Thursday, 8 July 2021

Bila Nazir Pantau...


Selalunya kalau nazir nak datang ke sekolah pihak sekolah yang kelam-kabut. Tapi, dalam norma baharu ni, nazir 'hadir' dalam kelas online :p 

Jadi, tempiasnya terkena jugalah Ummi hihi... Kelam-kabut kelmarin 6/7 bila PdPR anak2 dipantau oleh nazir JAIS. Ada perubahan jadual... Kakak selalu kelas hingga pukul 12 je tapi kelmarin ada slot petang dan tambahan satu lagi subjek. 2 anak x 4 kelas jadi 8 kelas online back to back. Stress Ummi 😅 Takut anak terlepas kelas. Depa ni takde masalah nak join OC tapi nak kena ingatkan. 

Angah, masuk kelas!
Kakak, cepat cikgu dah tunggu! 

Nak tak nak, Ummi pun kena sentiasa alert. Dalam dok alert tu kadangkala terlepas juga kelasnya. Jumaat lepas Angah terlepas kelas sebab Ummi monitor Adik yang ada sesi video call dengan cikgunya. Terpaksalah PM cikgu minta maaf dan jelaskan situasi. Walaupun tak bersemuka, tapi adab dengan guru kena jaga juga supaya berkat ilmunya. 

Nasi Goreng Sosej ala Tuanku RPA. Bagi makan kenyang-kenyang supaya lebih fokus dalam kelas. Jangan mengantuk sudah! Alhamdulillah Ummi tengok semuanya berjalan lancar. Anak2 pun participative 👍

Ingat lagi dulu ada cikgu pelatih kat sekolah Ummi. Nampak cikgu gementar mengajar di depan bila ada penyelianya datang. Ummi yang tak pernah angkat tangan bertanya soalan pun ambik turn juga sebagai sokongan kepada cikgu. Bila ada sesi soal jawab, nampaklah kelas tu lively kan? Moga cikgu dapat markah lebih :D 

Resepi: Nasi Goreng Sosej 
Sumber: Rasa

Bahan-bahan
Nasi sejuk
Sosej - dipotong serong
Telur 2-4 biji
Bawang putih - dicincang
Cili merah
Kicap manis
Garam 
Daun sup/daun bawang

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng sosej hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan bawang putih dan tumis hingga keperangan. 
3. Masukkan telur. Biar sedikit keras baru dikacau
4. Masukkan nasi sejuk 
5. Masukkan sosej, daun sup/daun bawang, garam dan kacau rata. 
6. Masukkan kicap manis secukupnya. Gaul sebati dan tutup api. Siap! 

Senang je 😊









Wednesday, 7 July 2021

Rezeki Selepas Hujan

Hujan mencurah-curah di kediaman kami petang tadi. Bila hujan lebat, cepat-cepat Ummi submit doa ☺️ Minta Allah limpahkan rezeki mencurah-curah, melimpah ruah hingga tertumpah merata-rata seumpama hujan. Biar semua orang dapat makan, sekurang-kurangnya :( 

Terkesan dan tertekan bila dengar cerita kesusahan masyarakat  kebelakangan ni. Ramai yang struggle mencari rezeki. Sedih bila ada yang terpaksa mengangkat 'bendera putih'. Namun, ada juga yang tak kenal erti jemu demi sesuap nasi. 

Bila hujan berhenti, mula-mula Mel datang bersama sebekas kerabu daun bayam Brazil. Alhamdulillah 💝

Usai memasak, Ummi minta Abang 'balas bekas' Cik Leha. Belum sempat Abang buka pagar, terdengar suara memberi salam. "Ada Abang Otai Burger jual burger Ummi" Terus teringat adik burger ni berjualan di tepi jalan utama. Selalu juga Walid beli burger-nya. Pastinya hujan lebat tadi jualannya tak laku jadi dia berjalan dari satu rumah ke rumah menghabiskan jualannya. Ikutkan makan malam dah siap dimasak tapi sebagai sokongan (simpati sebenarnya) kami beli 2 ketul burger dengan sedikit duit lebih sebagai sedekah untuk adik ni. Bagus dia, tetap berusaha untuk habiskan jualan. 

Elok nak solat, sekali lagi ada suara memberi salam. "Untuk Fawwaz dengan adik-adik..." 

4 biji burger dari Cik Aida 💝 

Speechless dan sebak! Sikit je sedekah kami untuk adik burger tu tapi besar balasannya.  Alhamdulillah. 

Kerabu  bayam Brazil Cik Leha. Sedap! 



Tuesday, 6 July 2021

Mata Empat

Akibat terlalu kerap dan lama sangat mengadap dan menatap skrin sama ada skrin telefon, laptop atau pun TV makanya dah jadi rabun dekat. Ini semua kesan lama sangat 'kena kurung' agaknya. Asyik berkurung dalam rumah nak tak nak 3 gajet inilah yang asyik ditatap. Lagipun bila bekerja dari rumah pencahayaan di work station tak sama macam di pejabat. Inilah antara faktor penyumbangnya. Lama kelamaan, mata pun penat dan kabur!
Bukan sahaja mata, kata YDP PIBG sekolah anak-anak, ramai juga patient-nya yang mengadu anak-anak mereka mengalami masalah pendengaran. Side effect of prolonged PdPR kot :p 

Asyik sakit kepala je, especially bahagian depan (area dahi) maka cubalah periksa dengan optometrist. Bagai dijangka, dah rabun rupanya. 

Mata kanan lagi rabun tapi mata kiri ada silau. Confirm-lah kena pakai spek mata. Dengan bayaran RM149, lepas 4 hari siaplah spek mata Walid. 

Makanya pada 22/6/2021 secara rasminya Walid bermata empat ☺️


Monday, 5 July 2021

Ayam Meraung Menangis katanya... ☺️

Pilih menu ala Thai untuk berbuka hari ni... Menu ayam menangis ni memang ada dalam meal plan minggu ni. Jadi, bahan dah standby, kita on je. 

Resepi: Ayam Meraung Menangis

Bahan-bahan
Ayam - bahagian isi
Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan - guna sos tiram
Kicap pekat
Lada sulah/hitam - guna lada hitam je
Minyak 

Cara-cara
1. Kisar semua bahan dan lumur pada ayam
2. Perap selama 3 jam (minima) dan simpan di chiller 
3. Keluarkan 30 minit sebelum dibakar
4. Panaskan sedikit minyak di atas kuali leper dan bakar ayam hingga masak.

#Ummi bakar di atas pan sehingga ayam separuh masak kemudian sambung bakar dalam air fryer 170°C/10 minit. 

Potong kecil sebelum dihidang...

Bahan-bahan Sos Pencicah
1/2 ulas bawang merah - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang 
1 pokok daun ketumbar - dicincang 
3 tangkai cili api - dicincang 
Sos ikan - ganti dengan 1 s/m sos tiram
Gula kabung/nisan Thai - ganti dgn 1 s/m gula perang 
1/2 s/k pes asam jawa
1 s/m jus perahan limau nipis
Beras goreng - tak letak 
Serbuk cili kasar - tak letak 

Semua bahan digaul sebati, perisakan.

#Ummi masukkan semua bahan dalam chopper dan kisar kasar dengan sedikit air. Perisakan.

Seeloknya sos ni disediakan awal supaya segala rasa 'mesra' dan jadi lebih sedap. Ummi sediakan sebelah pagi, serentak dengan perap ayam. Kemudian, simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru keluarkan. Sebab puasa, jadi Ummi agak-agak je kuantiti bahannya. Lagipun empunya resepi tak nyatakan sukatan bahan untuk sos pencicah ni. Apapun secukup rasa sos Ummi ni, alhamdulillah. 

Regunya Sup Campur ala Kedai Tomyam. Boleh klik SINI untuk resepinya. Terima kasih empunya resepi 🌹

Nak lagi kick, buat sambal belacan dan hidang bersama daun salad, timun dan tomato. Tak payah cross border pun :p 

Selamat mencuba 🤗


Sunday, 4 July 2021

Nasi Lemak Sambal Sotong Cumi Kering

Kecur betul bila Ummi tengok iklan ni di status WA kawan Ummi ni. Terutamanya sotong cumi kering tu. Lama betul tak makan.

Ummi pun order-lah sepeket. Lagi sepeket Ummi beli ikan bilis. Produk depa jual ni dari Sabah. 

First time nak masak Sambal Sotong Cumi Kering jadi Ummi Google dulu caranya. Jumpalah perkongsian Kak Amie tentang cara membersih, menyedia dan memasak sotong cumi kering ni. Ikut kata Kak Amie, sotong ni perlu direndam sekurang-kurangnya 6 jam. Tapi, Ummi takde masa selama tu sebab bangun pagi terus craving sambal sotong cumi kering ni :D  Tapi, tak sempat masak pun untuk sarapan. Masak untuk lunch... Jadilah Nasi Lemak Sambal Sotong Cumi Kering di tengahari :) 

Mula-mula Ummi rendam sotong cumi kering ni dalam air panas. Bila dah sejuk, Ummi salin air. Rendam lagi dengan air panas. 2x salin air. Kemudian Ummi rebus lagi sekali. Toskan dan siang sotong tu. Walaupun kecik comel, kenalah belah dan siang satu persatu. Isi perut dia tu, Allahu sama juga dengan sotong besar. Dakwat hitam pun pecah bila direndam dan direbus dalam air panas jadi kena cuci betul-betul. 

Untuk sambal, secara ringkasnya (untuk 200g sotong cumi kering), Ummi kisar 2 ulas bawang besar + 7 ulas bawang putih + 1 1/2 inci belacan. Tumis bahan kisar hingga naik bau kemudian Ummi masukkan cili kering kisar. Tumis lagi hingga naik minyak. Tambah gula Melaka, air asam jawa dan tumis lagi hingga naik minyak sekali lagi dan lagi haha... Bila cili dah masak, perisakan dengan garam dan gula (jika perlu). Kemudian baru masukkan sotong cumi kering yang telah lembut tadi. Gaul sebati. Kalau perlu, perisakan sekali lagi. 

Alhamdulillah bila dah masak tu takde rasa atau bau yang tidak mengenangkan. Mula tu tak berani nak masak semua, risau anak-anak tak suka. Sekali, kena repeat masak untuk dinner. Mujur Ummi dah asingkan sambal tumis siap-siap. Naluri ibu kan :p

الحمد لله على كل نعمة 💚

Saturday, 3 July 2021

PKPD pulak 😔

Mulai hari ni PKPD dilaksanakan di 8 daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di KL selama 2 minggu (2/7-16/7/2021). Kami di Gombak ni merasalah semua fasa PKP ni; PKP penuh, PKPB dan PKPP. Entah di mana silapnya, PKP 3.0 gagal membendung penularan Covid-19 mutakhir ini. Tak nampak lagi cahaya di hujung terowong huhu... Whatever it is, life has to go on 💪

Hari pertama PKPD ni mood rajin berada pada skala paling tinggi haha... Dari pagi sampai petang ada aje aktiviti mengemas dan mencantikkan rumah :D Mood rajin tu datang sebab Walid & kids pun bersungguh-sungguh nampaknya kemas Iuar rumah, Ummi pun jadi bersemangat juga :) Minggu lepas Walid repainted rak pinggan yang dah lama terbiar di belakang rumah, dah jadi tempat simpan harta karun hehe...

Wajah baru rak pinggan Ummi. .


Rak lama ni pun diberi nafas baru... Entah berapa tahun dah usianya. Memang lama sangat dah berbakti; rak barang dapur, rak baju Tok dan terakhir berkhidmat sebagai rak dobi. Rak Hyllis Ikea Ummi dah angkut ke dalam rumah, letak peralatan dapur. 


Lepasspray...
Nampak macam baru 😍

Now jadi rak buku depa pulak... 

Ini pula previously rak buku depa. Pun dah bertahun-tahun beli. Zaman nak beli perabot gi Giant haha... Melendut dah kesan letak buku 3 beradik tu. Now Ummi jadikan rak baju Abang & Angah pula. Guna je selagi boleh. 

Ini pula rak laundry...

Rak ni sebelum ni letak bawah kaunter dapur. Konon nak hias bawah sinki dan bawah dapur (Wawasan 2020 Ummj). Sekarang ni rasa nak letak kat belakang mesih basuh pula. 

Dalam keadaan sekarang, rasanya tak perlulah berbelanja pada bukan keperluan. Nak tukar mood, kita re-purpose je items dalam rumah atau alih susun atur perabot dalam rumah. Pun boleh naikkan mood kan ?


Thursday, 1 July 2021

Koleksi Bekal Edisi Jun

Saja letak sini supaya senang nak rujuk di kemudian hari. Sejak PKP 3.0, seminggu 2-3 hari Walid kena masuk office. Ummi sediakan bekal supaya senang Walid nak makan. Tak payah keluar tanpa keperluan. Jimat pun jimat... 

Here we go...

Nasi putih + ayam masak lemak + lettuce + sambal belacan & green apple with kuah rojak.

Fettucini goreng + broccoli, carrot & kobis ungu seasoned with Kewpies' Roasted Sesame. 

Nasi putih + ayam bakar + singgang ikan kembung + lettuce & green apple with kuah rojak.

Nasi putih kicap + ayam bakar + sawi celur & tomato cherry. 

Nasi putih + ayam bakar & stir-fry mixed veggies.

Nasi putih + ayam masak cili kering + telur asin + cendawan & carrot tumis bersos tiram 

Nasi putih + ayam bakar + telur dadar & sayur tumis sawi 

Nasi putih + udang goreng kunyit & asam pedas ikan pari.

Selalunya paling lambat Ummi bangun pukul 5.30 pagi. Sempatlah masak nasi, satu lauk dan satu sayur. Macam asam pedas ni, Ummi tumis cili siap-siap belah malam. Bila cili dah masak senang kerja esoknya. Tinggal nak masuk ikan dan sesuaikan rasa kuahnya aje. 

Lauk ayam masak lemak tu pula sebab ambil masa juga nak tumbuk cili & kunyit, nak perah santan, kopek kentang dsbnya jadi regunya cuma raw veggies supaya tak kalut. Kalau menu ayam bakar, perap siap-siap ayamnya sebelum tidur. Bangun pagi kita bakor je. 

Yang penting plan siap-siap menu. Bangun pagi terus masak je. Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar. 

Sebenarnya untung juga masak awal-awal pagi ni. Sebab bila siang tak payah masak dah. Bolehlah monitor PdPR anak-anak. Alhamdulillah.