Sunday 1 September 2024

Program From Alumni with Love (FAWL 2024)

Alhamdulillah program yang diamanahkan kpd Biro Kebajikan berjaya dilaksanakan dgn cemerlangnya pada 26.8.2024 (Isnin) tempohari. Program ni antara ALMA dan pihak Alumni Division. 



Selaku SU Biro, beberapa kali juga Ummi terlibat dengan perbincangan program ni. Tapi semuanya online, senang kerja :D 

Siapkan paperwork... 

Meeting final touch 25.8... 
Masa ni peserta baru ada 80 orang, padahal target asal 300. Alhamdulillah semasa hari event, berjaya kumpul 180 orang, semuanya  penuntut² dari keluarga B40. Objektif program ni pun untuk menyantuni mereka dengan majlis berbuka puasa (puasa sunat Isnin). Alhamdulillah di pihak kami berjaya merndapatkan dana yang diperlukan. Lebihan dana dikembalikan kepada adik² ni dengan cenderahati berupa pen dan tunai (pemenang pop quiz). Nak beli hadiah tak sempat, sebab last minute ada sumbangan agak besar dari geng Engineering 🤲 

Alhamdulillah program berjalan lancar dan meriah. Walaupun Ummi tak dapat hadir (Walid outstation that week plus hari sekolah) tapi terasa juga kemeriahannya melalui perkongsian gambar & info dari teman² yang hadir. Depa kenalah share dgn Ummi sebab Ummi kan nak kena buat report nanti haha... 

Semoga ada impak program ni buat peserta² yang terlibat. Melalui sharing session yang dibuat, diharapkan dapatlah adik² ni ambil inspirasi dan jadikan motivasi utk masing² berusaha keras utk berjaya. Ummi dulu pun masa di sekolah menengah ada abang kakak senior yg dah berjaya ke uni datang sekolah bagi talk & buat sharing session tentang kehidupan di uni buatkan kita pun bersemangat nak masuk universiti :D 

Semoga ada rezeki FAWL ni jadi acara tahunan, إن شاء الله.
Seronok dapat menyumbang semula kpd tempat yang pernah berjasa kpd kita. 


18 comments:

  1. Alhamdulillah.. puas hati bila pgrm yg dirancang berjaya dilaksanakan... janji semua happy.. next time boleh buat terbaik lg kan?? chaiyokk

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah program yang dirancang berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah wpun ada juga sikit sebanyak halangan, yg pntg ianya berjaya dilaksanakan.

      Delete
  3. Alaaa... sayangnya PH sebagai SU Biro tak dapat hadir. Semoga ada kesempatan di tahun hadapan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Sesuatu yang nikmat bila ianya berjalan lancar, lebih labih lagi bila kita terlibat secara langsung dengan program yang berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Lama tak berprogram, seronok juga :D

      Delete
  5. Acara yang menarik juga. Lebih menarik PH pun hadir.....

    ReplyDelete
  6. Alaaa SU x pi...kalau pi mesti lebih bermakna dan meriah

    ReplyDelete
  7. Tahniah PH 👍🏽
    Bagus dapat menyumbang kembali.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah semua berjalan dengan Lancar

    ReplyDelete
  9. Syukurlah acara berjalan lancar ya kak 😍. Memang happy kalo bisa memberi sesuatu kepada sekolah atau univ tempat kita belajar. Krn bagaimanapun mereka ada berjasa membuat kita sukses juga

    ReplyDelete
  10. Alumni mmg sgt membantu. Mcm kat sekolah Khilfi, mana2 student yg tak mampu byr yuran bila dorang usul pada Alumni ehhhh tau2 je DONE….

    Tu yg ammi selalu ckp dgn anak2, harini kamu semua belajar dgn kemudahan yg Alumni tolong up sana sini. Later on bila dah bekerja jg lupa sedekah pada junior supaya dorang pun merasa

    ReplyDelete