Thursday 31 October 2019

Menyusuri Sg Melaka dengan Melaka River Cruise


Sempena cuti Deepavali ni kami makan angin di Melaka. Kali terakhir Ummi ke Melaka ialah 3 tahun lepas. Masa tu tengah pregnant kan Adik. Trip ke Melaka ni kiranya birthday treat untuk Kakak yang genap 6 tahun beberapa hari lepas. Dah besar anak Ummi sorang ni.


Sampai di Melaka sekitar jam 11. 00 pagi. Memandangkan masih awal, kami mengambil kesempatan untuk naik Melaka River Cruise (MRC) dulu. Berpusing-pusing juga mencari jeti berhampiran The Shore tu. Rupanya jeti rosak. Jadi, kami ke Taman Herba untuk naik MRC. Sebenarnya ada beberapa jeti yang boleh digunakan untuk naik MRC termasuk beberapa jeti persendirian di belakang hotel-hotel tertentu. Jeti utama letaknya berhampiran Menara Taming Sari, di sekitar kawasan tumpuan pelancing. Maaf, Ummi lupa nama kawasan ni. Kami pernah naik dari jeti ni sewaktu kali pertama naik MRC dulu. That time baru ada Abang & Angah, maybe dalam tahun 2012 agaknya. 

Harga tiket untuk dewasa RM25/seorang
Kanak-kanak 2 tahun ke atas RM15 seorang. Total burn RM110 untuk kami sekeluarga. 


Di Jeti Taman Herba pula, bilangan pelawat boleh dikira dengan jari. Tiada kesesakan di sini tapi terpaksa menunggu sedikit untuk cukupkan bilangan penumpang bot. Kapasiti bot ialah 40 orang manakala masa lawatan sekitar 40 minit pergi dan balik. Tempohari hanya 21 penumpang dalam bot kami. Sewaktu menyusuri sungai, para penumpang akan diberikan taklimat tentang Sungai Melaka dan kawasan-kawasan menarik yang dilalui. Sekarang taklimat yang diberi telah dirakamkan, hanya pasang tape saja. Rakaman dalam dwibahasa; BM dan BI. Dulu, pemandu bot sendiri yang akan bagi taklimat. Kita juga boleh berinteraksi dengan pemandu bot semasa taklimat. Dan dulu juga ada cameraman yang akan snap gambar kita sekeluarga dan gambar tu akan di print. Jika mahu, kita boleh membelinya. Harga boleh tahan mahal juga. Tapi di Jeti Taman Herba tiada perkhidmatan begini. Selamat duit haha...

Di sepanjang sungai kita boleh lihat pelbagai tarikan menarik seperti Kg Morten, bangunan-bangunan bersejarah seperti Stadhuys, mural cantik yang dilukis di kiri kanan dinding bangunan berhampiran sungai dan juga haiwan seperti burung. Kalau mata tajam, pasti nampak biawak bertenggek di atas pokok di tepi sungai. Besar saiznya! Kalau tak nak naik bot waktu siang, boleh juga naik bot pada waktu malam. Katanya lagi cantik dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni.




Bot akan u-turn di sini. Ada satu hotel terkenal di sini, lupa nama 😅

Dari Taman Herba kami ke hotel. Sampai di hotel sekitar jam 1.30. Kami dimaklumkan oleh staf front desk, pukul 2 baru boleh check in. Patutlah ramai guests di lobi. Semuanya menunggu untuk check in. First experience ni kena tunggu betul-betul pukul 2 baru boleh check in. Hotel mana tu? Nanti Ummi share...

1 comment:

  1. selalu pergi malam ... tak nampak colour boat ni .. حاحاحاحاحاحاحا²

    ReplyDelete