Wednesday, 4 December 2019

Muar River Cruise... Wajib cuba jika ke Muar


Akhirnya tercapai juga hajat Ummi nak naik Muar River Cruise. Teringin nak menyusuri Sg Muar yang sangat bersih sambil menikmati pemandangan Bandar Maharani dari dalam bot.



Harga tiket


Kami dapat first trip. Maunya tak first, belum kaunter ticket dibuka kami dah tunggu haha... Hanya ada satu bot yang beroperasi setiap hari ikut kata petugas di kaunter ticket.

Ruang menunggu yang selesa.
Dan bersih! 

Bot dah sampai. Jom!


Sg Muar ni airnya sangat bersih. Warna airnya hijau keemasan bila disimbah cahaya matahari . Sangat cantik. Sungguh berbeza dengan Sg Melaka jika hendak dibandingkan. Keluasan Sg Muar mungkin 2 atau 3 kali ganda Sg Melaka tapi dijaga dengan sangat baik. Tiada sampah sarap yang menyakitkan mata mahupun bauan yang tidak menyenangkan di sepanjang sungai.

[Baca sini: Melaka River Cruise] 
Life jacket wajib pakai 👍

For toddler ada life jacket dgn size yang sesuai. Sangat bagus sebab keselamatan diutamakan.

Tempat duduk ada yang berbumbung dan tidak. Kami pilih tempat duduk berbumbung. Tak panas pun, sebab angin bertiup manja je sepanjang pelayaran. 


Dalam perjalanan pergi dan balik sekitar setengah jam, kami diberi penerangan (melalui rakaman suara) tentang binaan/bangunan yang ada di tepi sungai serta sejarahnya dan dihiburkan juga dengan alunan muzik dan lagu.

Antara yang menarik... 

Dataran Tanjung Emas 

Istana Tanjung, tempat persinggahan DYMM Tuanku Sultan Johor dan kerabat sedang dalam proses pengubahsuaian

Jambatan Sultan Ismail

Selain itu, sesuatu yang menarik bagi Ummi ialah Masjid Sultan Ibrahim dan Masjid Sultan Ismail yang kedua-duanya mempunyai reka bentuk dan warna yang sama. Masjid kembar kata Abang. Kalau dilihat dari daratan, tak ketara sangat. Tapi dari dalam bot barulah perasan persamaannya. Itupun setelah dimaklumkan melalui rakaman suara petugas. Masjid Sultan Ismail dibina pada tahun 2002 manakala Masjid Sultan Ibrahim telah lama dibina. (Ummi terlepas info tentang pembinaannya, maaf). 

Bandar Muar sendiri telah dibuka pada tahun 1884. Dahulu Sg Muar pernah menjadi laluan penting perdagangan di masa lampau.


Masjid Sultan Ibrahim 

Masjid Sultan Ismail 

Secara peribadi, Ummi sangat menggalakkan ibu ayah bawa anak-anak ke sini jika ke Muar. Pengalaman yang menyeronokkan bagi anak-anak. Sambil menikmati pemandangan, ambil peluang untuk terangkan kepentingan menjaga alam sekitar serta sejarah lampau kepada mereka. Moga mereka boleh belajar sesuatu dalam suasana santai.


Tuesday, 3 December 2019

Nikmatnya makan sate di pagi hari


Keesokan paginya, kami keluar bersarapan sekitar jam 8.00. Dek kerana tidak mahu terlepas bot lagi kami target untuk sampai awal di Tanjung Emas. Jika malam tadi kami menikmati ikan dan seafood segar di Sabak Awor, hari ni kami pilih Muarians' breakfast style. Makan sate di pagi hari :D 


Kami pilih ZZ Satay Warisan sebagai tempat menjamu selera. Selain sate, ada pelbagai jenis lagi makanan seperti nasi lemak, soto, lontong dan mee rebus. Sate akan dihidangkan di setiap meja tanpa perlu kita membuat pesanan. Pelanggan hanya perlu membayar harga sate ikut bilangan yang dijamah sahaja.

 Depa hantaq kuah sate dulu.
Sementara satenya dibakar memang tahan air liur saja haha... Penantian satu penyeksaan betul!

Yeah, sate dah sampai...
Satu pinggan ni ada 30 cucuk kot

Sate ayam & sate daging.
Untuk sate  special, seperti sate perut maybe kena order berasingan. 

Bil putih tu untuk harga air & makanan lain yang di pesan. Staff akan kira segala order kita. Cepat dan pantas depa mai kira. 

Jumlah keseluruhan sarapan kami pagi tu sekitar RM 40. Alhamdulillah bagi Ummi berbaloi sangat dengan keenakan makanan, service dan persekitarannya. 

1...2...3...semua 29 cucuk. 
Bayar je 30 cucuk, senang kira. Secucuk sate 70-80 sen. 

Ya Allah, sedapnya alahai sate Muo ni. Lembut dan berminyak satenya. Bukanlah kering atau kejung seperti kebanyakan sate yang selalu beli/makan di Lembah Klang ni. Abang Kakak staff kat luar tu sibuk kipas sate, Ummi sibuk 'kipas' di blog haha... But seriously memang terbaik sate Muar ni.

 Sate dibakar di depan kedai. Asap berkepul-kepul tandanya kedai satelah tu.


Kami juga order; 

Mee rebus


Lontong


Bihun soto

Semuanya 5 bintang!
Alang-alang kita try semua local food. Order serba satu, pastu share je. Baru nikmat makan berebut-rebut hihi... 


ZZ Satay Warisan ni memang terkenal di sini. Tengoklah sesak dalam kedainya. Kena cepat cari tempat duduk. Ironinya, kedai sebelahnya yang juga jual sate lengang! Kalau dah terkenal tu mesti orang terjah dulu kan? Tapi selesa juga sebab ada ruang berhawa dingin. 

Bagi Ummi, inilah juara dalam misi JJCM kami kali ini;  sate for breakfast. Sampai sekarang dok teringat lagi keenakkan satenya. Dok terbayang untungnya orang Muar hari-hari makan makanan sedap macam sate ni. Siap berangan nak cari retirement home di Muar. Berangan tak sudah Ummi ni 😂😂😂

Orang luar kalau datang Muar, please try sate Muar. Rugi tak cuba tau!

Monday, 2 December 2019

Makan malam di Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar


Awal kami sampai di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Awor ni sebenarnya dari perkataan aur seperti dalam peribahasa 'bagai aur dengan tebing'. Sebutannya mengikut loghat orang tempatan 'awor'. Sama juga Muar disebut Muo. Gitu...


Ada menara tinjau. 
Tenang sungguh berada di sini. Pemandangan Sg Muar yang mengasyikkan seolah menjemput kita terus berlama-lama di sini. Tapi disebabkan hampir Maghrib kami memilih untuk terus menjamu selera.




Ada seorang warga emas sedang memancing. 

Medan ikan bakar dilihat dari menara tinjau. 

Berdasarkan carian di Internet, ramai mencadangkan agar mencuba masakan di Gerai Ikan Bakar Wak Jos (Gerai #8). Jadi, kami juga tidak melepaskan peluang untuk memilih Gerai Wak Jos. Sebenarnya ada juga Restoran Wak Jos yang terletak berhampiran dengan medan selera ini. Kami pun mulanya tersesat, terus ke Restoran Wak Jos. Tapi sebab dah set untuk makan di Medan Ikan Bakar Sabak Awor kami tetap juga ke sini. Ingin melihat kemeriahan suasana medan ikan bakar di sini pula.


Ikan dan seafood segar. Terasa keenakkan dan kesegarannya bila dijamah.




Menu standard kami order every time makan ikan bakar; sotong goreng celup tepung, butter prawn dan siakap bakar bersambal. Cuma kali ni ada tambahan kupang rebus. Sedap rupanya kupang rebus ni. Cicah pula dengan sos pencicah Wak Joss atas tu. Pilihan nasi ialah nasi putih atau nasi lemak.






Seperti yang Ummi pernah sebut sebelum ni, Muar ni sangat bersih. Tak terkecuali di Medan Ikan Bakar Sabak Awor ni. Makan pun asyik dan tenang sahaja. Tambahan pula makanan yang dihidangkan pun sedap.


Ada juga lot kedai yang menjual cendera hati, pakaian dan semestinya mainan :)




Jamu mata je lah Kakak ye :) 

Dari segi harga, lebih kurang di Melaka juga. Cuma bonusnya di sini pilihan ikan/seafood lebih segar dan kebersihannya sangat tip top. Juga tiada kesesakan trafik dan manusia hihi... Penting juga tu supaya dapat menikmati makanan dengan tenang :D

Terima kasih 'lanjer' Ummi 😘

Kalau ke Muar, sudi-sudilah ke sini ye.


Saturday, 30 November 2019

Sepetang di Tanjung Emas


Kami sampai di Tanjung Emas kira-kira jam 5.10 petang. Banyak perubahan yang berlaku disini sejak kali pertama Ummi menjejakkan kaki ke sini lebih 10 tahun dulu. Yang masih di situ adalah Medan Selera yang Ummi pernah duduk makan rojak petis dengan maklong dulu. Tapi zaman tu belum ada smart phone, nak bergambar guna kamera. Lepas tu kena bawa ke kedai gambar untuk dicuci. Generasi sekarang tau ke cuci gambar tu apa? Hihi... 


Kami ke sini sebenarnya untuk naik Muar River Cruise. Ikut informasi yang Ummi dapat, katanya bot terakhir untuk menyusuri Sg Muar ialah jam 5.30. Sudahlah parking nun jauh di tepi Medan Selera, orang pula kemain ramai. Ada juga pengunjung berbaju cantik sedondon, agaknya baru balik dari makan kenduri. Boleh di katakan sambil berjalan sambil berlari kami petang tu. Punyalah semangat Ummi nak naik bot sambil tengok matahari terbenam. Sampai saja di kaunter ticket, katanya trip untuk hari ni dah habis. Frust gila Ummi time tu haha...



Tunggu matahari terbenam. 


Masjid Sultan Ismail di seberang sungai. 

 Mencabar betul lalu kawasan ni. Anak-anak merengek nak naik remote controlled car dengan nak main bubble. Jenuh Ummi Walid kayuh kaki,jalan laju-laju haha..


Dataran Tanjung Emas 

Ambil angin petang je lah. Nak ubat hati Ummi, Walid ajak pekena rojak petis dan mee bandung. Rugilah siapa datang Muo tak rasa dua jenis makanan ni selain nasi beriani.

[Baca sini: Jamu selera di Muara Bariani House] 



Sedap alhamdulillah.

Malas nak balik ke hotel, kami terus ke Sabak Awor untuk menikmati makan malam.