Saturday, 13 April 2024

Reunion @ 3 Syawal

Alhamdulillah mudah sangat perjalanan reunion Ummi dan kawan² sekolah rendah. Dari segi perancangan hinggalah ke majlisnya sangat lancar alhamdulillah. 

Kami pilih raya ketiga sebab ramai yang balik kampung beraya. Walaupun kebanyakan kawan² sekolah rendah tinggal di kampung atau kawasan berhampiran macam Kulim, SP, Penang tapi ada juga segelintir yang berada di Lembah Klang, Melaka dan seorang di Sabah. Lebih 30 tahun kami tak jumpa, jadi kesempatan yang ada ni jangan dilepaskan. 

Seawal 8.00 pagi dah start merewang. Terima kasih kawan² AJK yang turun padang; Cikta, Cik Lan, Uncle Duan, Uncle Sikin, Cik Faza & doter, Uncle Bas, Cik Ida, Uncle Lias, Uncle Man dan geng masjid yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan pagi tuan. Tok Imam pun turun padang tengok persiapan. Majlis ni kami buat di masjid. Cikta anak Tok Imam, senang nak kawtim  :) Masjid ni dulu tempat kami belajar KAFA tapi masa tu imamnya Almarhum Wan Haji, bapa saudara Ummi. 


UL & US sedang melapah kambing. Kambing ni Cikta sponsor ♥️

Ummi ambil job ni, buang getah umbut pisang atau disebut batang pisang. Sambil² tu membawang juga :p 

Getah pada umbut pisang tu perlu dibuang. Manakala umbut pisang tu pula kena ambil yang lembut saja, bukan yang dah berpucuk dan bukan juga bahagian keras (pelepah). W/pun begitu, ada je Ummi jumpa orang jual GBP ( Gulai Batang Pisang) yang masukkan sekali bahagian pelepah tu, nak jimat kan...  Sebab nak cari umbut pisang pun susah sekarang ni, tak macam dulu². 

UD dan UB mengacau gulai. Tukang masak masjid tolong guide. Bagus juga kemahiran ni diperturunkan. 

Menjelang pukul 12 tu dah selesai semua persiapan. Balik dulu dan datang semula lepas selesai solat Jumaat. 

Meriah juadah raya kami. 
Ramai kawan² yang murah hati, sponsor itu ini alhamdulillah. 

Dessert table by Cik Ayu. Semua sedap². Dengarnya artis² pun tempah dengan CA ni 👍

Lepas bacaan DOA dan tahlil ringkas, sesi paling dinanti; sesi makan :D 

Ummi serbu GBP dulu, dengan tapai pulut, Cikyah sponsor. Laksa Cik Diana pun sedap tapi Ummi lupa snapped gambar. In fact semua makanan sedap² alhamdulillah. Puas hati sangat. 

Terima kasih semua kawan² yang hadir bersama keluarga mahupun bersendirian. Paling best kawan2 berketurunan Siam, Rat & Rom yang sudi hadir. Sekolah kami dulu ada murid² Siam dari kampung sebelah. Setiap pagi diorang datang sekolah naik bas, kagum la Ummi tengok depa naik bas mai sekolah haha... Padahal itu je mode of transportation yang ada masa tu. Yang duduk kampung² Melayu ni kebanyakannya berjalan kaki je ke sekolah.  Berjalan kaki 2-3 km masa kira biasalah zaman tu. Kebanyakan keluarga pun hanya ada basikal tua saja. Yang ada motorsikal pun tak ramai, apatah lagi kereta. 


Terima kasih untuk kenangan indah yang dicipta ♥️

Ada rezeki kita jumpa lagi di lain masa. 

Friday, 12 April 2024

'Tumbang' @ 2 Syawal

Penangan cuaca panas, tak cukup rehat dan minum air  berais masa beraya semalam, 2 Syawal Ummi tumbang akibat sakit tekak dan hidung tersumbat. Badan pun rasa lemah semacam. 

Lama sangat beraya di rumah Maklong, sampai kampung Ummi dah tengahari. Panas sungguh! Jadi hanya beraya di rumah Maklang Di saja. Dah Zohor pun, segan nak bertandang ke rumah orang. 

Checked in dulu di homestay.

Rezeki anak⁴ ada penjual aiskrim lalu depan rumah. Senyum je Bhai tu hehe... 

Suhu di Baling, petang semalam. 
Habis sakit kepala Ummi, Allahu Akbar. Terpaksa telan Panadol :( 

Masa ni nak beli nasi dekat Mamak Ketapang Batu 42 tapi nasi putih yilek! Yang ada nasi beriani, itu pun que panjang. Sudahnya Walid beli beras, balik masak nasi di homestay. Ada serunding Tok Umi bekalkan dan Walid beli ayam goreng juga. Jadilah... 

Lewat petang baru keluar semula beraya. Itu pun satu rumah je, rumah member sekolah rendah Ummi dulu. Tak sedap badan malas  nak beraya. 

Rasa hambar raya tahun ni kan? 
Ke Ummi je, hehe...

Wednesday, 10 April 2024

Beraya Sakan @ 1 Syawal

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga 🌹 

Tahun ni tema 💙🖤 (blue black)

Baju raya Ummi...kebaya you 😆
Actually kebaya ni Maklong bagi 2-3 tahun lepas tapi Ummi simpan sebab tak sedondon dgn baju Walid & kids. 

Beraya di Jitra lagi untuk kesekian tahunnya 😁

Solat raya di surau taman rumah mertua. 
Kali ni ada geng; Maksu & her girls. Itu yang lepas solat lepak makan jamuan raya surau  dulu:) Selalu dgn gegirls je, lepas solat terus balik. Segan nak lepak dengan geng Tok Umi :D 

Sebelum ke surau, Ummi masak Nasi Beriani, Ayam Goreng Kari & Acar Timun. Pukul 4 pagi dah bangun, nak kekalkan momentum bangun waktu sahur. Masak guna dapur gas sebab Ummi merajuk dgn Bik Phillips Ummi :p Semalam masak Rendang Daging terlebih empuk. Taknak salahkan diri sendiri kita salahkan periuk haha... 

Daun Kunyit dan Daun Limau Purut petik belakang rumah Tok Umi, puashati dapat daun segar, sebanyak² Ummi letak :D 

Photoshoot. 
Yang ada family kami dan family Paksu je. Depa tema lilac. Ramai juga yang pakai warna lilac tahun ni kan? 

Pukul 12 lebih baru sampai di rumah pertama. Panas sungguhlah cuaca di Kedah ni. Berpeluh dan berlengaih! 

Kali ni pun ziarah rumah² wajib;
1. Rumah Tok Cik Daq @ Siputeh
2. Rumah Toklang Pian @ Kandis (suaminya Toklang Chen meninggal Ahad, 7.4, hari kami balik kampung itu hari)
3. Rumah Tok Kodiang @ Kodiang lah kan :p
4. Rumah Toklong Im @ Kodiang 
5. Rumah Paknjang Asri @ Pdg Perahu
6. Rumah Paksu Syukri @ Pdg Perahu 

Selalunya sebelum rumah #2 👆, kami akan singgah dulu rumah Tokngah Mah. Rupanya pertemuan raya tahun lepas adalah pertemuan terakhir dengan Tokngah Mah. Beliau telah dijemput pulang kepada pencipta-Nya. Begitu juga Toklang Chen, last kami jumpa raya tahun lepas. Bila berlaku sebegini terasa setiap pertemuan tu sangat berharga. Jadi, gunalah sebaiknya untuk cipta kenangan terindah 🫶

Antara kenangan yang tercipta, main bunga api dan mercun di malam raya ♥️

Dan ini...  
Terima kasih tolong Makngah buat persiapan raya semalam :) 


Tuesday, 9 April 2024

Cuti Raya & Balik Raya

Cuti raya untuk anak⁴ juga dah bermula. Seminggu je... 

5.4 | Jumaat anakanda berdua balik dari asrama. Kali ni jemput sebelum solat Jumaat, nak elak traffic jam menuju ke Tol Gombak. Alhamdulillah lancar. 

Hari yang sama, Majlis Penutup Ihya' Ramadhan. Kakak tak terpilih untuk khatam Quran kali ni, cikgu pilih  semua boys untuk tahun ni. Untuk pertandingan mewarna dan melukis poster pun anak² dara Ummi tak menang. Tapi, semua murid dapat hadiah; duit raya dari SRAI 😍

En Rizal Caterer hantar Daging Dendeng Walid tempah, dihantar juga lauk berbuka 👍 Bubur Lambuk Atok Man bagi, last day kacau bubur lambuk untuk Ramadhan kali ni. Lagipun ramai dah berangkat pulang ke kampung, orang tak ramai itu yang AM bagi sampai 4 bungkus! Takde rezeki berbuka berbuka dgn  Uncle Alex di Intercont KL hari ni tapi rezeki lain pula yang sampai, alhamdulillah. 

Dugaan sebelum balik beraya, Tot kena jumpa Doc, pre mature labor. Alhamdulillah setel bab Tot baru lega nak balik raya... Story later ✌️

Tol Gombak 7.27 pg, 7.4.2024 (Ahad). Dah kenapa lalu sini? Haha... 

Okay kembali ke pangkal jalan... Masuk DUKE dah... 

Pagi 27 Ramadhan yang hening dan indah ♥️

Ipoh pukul 10.39. 
Alhamdulillah rezeki lagi tahun ni balik raya lancar macam tahun lepas. Memandangkan awal lagi, Walid ajak singgah Mydin Meru. Ummi onz je, tudung raya pun belum beli.  Lepas tu, boleh pulak lipstick pun tertinggal di rumah 😅 Tapinya ramai sungguh umat dekat MM ni, tak jadi cari tudung. Masuk Watson's beli lipstick dengan lotion ja. Lotion pun tertinggal gak :( 

Layan lagu raya sepanjang jalan. Tapi tetap tak boleh lawan mata mengantuk. Jadinya 2x berhenti tidur kejap. Sekali di R&R Tapah dan sekali lagi di RnR Gurun. Dah sampai Gurun pun tak larat nak teruskan perjalanan 😁 But better safe than sorry kan... Alhamdulillah pukul 3.30 ptg selamat sampai di Jitra. 

Yang bermusafir, semoga selamat sampai ke destinasi. Fi hifzillah semua 🤲

P/S: Maaf sangat, tak sempat nak ziarah kawan² maya semua. Ramadhan dah nak berakhir, Syawal pula nak menjelma. Dalam memanfaatkan 10 terakhir Ramadhan, selit juga persiapan menyambut Syawal. 



Monday, 8 April 2024

Projek Raya IV ~ Ketupat Palas

Bagi Ummi, juadah wajib setiap kali raya pastilah Ketupat Palas. Lemang takde takpe, janji ada Ketupat Palas :) 

Walid beli daun palas ni di Pasar SG. 3 perdu ni RM6. 

Step pertama kena bersihkan daun dan 'buka daun', which is daun ketupat tu kita lap dengan kain then buat ketupat dummy dulu supaya nanti nak isi pulut daun tak bergulung, cepat prosesnya. Step ni boleh buat awal, 2-3 hari sebelum pun okay. 

Ketupat Palas 
Rujukan: Puan Hazel

Bahan-Bahan (Ummi guna);
1 kg beras pulut - basuh dan rendam sekurang-kurangnya 30 minit 
1 kg santan 
1 sudu makan gula 
1 sudu makan garam 
Daun palas secukupnya 

Cara Penyediaan:
1. Satukan santan, gula dan garam di atas kuali. 
2. Buka api dan kacau hingga santan mendidih. Kacau selalu jangan sampai santan pecah minyak 
3. Toskan pulut dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga santan kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. Tutup api. Sejukkan dulu. 
4. Ambil daun palas (ketupat dummy tadi) dan masukkan pulut. Ikat kemas² dan gunting tangkai daun palas. Buat sehingga habis. Boleh rebus terus ketupat yang dah siap diisi atau simpan dalam freezer untuk direbus kemudian. 

Selamat mencuba 🤗 

Sunday, 7 April 2024

Projek Raya III ~ Biskut Cornflakes Crunchy

Mood ada, bahan ada jadi langsunglah Ummi sambung projek raya. Kali ni cuba buat Biskut Cornflakes Crunchy ikut resepi blogger LM. Tq LM, share resepi simple macam ni 🌹


Biskut Cornflakes Crunchy 
Terima kasih: LM

Bahan-Bahan:
1 ¾ cawan tepung gandum*
¼ cawan tepung jagung *
½ sudu teh baking powder *
1 cawan cornflakes - ramas kasar
200 gm butter
¾ cawan gula kastor
1 biji telur 
# Ummi ayak bersama bahan² bertanda *

Bahan Salut:
1 cawan cornflakes - ramas kasar 

Cara Penyediaan:
1. Pukul butter dan gula dgn senduk hingga sebati. Nak mudah, biarkan butter pada suhu bilik hingga lembut. 
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan telur. Gaul lagi 
3. Masukkan cornflakes dan gaul sebati adunan biskut.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag atau bulatan doh. Ummi bentukkan guna tangan je :) 
5. Salut dengan cornflakes. 
6. Bakar pada suhu 170°C, 15-20 minit. 
# Ummi bakar dalam air fryer; 160°C, 20 minit. 
7. Sejukkan dulu (biar pada suhu bilik) sebelum biskut dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Walaupun rupanya tak berapa cantik, tapi rasanya sedap 🤭

Yang sedikit perang tu sebab awalnya Ummi bakar dgn suhu 170°C, 20 minit. Rupanya tak sesuai dgn air fryer Ummi ni jadi Ummi turunkan suhu ke 160°C. Barulah fair & lovely biskut ai :p 

Dan seperti biasa, biskut raya ni dimakan sebelum raya, sebab tu dah tinggal suku balang 😅

Selamat mencuba 🤗 


Saturday, 6 April 2024

Projek Raya II ~ Popia Sira KA Style

First Kakak buat Cornflakes Madu, kelmarin Ummi buat Popia Sira. Resepi macam biasa Ummi ikut resepi Khairul Aming. Mudah² sesuailah dengan level newbie macam Ummi ni :p

Popia Sira

Bahan-Bahan: 
1 peket kulit popia size besar 
1 sudu makan tepung gandum - bancuh dgn sikit air (utk gam hujung popia yg digulung)
5 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air
½ cawan gula 

Cara Penyediaan: 
1. Ambil sekeping kulit popia dan gulung. Boleh guna straw. Buat sehingga kulit popia habis. Tak salah ada 50 PCs dlm 1 peket tu.
Ummi gulung dgn  tangan je, lagi senang :) 


2. Potong serong gulungan popia tadi
3. Biarkan dalam 15 minit bagi dia keras sikit
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
5. Dengan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili kisar. Masukkan air dan tumis hingga pecah minyak
6. Masukkan gula dan didihkan hingga caramelized. 
7. Masukkan popia tadi dan gaul sebati. Tutup api
8. Tabur bijan dan gaul sekali lagi. 

9. Angkat popia dan masukkan dalam talam atau bekas besar untuk disejukkan. 
10. Bila sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara. Siap! 

Selamat mencuba 🤗