummi. Then ada lori besar dari lane tengah masuk depan Ummi. Ummi drive macam biasa, kekalkan jarak selamat dgn lori tu. Tak sampai 2 minit kot, lori tu bagi signal nak masuk ke lane tengah semula. Ummi dah dapat agak, mesti ada halangan di depan. Sebelum tu nampak lampu berkelip² dari jauh, tapi tak nampak objeknya sebab masih gelap, dlm 6.30 pagi time tu. 

Rupanya ada kemalangan, menghalang lorong kiri. Mungkin baru berlaku masa tu; takde kon keselamatan diletakkan, takde polis dan trafik pun belum pile up. Alhamdulillah anak² sampai ke sekolah macam biasa. 

Gambar ni dari group taman, dah siang dah masa ni. Nampak baru lagi Merc ni. Masa Ummi lalu tu nampak ada 2 orang berdiri di luar kereta, mungkin pemandu & penumpang kereta ni. Harapnya semua selamat. 

Masa Ummi patah balik ke rumah, trafik dah mula sesak hala ke tempat kejadian tu. Dalam group kelas Adik pun ada parent maklumkan anaknya masih otw (jam 7.30 pg) sebab trafik sesak luarbiasa. Dengarnya traffic jam sampai ke Bulatan Batu Caves sana dah... 

Semoga dipermudahkan segala urusan semua 🤲

# Clarify siap² dekat topic, not us yg accident takut ada yg salah faham. 


Tuesday, 10 September 2024

Buah²an Tempatan II

Hari tu kan Ummi cakap nak beli langsat, alhamdulillah Ahad lepas pusat tuisyen Kakak bagi murid²nya seorang seplastik buah langsat & mesta. Sekali pandang macam manggis, tapi bila diamati bentuknya lebih lonjong. Dulu Ummi pun ingat sama, tapi bila masuk kebun Wak, barulah tahu rupanya ada buah mesta, dalam keluarga manggis juga. 

Masa diorang keluar dari pusat tuisyen tu Ummi nampak semua bawa plastik sorang satu... Mudah-mudahan bertambah rezeki buat mereka yang memberi 🤲

Ada yang masih hijau, yang baru masak dan yang dah ranum. 

Semalam juga Kakak bawa balik untuk Ummi buah pulasan... 

Kali ni Fawwaz kawan dia tu bawa buah pulasan. Nak kongsi rezeki dengan cikgu² pulak. Kakak duduk belakang Fawwaz dlm kelas, dia  minta sikit.  Fawwaz bagi 2 biji; Kakak makan sebiji, bawa balik utk Ummi sebiji :D 



Penat Tau!

Kisahnya, Ummi ke kedai runcit dekat area perumahan ni pagi tadi. Jalan kaki je, nak exercise la konon. 

Sampai kedai pilih ayam, timbang dan pekerja kedai tu tulis harga atas sehelai kertas dan bagi Ummi. Sementara dia nak potong ayam tu Ummi melilau dalam kedai pilih ikan dan sayur. Setel semua pergi kaunter dan bayar, hulur sekali kertas harga ayam tu. 
 
Keluar kedai runcit, Ummi masuk pula mini mart sebelahnya, nak beli susu kotak. Alhamdulillah barang yg nak dibeli semua ada. Sampai rumah buka tudung, tukar baju semua sebab nak masuk dapur kan... Buka plastik barang yang dibeli tadi, adoiiii lupa ambik ayam! 

Malasnya nak kena ke kedai semula huhu... Nak bersiap tu yang malas sebenarnya. Kali ni Ummi naik kereta je la, malas dah nak jalan kaki. Plus malas nak pakai tudung lawa², pakai tudung instant je, naik kereta orang tak nampak sangat 😂 

Penat tau awak buat gini ayam :p 

Monday, 9 September 2024

Renew Road Tax Queen

Selesai urusan report card gegirls, ke Melawati la kejap, ambil road tax kereta Ummi yang dah siap. Every year memang minta dealer tempat kami beli Queen ni buatkan. Sekali dengan insurance dia setel-kan, sediakan fulus je. 

Saiz road tax kereta sekarang sama je dengan saiz road tax motorsikal ye? Lebih kurang sama dgn saiz lesen memandu juga. 

Walaupun katanya tak perlu pamer dah road tax kereta dekat cermin depan tu, tapi Ummi still prefer hardcopy road tax ni. Senang nak tengok tarikh matinya. Sama juga dgn lesen memandu, ada yang fizikal lagi senang Ummi rasa. Makin 'muda', makin kuat ingatankan :p

Dapat hadiah sekaki payung ❤️
Suka sangatlah Ummi sebab payung yang dapat masa beli Queen tu no longer in good shape walaupun masih boleh digunakan. 


Sunday, 8 September 2024

Nasi Lemak Bunjut

Semalam Cik Mila open order Nasi Lemak Bunjut. Ummi ingatkan nasi lemak bungkus biasa tu. Tapi bukan...

Gini rupanya...
Kalau di Pekan Jitra tu, selalu jumpa nasi lemak kuning yang dibunjut gini, tapi luarnya dibalut dengan surat khabar. Yang versi Cik Mila ni, just balut dengan plastik lutsinar je. 

Airtangan Cik Mila tak payah tanya, memang sedap sokmo 👍
Sambal nampak banyak tapi tak pedas, just nice. Rasanya macam nasi lemak bungkus Kedah style . Sebungkus RM2, saiz portion mengenyangkan. 

Ni Nasi Lemak Kedah, versi kedai Bihun Sup Kedah. Gulai Ikan Temenung tu Walid add on. 

Nasi lemak ni hari² makan pun tak jemu kan... 

Report Card Day SRAI

Jumaat 6.9 kelmarin, hari yang sangat sibuk bagi Ummi Walid; 

1/ Urusan Abang 
2/ Urusan Kakak & Adik 
3/ Urusan Angah 

Hari ni (Jumaat tu) Hari Bicara Akademik SRAI. Selalunya Ummi datang sorang je ambil report card depa tapi kali ni Walid ambil cuti. Sebab ada kaitan dgn urusan #1 & #3 👆 

Jumpa guru kelas Adik dulu. 
Walaupun datang berdua, tapi Walid ke pejabat, jumpa PK HEM berkaitan hal sekolah 😌

Ke kelas Kakak pulak. Yang ni Walid sempat join. 

Tahun ni tinggal 2 je di SRAI, tahun lepas 3 orang jenuh naik tangga turun tangga ke kelas depa. Lain² blok pulak tu 😅

Keputusan PPT Kakak dan Adik alhamdulillah, cemerlang. Tahniah Adik & Kakak 🌹

Itu ini balik rumah rehat sekejap Walid keluar semula, ke sekolah Angah pulak. Angah PB minggu ni. Lepas solat Jumaat, ambil Angah tapi belum balik rumah ada meeting dgn orang kuat KISB dan seorang lagi insan penting. Semuanya pasal hal sekolah anak² la. Dekat Asar baru sampai rumah. 

Hari yang sibuk tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. 

Saturday, 7 September 2024

Jumpa Kawan @ Richiamo SG

Ada seorang kenalan dalam ALMA ajak Ummi berjumpa, since Ummi tak dapat datang program FAWL 2024. Nak berkenalan katanya haha... Kami belum pernah bersapa ye sebelum ni, walaupun pernah terlibat dgn Brisk Walk ALMA February lepas. Dia Laws, Ummi Econs. Yang kelakarnya, Ummi ditempatkan di kolej Laws, dia pula minta ditukarkan ke kolej Econs. Sebab tu kot kami tak saling mengenali masa tu.  
Jadi kami set jumpa di Richiamo SG. Mana lagi kalau bukan di sini. Ummi jenis yang once dah selesa dgn sesuatu, susah nak tukar². Setia gitewww :p 

Adoi kelakarlah kawan Ummi ni 🤭

Ummi tengah tunggu order masa tu, malas la nak tukar tempat kan... Yang lawaknya dia siap order kopi juga dekat Zus tu 😆 

Sebenarnya dia nak share dgn Ummi tentang takaful. Tapi since Ummi dah ada takaful, and dari awal Ummi dah cakap Ummi tak minat nak jadi agent ke apa, so kami banyak sembang pasal keluarga je la. Selain aktif sbg agent takaful, kawan Ummi ni juga pemilik taska dan pusat asuhan 👍 

Dulu, masa umur mid 20s, 30s takut kalau orang ajak jumpa untuk sembang bab takaful ke, MLM ke... Tau dah mesti depa nak ajak kita sign up kan. And then that time kita pun kurang matang, kurang ilmu jadi tak reti nak tolak, takut kawan kecik hati. But alhamdulillah takdelah terjebak sangat join itu ini, only a few macam Zhulian & Amway. Over the years, kita makin matang, makin byk pengalaman, bertambah ilmu jadi boleh dgn yakin utk berkata tidak pada perkara yg kita tak nak. 

Ummi tapau je Spaghetti Bolognese RC ni, standby in case dia tak jumpa RC, Ummi nak gerak ke ZC. Tapi berjaya dia cari hehe... Bawa sekali kopi Zus dia masuk Richiamo :D 

Rezeki minum petang anak². 

Ada rezeki kita jumpa lagi Afla ❤️