Thursday, 5 October 2023

Donate Baju, Beli Pokok 🪴


Kisahnya, Ahad lepas kami hantar baju² terpakai ke program 👆 Tak banyak pun,  baju² Adiklah yang sempat Ummi sorting. Actually ada banyak lagi tapi tak angkut pun semua sebab kami pun tak sure tempat ni macamana... Kalau Pusat Kitar Semula Komuniti di Precint 9 tu yakinlah kami nak menghantarnya sebab diuruskan oleh Alam Flora. Bukan apa, Ummi sayang kalau kita donate baju tapi baju² tu tidak diuruskan dengan sebaik-baiknya. Baju² yang Ummi hantar pun bukan baju tak elok, semuanya baju yang masih elok yang kebanyakannya let go sebab dah tak muat. Nak bagi anak² sedara, cucu² sedara pun kebanyakannya hampir sebaya, means tak muat jugalah kan... 

Pakaian yang elok...

Pakaian untuk dilupuskan...

Ada beberapa orang remaja baya² Abang yang volunteer angkat kotak dsbnya. Bagus penganjur, libatkan sekali anak² remaja 👍 Kata salah seorang urusetia, biasanya 2-3 bulan sekali diorang buat program ni. Bolehlah Ummi sorting lagi baju² yang boleh disumbangkan. 

Selain pengumpulan baju, di dewan ni juga ada kebun komuniti. 

Buah anggur 🤩
Angah dapat rasa sebiji buahnya...ada pengunjung lain tolong petikkan utk dia :) 

Ada jualan anak-anak pokok...
Ummi beli pokok roselle, kesum, bendi dan bunga warna biru tu ... semuanya RM28 je... boleh tawar menawar sebab depa nak jual dan replace dengan pokok-pokok lain pula katanya. 

Balik rumah terus Ummi repotting pokok² ni... 

Lepas 2 hari, bunganya kembang ...
Tapi, check pagi tadi dah gugur pulak bunganya. Harap² yang lain lekatlah bunganya jadi putik buah 🤲

 Hidup subur ye Cik Kesum 🤗
So far, Ummi belum berjaya tanam pokok kesum ni lagi. Harapnya kali ni hidup aamin. 

Seri laman :) 



Wednesday, 4 October 2023

Sotong Masak Asam

Adik ni suka benar lauk sotong. Pergi market pagi semay, dia nampak sotong. Sekilo RM45, sotong besar. Tak sampai hati pula tak beli, Adik dah tunjuk-tunjuk sotong tu. Ummi ambillah 2 ekor, sebesar lengan Adik kot...

Balik rumah, Ummi buat masak asam, dah jemu asyik goreng kunyit, menu kesukaan Adik tu. Syukurlah dia tak kisah sotong tu dimasak apa pun. Dia cuma tahu nak makan lauk sotong :D 

Resepi: Sotong Masak Asam 
Sumber: RASA

Bahan-Bahan: 
Sotong – dipotong 2 atau kecil bulat-bulat
1 inci halia dihiris halus
3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus 
1 biji bawang besar dihiris besar dan tebal
1 tangkai cili merah dipotong serong.
1/2 mangkuk air asam jawa 
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih.
3. Bila sudah wangi boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing, kemudian masukkan air asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
4. Tambah air jika suka berkuah. Kacau sebati hingga mendidih.
5. Angkat dan sedia untuk dihidang.

# Ummi tambah hirisan daun bawang dan cili padi serta sedikit sos tiram. 

Bertambah-tambah Adik makan, alhamdulillah. Sebenarnya dia dapat MC 2 hari, tonsillitis. 

 
Tapi alhamdulillah, tonsil dia merah-merah je kata Doc, bukan bengkak. So tak perlu antibiotics. 

Alhamdulillah dia pun dah baik. Cuma sesekali batuk, sebab gatal tekak tu.


Greendoor @ Greenwood

Di homestay ni la majlis sambutan hari jadi Lily diadakan Sabtu lepas. 

Walaupun biasa lalu jalan utama Greenwood ni, tak pernah perasan pun homestay ni. Rumah corner lot di Taman Desa Minang. Dan namanya Greendoor sebab pintu utama memang dicat warna hijau. Pintu jenis melengkung, ada cermin kecik2 tu... lupa pulak ambil gambar, jadi Ummi copy dari website Greendoor sendiri. 

Credit: Source 

Cantik dan dilengkapi pelbagai kemudahan di homestay ni. Dekorasi sederhana tapi rumah ni dibina seolah tuan rumah yang akan duduk, it is properly built with good quality materials. Dan nampaknya rumah ni relatively baru diubahsuai, memandangkan kawasan perumahan ni perumahan yang agak lama. 

Ruang menonton, living room, dining dan kitchen semua dalam satu area; open concept. Dekat bawah ni ada satu bilik dan tingkat atas 4 bilik. 

Mama Lily jemput kami house tour jadi sempatlah Ummi Walid cuci mata :)

Ada loteng..
Jom naik!

Lawa! 
Boleh kot nak BBQ atas ni or sekadar kupi-kupi memalam atas ni. Nak kira bintang pun tak jauh sangat, tinggi loteng ni :p 

Nampak ikan² duyung tengah berenang :p 
Owner memang deko cantiklah rumah ni. 
Halaman diletakkan artificial grass. 

Modern design for bathroom. 

Dekat pool pun lengkap disediakan shower, bathroom and toilet. Proper macam pool di hotel. 

3-phase meter untuk support bekalan dan kegunaan elektrik. Nampaknya owner sangat menitikberatkan keselamatan penyewanya sebab rumah ni ada beberapa unit airconds dan pelbagai kelengkapan eletrik yang lain. 

Tempat ni Ummi rasa kalau nak buat family gathering or small scale events macam bertunang ke, nikah ke sesuai ni... Fasiliti lengkap dan tempat pun cantik. 

Greendoor @ Greenwood 
1, Lorong DM1
Taman Desa Minang
68100 Batu Caves
Selangor
No Tel: 014-724 1994

Monday, 2 October 2023

Masak Lemak Pucuk Chaya @ Ajinomoto

Kenal daun ni melalui posting Mak Cella. Sejak tu teringin juga nak 'berkenalan' dengan pokok ni :D

Dah namanya rezeki kita kan, akhirnya bertemu jua. Macam cerita jodoh la pulak haha... 

Ummi perasan ada pokok macam pokok Chaya @ Ajinomoto ni di kebun depan rumah Cik Azie. Sebelum ni takde... Pagi tadi Lepas ambil serai di perdunya, Ummi sesaje tegur Cik Azie... betullah sangkaan Ummi, itu memang pokok Chaya @ Ajinomoto. Anak menantu beliau yang bawa balik benihnya. Sambil bersembang tu, sambil tangan Cik Azie petik pucuknya untuk Ummi ☺️

Katanya sedap dibuat masak lemak... 

Memang sedap... daun tu lemak-lemak rasanya. Kalau pucuk ubi atau pucuk betik tu rasa pahit-pahit kan... Sebelum masak tu Ummi jerang air hingga mendidih, kemudian masukkan pucuk ni. Bila daun dah lembut tutup api. Toskan dan buatlah masak lemak macam biasa. Rencahnya Ummi tambah ikan bilis. 

Sebelum Maghrib, Cik Leha pula bagi sepinggan cempedak goreng. 

Alhamdulillah, mewah rezeki semalam 🤲

Birthday Party Lily

Lily, classmate Adik ni birthday-nya 14/9 tapi majlisnya Sabtu lepas. Majlis diadakan di sebuah homestay di Greenwood. 

Pool party 🤩
Itu yang Adik super excited nak pergi event ni... 

Satu lagi kek untuk adiknya. Tapi bday boy tidur la pulak masa orang potong kek hehe...

2 untuk Aniq, 7 untuk Lily. Bukan 27 ye :D 

Pelbagai pilihan dan aneka rasa makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Sedap-sedap belaka... Acik Yan, Mama Lily siap bagi jeli kelapa dan kuih bakar Kemboja untuk dibawa balik. Baik sangat depa sekeluarga walaupun kali pertama berjumpa. 

Splashing time yeayyyyy! 
Acara yang ditunggu oleh kanak-kanak :D 


Tqvm Lily & family for having us. 

Ummi  doakan Lily dan Aniq membesar dgn sihat, sentiasa dalam lindungan-Nya dan sentiasa menjadi penyejuk mata keluarga 🤲

Sunday, 1 October 2023

Perarakan Maulidur Rasul


Walid terlibat dengan perarakan Maulidur Rasul anjuran masjid kariah kami, mewakili jemaah surau setempat. Seingat Ummi ini kali kedua kot Walid join perarakan sebegini. Yang first tu dah almost 20 yrs ago kot, wakil tempat kerja masa tu, sebuah institusi perbankan. Dapat baju Melayu sepasang, warna hijau serindit beserta songkok. Program masa tu dibuat di PWTC (now WTC KL).  

Untuk perarakan kali ni, pihak surau sediakan kurta, kopiah dan gloves untuk semua peserta. 


Boleh dikatakan Walid antara ahli kontinjen yang paling muda. Majoriti warga emas, pangkat ayah²/atok² semuanya. Tapi, sangat bersemangat alhamdulillah. Itu belum tengok kaum ibu, lagiiii bersemangat. Dengarnya Cik Ana dengan Cik Aida pun joined perarakan ni, dengan kumpulan mengaji masing-masing.  


Selain perarakan, pelbagai aktiviti lain dianjurkan untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul ni; ceramah, Forum Perdana, pertandingan mewarna dsbnya.

Separuh hari jugalah Walid di program ni. Balik rumah terus lapar nasi 🤭


Yo la tu haha... 



GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)


Inilah hadiah menarik dalam gift box yang disediakan oleh pihak penganjur :D Dah namanya tauke tudung, mesti ada hadiah tudung kan 🤩

Tudung untuk Ummi, inai tu untuk Kakak (Ya Allah, baru darjah 4 tapi suka sungguh nak melawa!) dan makanan tu untuk Adik :p Sesuai sangatlah kalau Ibu Dini pilih PH sebagai pemenang GA ni 😉

Tapi, tak seronok kalau takde saingan haha... Maka, marilah kita beramai-ramai join GA ni dan support kawan kita ni. Jom semua! 

Syarat penyertaan tersangatlah senang; 

1. Copy gambar gift box di atas yang ada tunjuk isi dalam gift box ni dan backlink kan ke ENTRY 👈 

2. Copy paste tajuk ENTRY INI dan buat 1 entry menandakan anda join giveaway ini. Ajak rakan-rakan blogger yang lain join sekali 

3. Copy paste link entry kawan-kawan ke ruangan komen di link GA tersebut BERSERTA alamat email masing-masing untuk Ibu Dini contact sebagai pemenang nanti. 

4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada bila-bila masa mengikut citarasa Ibu Dini 😂 - syarat ni paling win hahaha... 

Taknak ke hadiah cun ni ? 
🤗