Wednesday, 27 March 2024

Redeem Pisau Shogun @ Aeon

Dulu redeem Tupperware, kali ni redeem pisau Shogun pulak ☺️ Duta brand ni Chef Shearson 5 Rencah 5 Rasa tu. 

Kebetulan lepas beli sandal dapat lagi sticker. Teruslah ke Customer Service untuk redeem. 

Aeon Member perlu kumpul 15 stickers je, non member 20 stickers. For every RM30 spent, dapat 1 sticker (if tak silap). 

Ummi ambil pisau sebelah gunting tu. Bukan percuma ye, kena top up duit juga. Pisau Ummi ambil ni kena + RM25.90. Yang lagi besar, lagi mahallah kena + duit. 

Tajam betul pisau ni. 
Puashati tengok hasil hirisan tomato dan cili ni, nipis seperti yg Ummi nak. Pisau sedia ada tumpul, sekali asah sekali tajam. Sebenarnya tak berapa reti pun nak asah pisau 🤭  

Dengan adanya pisau baru ni, makin rajin la Ummi masuk dapur :p 

Resepi Ramadhan #6 ~ Nasi Ayam Garlic (One Pot Meal)

Berselera pulak sahur pagi tadi, makan Nasi Ayam Garlic One Pot ni. Yang best-nya masukkan je ayam dan masak bersama nasi. Prepping bahan Ummi buat sebelah malam, lagi mudah kerja. 

Nasi Ayam Garlic One Pot 
Sumber: TikTok

Bahan-Bahan
Beras - basuh bersih dan masukkan ke dalam rice cooker siap². 
Ayam - perap bersama kicap cair dan sos tiram sekurang²-nya 30 minit. Ummi perap semalaman. 
Bawang putih - cincang (guna chopper lagi senang)
Daun pandan - disimpul
Stok ayam - jika ada
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak di atas pan, goreng bawang putih hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Atas pan yang sama, goreng pula ayam yang telah diperap. Tak perlu tambah minyak sebab kita sekadar nak stir fry saja. Bila ayam layu, angkat dan susun ayam di atas beras yang dah menunggu dalam rice cooker tadi :)
3. Masukkan daun pandan, garam, air dan bawang putih tadi. 
4. Tutup periuk dan on rice cooker seperti biasa. 

Sambal Cili
1. Kisar kasar cili padi merah, cili merah (cabai besar) dan bawang putih. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai .
2. Panaskan 2-3 sudu minyak masak dan curahkan ke atas cili tadi (step #1). Gaul sebati. Siap! 

Sedap dimakan bersama timun, tomato dan daun salad. Nak buat kuah sup pun boleh. 

Selamat mencuba 🤗


Tuesday, 26 March 2024

Bunyi Lagi 😅

23.3.2024 | Ahad 

Kali ni Walid pula kena :D 

Kejadian berlaku di PETRONAS SG Ahad lepas. Katanya nak isi angin tayar kereta Ummi. Tak pastilah kenapa matikan enjin, tapi bila nak masuk kereta alarm tak function. Jadinya buka kereta pakai key la kot, 'menjeritlah' alarm 😁 

As usual, Alex came to the rescue :) 
Berpindahlah duit RM150 dari wallet Walid ke poket Alex huhu... Dia ingat lagi kereta Ummi ni, masa kejadian di TMG 2 tahun lepas dia juga yang datang tolong :D 

One of the reasons yang boleh buatkan setting alarm kereta ni 'lari' ialah gangguan signal pencawang Telco kata Alex. Betul atau tidak Ummi tak pasti. Tapi dekat area rumah kami memang ada pencawang Telco. Harapnya tak la sebab nak reset alarm ni bukan murah walaupun nampak mudah, cuma tekan² je remote kereta tu. 

Gambar sekadar hiasan ✌️

Mudah-mudahan yang baik² saja Allah beri untuk kita semua 🤗


Sandal Lama Tukar Baru

Sandal RM15 Ummi ni dah haus 🤭
Dah masuk tahun ke-2 pakai rasanya. 

Tapak pun dah merekah 😅
Ummi okay je, selagi boleh pakai kita pakai je. Lagipun setakat setakat nak pi kedai runcit or fetch anak² di sekolah takde hal pun. Cumanya bila pakai jalan² sakitlah kaki. Keras dah tempat pijak tu. 

Jadi, moh ler kita cari ganti. Alang² ada orang nak belanja, kita belilah yang helok sikit :p 

Dua² cun. 
Mana satu pilihan hati? 

Monday, 25 March 2024

Movie ~ Captain Phillips

Time anak² kat sekolah bolehlah Ummi layan movie. Me time sambil lipat kain atau scroll TT 🤭

Movie Captain Phillips ni entah berapa kali dah Ummi tengok. Filem berkualiti dengan barisan pelakon handalan macam Tom Hanks ni memang tak membosankan. Tengoklah berapa kali pun, tetap thrilled. 

Teropong lanun...

Depa mai dah...

Bengis betul muka si Mousa ni... Tapi dia baik juga, banding dengan kawan dia sorang lagi... Hat tu kerja nak tembak je :D

Laju bot lanun tu kejar kapal CP ni. 

Dah dekat dah....

Ummi suka tengok movie yang bagus macam ni sebab kita dapat tambah pengetahuan secara tak langsung. Antaranya dalam movie ni depa keluarkan hos macam hos Bomba tu di sekeliling kapal so that lanun tak boleh panjat naik atas kapal. Tapi, geng Mousa ni dapat juga naik atas kapal CP. Depa bawa senapang. Kapal ni pula katanya sekadar bawa kontena bantuan ke negara Africa, takdelah security escort. 

Walaupun ceritanya atas kapal je dan 4-5 orang pelakon ni saja tapi sangat best movie ni 👍

Ending? 
Hero mestilah selamat :p





Kakak ~ Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SRAI 24/25

22.3.2024 | Jumaat 

Alhamdulillah sekali lagi kontrak Kakak sebagai Pengawas Sekolah dilanjutkan :D 

Seperti biasa, dijemput Pegawai Polis untuk sampaikan watikah pelantikan ni. Pegawai yang sama kata Kakak, sejak dia jadi PS sekolah since darjah 3. Baguslah, sekolah ada network yang bagus dengan pihak berkuasa. Senang jika perlukan bantuan apa² kan... 

Selamat menjalankan amanah Kakak 💪

Sunday, 24 March 2024

Happy 13th Birthday Angah 🎈

Minggu ni dia PB, dapatlah sambut birthday dia. As usual just a small celebration between us. Gambar sebelah kiri ni hadiah dari Abang dan adik². 

Dia request Nutella Cheesetart as bday cake. Layannn...

Ummi tak masak special pun, just Ayam Masak Merah dan kuih kaswi je seperti yang dia request. Puasa, tak excited sangat nak sambut birthday pun 🤭 Tapi tetap kita raikan permintaan anak soleh sorang ni :)


Dah selamat balik ke asrama.
Baju tu hari tu test sample depa bagi elok je size M tu, tapi bila dah dapat bajunya nampak besar pulak dengan dia. Jubah UA pun sama, kena bawa ke tailor, lipat dan jahit bahagian bawah sebab terlebih labuh. Tapi takpe, boleh pakai lama إن شاء الله

Selamat Hari Lahir Angah 💞
Ummi Walid doakan agar Allah permudahkan segala urusan Angah dalam menuntut ilmu dan menghafaz Al Quran dan dimakbulkan segala hajat dan cita² Angah 🤲