Tuesday, 18 January 2022

Melawat Kapal Korek Tg Tualang No 5 aka TT5

Perjalanan dari Batu Gajah ke Kampar melalui jalan dalam akan menemukan kita dengan tempat tarikan pelancong yang dikenali sebagai Kapal Korek Tg Tualang No 5 (Tg Tualang Tindredge No 5) aka TT5. 

Dah lama tahu kewujudan Kapal Korek Tg Tualang ni tapi tak terfikir pun nak melawat ke sini. Adalah sesekali nampak signboard-nya bila ke Ipoh atau Lumut. Ingatkan jauh ke dalam sangat... Rupanya boleh nampak dari tepi jalan je...

Jalan belakang tu lah main road ke Kampar, Gopeng, Malim Nawar.. . 

Jadinya kami tak lepaskan peluang untuk tengok kapal korek ni. Ingatkan sekadar tengok dari luar, rupanya boleh naik atas kapal korek ni! Ada guided tour lagi... 

Harga tiket. 

Selain TT5, kita juga boleh melawat Maze Park yang terletak bersebelahan TT5. Kami beli tiket kombo; 3 dewasa + 3 kanak-kanak. Dapat sekali 4 keping postcard dan 3 bungkus makanan ikan. Dalam lombong ni banyak ikan 

Sementara Walid beli tiket, kami tinjau galeri dulu...

Inilah bijih timah! 

Opah-opah kita dulu mendulang biji timah guna dulang kayu ... Macam kat bawah ni...

British mai terus bawak kapal korek sebesar alam...

TT5 ni saiz M (sederhana), ada lagi kapal korek lebih besar darinya. Lagi banyak bijih, lagi besar kapal korek ditempatkan di situ. Habis hasil bumi kita depa angkut balik negara depa 😬

Menurut En Amir, tourist guide kami TT5 ni ialah kapal korek ke-5 dibawa masuk ke negara kita, dari 115 kesemuanya. Sebab tu dipanggil TT5. Tempat pemasangannya di Gopeng. Bila harga bijih timah jatuh sekitar tahun 1982, semua kapal korek ni dijual atau dipindahkan ke luar negara dan ada juga dijual sebagai besi buruk. TT5 juga hampir dijual tetapi Sultan Perak ketika itu mengusulkan agar disimpan dan dijadikan sebagai muzium/tempat lawatan untuk generasi akan datang. Sekarang TT5 dijaga oleh MBInc, anak syarikat kerajaan negeri Perak. 

Satu lagi kapal korek yang tinggal di Malaysia ialah TT2 di Dengkil. Tapi, khabarnya ia dibiarkan begitu sahaja. Tempat orang merakam aktiviti paranormal katanya. 

Basket pengorek bijih ni berat 2 tan sebiji. Senang-senang boleh dapat 2000 ringgit kalau jual di kedai besi buruk, kata En Amir  :D 
Besi padu tu... 

Setiap pelawat wajib pakai topi keselamatan. TT5 ni dah berusia lebih 80 tahun. Ianya bukan replika tapi kapal asal jadi struktur kapal ada yang dah berkarat, berlubang, crack dsbnya. Dari 3-4 tingkat, hanya ground floor dibuka untuk pelawat. Walaupun usang dan rustic, tapi nampak kukuh sebab komponen kapal semuanya dari besi padu. Tapi, hari demi hari tetap ianya dimamah usia. Kata En Amir, satu hari nanti TT5 pasti tak dapat berkhidmat lagi :( 

Tongkang yang digunakan untuk mengangkut pekerja dan bijih suatu ketika dulu. Jambatan besi tu dibina untuk kemudahan pelancong. Dulu-dulu takde .. 

Group kami ada 20-25 orang. Ada 2 keluarga Melayu termasuk kami dan selebihnya kaum Cina. Maknanya mereka pun mahu melihat tinggalan sejarah nenek moyang mereka. Pekerja lombong ni dulu terdiri dalam pelbagai kaum. Mula-mula ketuanya orang Inggeris tapi lama-lama jawatan supervisor diberi kepada orang tempatan. 

Kapal korek ni bising bila bekerja. Jadi, untuk panggil pekerja meeting, kena pukul gendang besi ni... Ada 80 orang pekerja yang bekerja secara shift. 

Bilik Kapten kapal. Anything went wrong, dia jerit je dari atas tu .. Ada berlaku beberapa insiden termasuk melibatkan kemalangan jiwa. Kapal korek ni ibaratnya macam kilang juga... Masa tu pula semuanya dibuat secara manual, more prone to injury/negligence etc ...

Meja & bangku tu yang asal katanya... Tempat makan pekerja. Depa bawa bekal dari rumah sebab sepanjang bekerja +-8 jam/shift depa duduk atas kapal sahaja. Tandas? Ada kat hujung kapal, dinding besi gitu je. 

Yang menjulur ke depan itulah 'longkang', membawa segala bahan; pasir, tanah yang telah diasingkan dari bijih, emas dsbnya. Kadang-kadang dapat juga emas di sini.

Railing asal (warna kuning) masih dikekalkan w/pun ada cadangan untuk letak rail yang lebih kids friendly. Sebabnya nak kekalkan keaslian struktur kapal. Jadi, parents kena extra careful bila bawa anak-anak. Takut tergelincir ke dalam lombong! 

TT5 ditemukan di lombong sebelah. Kemudian ditunda ke tempat sekarang dan ditambak semula tanah sekelilingnya. Yang kuning di seberang sana tu water pump. Setiap hari air dipam dari lombong sebelah untuk memastikan paras air mencukupi untuk TT5 terapung. 

Pontoon ni yang pastikan kapal korek ni kekal terapung. 

Tempat pengumpulan bijih/emas. Bila dah penuh, depa sangkut pada tali besi, angkat ke atas dan lalu thru rail merah tu then masukkan ke dalam tongkang yang menunggu di kiti kanan kapal. Ummi rasa tongkang lebih besar dari gambar atas tadi tu, sebab sekali bawa keluar tu bertan-tan juga. Nanti tenggelam pula tongkangnya kan? Pekerja yang keluar masuk bilik ni kena body inspection, takut sorok bijih/emas dalam baju/seluar. Benda berhargakan... 

Panjang lebar Ummi bercerita, cukuplah kan... Banyak lagi cerita menarik di sini. Kala nak tahu, kenalah datang 😉 Tour ni selama 1 jam, memang puashati sangat. Tak terasa pun masa berlalu sebab seronok dengan cerita En Amir. Pengalaman baru, pengetahuan baru itu yang jadi seronok 


Tanda kenangan; T-shirt, fridge magnet dan postcard. 

Next episode, kita ke Maze Park pulak ye :)

Cuti Hari Thaipusam

Ramai juga yang ambil cuti semalam, bersambung dengan Hari Thaipusam hari ni. Dapatlah 4 hari keseluruhan termasuk Sabtu & Ahad. Cuti kapit (apit) kami panggil :) In the coming months pun ada few more public holidays on Tuesdays kan? Contoh terdekat CNY next month. Ambil sehari Isnin, dapat cuti hingga Rabu, Khamis... Alang-alang Jumaat tu ambil leave, dapat seminggu terus! 

Hari ni Walid pun cuti, tapi kena juga siapkan kerja hihi ... Tengah review KPI team members beliau..  Oklah, compared to Ayah Mel, kena ke ofis, meeting 🤭

Balik pasar tadi, singgah dating sat... Makan Nasi Kak Wok dengan teh ais madu. Kenyang sampai tengahari! 

Lepas tu, pakat gotong royong bersih kawasan depan rumah. Dah 2-3 orang jiran ternampak ular hitam melintas di kejiranan kami ni. Mohon dijauhkan dari segala mara bahaya aamin... 

Lepas Zohor, Ummi & Walid memenuhi jemputan Aunty Farah ke majlis aqiqah cucu sulungnya. Lahir 4/1, baru 2 minggu. Cantik nama baby, gabungan klasik + modern. Tahniah Mat & isteri! 

Beli hamper sebagai buah tangan. Best betul masuk Manjaku, bau baby 😉

Goodies bags untuk anak4. Rezeki Kakak & Adik-lah face masks warna pink tu. Hero2 takdelah nak pakai warna tu kan? 

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚

Monday, 17 January 2022

BtS II ~ Angah

Hari ni 17/1 Angah kembali ke sekolah (back to school - BtS). Itupun esok cuti pula, Thaipusam. 

Buka  sekolah hari ni terus exam (PAT). Minggu ni subjek akademik, 7/2 nanti baru sambung subjek elektif dan agama pula... Minggu depan turn Team A ambil exam. 

Kakak pun exam juga hari ni. Tapi, dia akan habis exam minggu depan sebab Tahap 1 tiada penggiliran. 

Aunty Farah "Aiyya, masuk tahun baru tapi belum naik darjah ka?" Haha... Bercerita dengan orang yang takde anak sekolah pening depa 😆 Tambahan pula pelbagai perubahan yang berlaku di zaman pandemik. 

Sekarang ni tak kisahlah hari pertama sekolah ke hari ke seratus ke, jem sedia-sedia :( 

Jalan besar Sri Gombak tu pun agak sesak hari ni sebab jalan menghala ke Batu Caves ditutup sempena Thaipusam. Ramai terpaksa cari jalan alternatif untuk keluar/masuk ke kediaman atau tempat kerja masing-masing. 

Gambar atas tu nampak langit cerah je kan? Petang ni hujan, alhamdulillah. Balik dari Kampar semalam, layu pokok-pokok Ummi. Tak hujanlah sepanjang kami di sana maknanya. 

Lega Ummi bila pokok-pokok ni segar semula :) 

p/s: Belum sempat ziarah kawan-kawan maya, so sorry 😔

Sunday, 16 January 2022

Semalam di Kampar

Dari rumah Makcik kami bergerak ke Kampar. Sengaja kami memilih untuk singgah bermalam di sana. Mulanya kami berhasrat untuk ke Bagan Datuk, tapi memandangkan jaraknya lebih sejam pemanduan, kami hubungi pula Felda Residence Sungkai. Sayangnya tiada kekosongan bilik. Jadi, Kampar adalah pilihannya. 

Apa ada di Kampar? Berbekalkan soalan yang sama, kami datang ke sini :D Nak explore tempat baru... 

Pemandangan lombong bijih timah tinggal berlatarkan langit membiru dihiasi awan serta jajaran Banjaran Titiwangsa sebagai latar belakangnya sangat mempesona! Ditambah pula dengan kawanan bangau putih yang berterbangan bebas, sangat cantik panoramanya. Sesuai sangat kalau nak shooting filem :D Tapi awas, lombong tinggal tu lebih kurang 30 meter dalamnya! 

Ummi snapped photo dari dalam kereta jadi tak cantik sangatlah gambarnya. See it before your eyes and would be fascinated.  

Dinner di Restoran Sakira Seafood malam tadi... 


Tak banyak kedai makan Melayu di sini. Mungkin kawasan ni majoriti penduduknya kaum Cina. Tapi, penggemar nasi kandaq jangan risau .. Nasi Kandar Beratur 786 ada sebelah Econsave je :p 

Pagi tadi pula kami bersarapan di Akid Corner, bersebelahan Kampar Sentral. Ummi ingatkan Kampar Sentral ni shopping mall, rupanya pusat sukan. Ada gym, futsal courts kot dalam tu... 

Murah giler makan di sini .. nasi lemak telur mata 4 + 6 jenis air harganya cuma RM15.60. 

Ummi pekena nasi dagang. Lima ringgit setengah ja, alhamdulillah sedap. Walid pula makan roti telur dari gerai sebelah. 

Sebelah malam ada tauke lain pula berniaga di sini; ada goreng-goreng dan masakan panas lain. 

Yang ada kubah macam istana tu (kata Kakak), Grand Kampar Hotel. Antara bangunan yang tinggi di sini .. 

Masjid daerah Kampar, Masjid As Syuhada. Cantik dan bersih masjidnya. 

Bersebelahan masjid, ada pusat penjaja. Meriah dengan pelbagai jualan tapi tempat tak crowded  sebab kawasannya luas. Nak parkir kenderaan juga sangat mudah. 

Rasa macam pi Bazar Ramadhan, semua nak beli 😁

Sapa boleh teka kopi apa ni 🤗

Popia basah... Sampai Gombak baru makan... Ada juga beli takoyaki, belum start kereta dah habis 😆 First time ni  Makngah hampa makan takoyaki :p 

Salah satu tempat menarik di sini .. 

Dalam pekan, berhampiran Petronas Bandar Baru Kampar. Asalnya kami nak melawat Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta ni tapi kesuntukan masa. Sebab kami ke satu lagi tempat yang tak kurang menariknya. 

Lawakan? Nanti Ummi share ✌️

Rezeki kami di Lembah Kinta ni lumayan sungguh. Semalam makan kenduri di rumah Makcik, hari ni dijemput makan tengahari di rumah Kak Ah, anak saudara Ummi pula. Sementelah belum pernah ke rumahnya,  kami berbesar hati sangatlah menerima jemputannya. 

Ikan pekasam tu import dari Baling. Sedap bangat! 

Terima kasih daun keladi Ah... Lain kali Maksu mai lagi :D 

# Esok Ummi ziarah kawan-kawan maya ye, انشاء الله 

Saturday, 15 January 2022

Majlis Tahlil & Doa Selamat

11/1 birthday Ayel, 26/1 Pakcik meninggal. Jadi, majlis tahlil untuk arwah Pakcik dan doa selamat untuk Ayel digabungkan sekali. Alhamdulillah, kami diberi rezeki untuk menghadiri majlis ni. Kami pun dah 2 tahun tak ke rumah Makcik, dek PKP. Jumpa depa di Pelita Nasi Kandar Juru masa balik kampung hari tu sekejap sangat, tak sempat nak sembang lama. 

Sempat kami joined majlis tahlil yang diadakan sejurus kami sampai. Kemudian sesi makan-makan... 

Packed food. Ini barulah nasi hujan panas 😉

Pelbagai jenis kuih muih dan dessert... Ummi bawa cream puff tu 👆

Makcik ordered MB  Kiddy Meals... Arwah Pakcik kan orang kuat Marry Brown :) 

  
Botol air comel-comel... 
MB ni banyak tau goodies/toys yang menarik for kids. Masa arwah ada dulu selalulah anak4 Ummi dapat tabung, lunch box etc ...

Dah kenduri di rumah pakcik sendiri, buat macam rumah sendirilah depa :p Panas lit-lit pun depa bantai main :D 

Ayel suka sangat Abg Fawwaz buatkan helicopter Lego untuk dia... Belum siap sepenuhnya kata Abang... Next time sambung hehe... 

Alhamdulillah ukhuwah kami masih utuh walaupun hampir 2 tahun arwah pergi selamanya. Moga berkekalan hendaknya aamin 🌹

Friday, 14 January 2022

Pucuk dicita Ulam Mendatang

Nampak gambar seseorang minum Iced Matcha Green Tea Latte  di alam maya, teruslah rasa teringin 😁 Dalam hati, nanti bila dine in di mana-mana restoran nak order-lah. Nampak sedap sangat... 

Rupanya Allah dah tetapkan hari ni ada rezeki Ummi minum air ni ... 


Semalam teringin, alhamdulillah hari ni 'terjumpa' orang jual air ni berhampiran sekolah Kakak. Pucuk dicita, ulam mendatang! 

Have a nice weekend everyone 🤗