Saturday, 7 July 2018

16 Syawal ~ Baby Rayyan in da House 😘😘😘


Istimewanya baby Rayyan kepada kedua ibubapanya umpama istimewanya Siti Aafiyah kepada Dato CT & Dato K. Rayyan hadir pada tahun ke-10 usia perkahwinan ibubapanya. Umi faham sangat keterujaan mamanya saat memperkenalkan Rayyan pada kami sekeluarga. Perbualan hanya berkisar tentang Rayyan, Rayyan dan Rayyan... It's OK zie. Been there, done that 😉

Waktu kami seofis dulu selalulah berkongsi perasaan. Umi pun tunggu Abang dulu 5 tahun. Adalah petua/amalan/ubatan/rawatan dsbnya yang Umi share. Tapi Umi hanya share bila diminta. Bukan kedekut ilmu tapi Umi faham sangat perasaan seorang TTC-ian (trying to conceive mom). We are very sensitive. That's why Umi sangat berhati-hati bila memberi nasihat atau berkongsi pengalaman. Cuma Umi pernah cakap dengan mama Rayyan, umur kita makin meningkat setahun ke setahun. Chances utk dapat baby tu makin kecil sebab kesuburan makin menurun. You should try harder if you really wanted to have a baby. That time we were in our mid-30s. And I also kept her in my prayer during our hajj. Depan kaabah dan dalam sujud Umi minta Allah rezekikan dia anak agar dia dapat rasa nikmat & bahagia jadi seorang ibu macam Umi. 

Alhamdulillah my prayer was answered. 
 Not only He granted her a baby but another couple whom I prayed for them to have a baby is also waiting for the day to become a parents. Alhamdulillah syukur.  Happy sangat sebab couple ni pun dah 8 tahun menunggu. Depa bersanding pada 10-10-2010. Itu yang Umi ingat tu :)  Berita baik ni pun disampaikan oleh mama Rayyan. Benarlah berdoa di tanah haram tu  berkat. Satu persatu DOA Umi di tanah suci Allah makbulkan. Alhamdulillah.  W/pun bukan Umi seorang yang doakan mereka tapi DOA tu dah diangkat alhamdulillah. 

Moga Rayyan membesar dengan baik, dilindungi dari segala mudharat dan menjadi penyejuk mata ibu ayah sentiasa aamiin. 


Umi jamu mee soto untuk depa. Nanti Umi share resepi insha Allah. Resepi paling sedap tapi simple yang Umi pernah try 👍👍👍


Thursday, 5 July 2018

Resepi ~ Gulai Ikan Abg Mat



Abang Mat yang dimaksudkan di sini semestinya YB Mohamad Sabu. Ramai betul peminat Abg Mat sekarang sampaikan kemahiran beliau memasak pun jadi buah mulut. Setahu Umi, sejak dulu lagi beliau pandai dan rajin memasak. Cuma dulu orang tak kisah sebab beliau di luar kerajaan. Sekarang dah dilantik jadi Menteri Pertahanan, a senior position in a government. Apa saja yang dibuat sentiasa jadi perhatian. 

Katanya air tangan Abg Mat yang sering mendapat pujian ialah gulai ikan (kari ikan). Orang belah utara panggil kari tu gulai :). Ada pula orang share resepi gulai ikan tu di Mingguan Wanita (online). 



Umi pun trylah weekend hari tu. Eh betullah. Memang sedap w/pun tak payah guna santan. Kuahnya pekat dan lemak sebab resepi ni menggunakan bawang besar sebagai 'pemekat'. Kalau makan cicah roti pun sedap ni. 

Cuba tau! 

Tuesday, 3 July 2018

Laila Homestay, Sungai Petani



Disinilah kami menginap selama 2 malam sewaktu balik beraya di Baling serta cuci mata di Tg Dawai.  SP ke Baling dalam 45 minit je. Sengaja kami pilih bermalam di SP sebab 2nd day nak makan kenduri di Tikam Batu. Lagipun satu hari dah complete beraya ni Baling. 



Ruang tamu.
Cantik dan terjaga rumahnya. Rumah pun baru. Rasanya taman perumahan ni baru 2-3 tahun dibuka. Owner pun baik orangnya w/pun Umi tak sempat jumpa. Hanya berurusan via phone. Time En Radzi datang Walid je keluar bagi duit sewa. Sewa semalam hanya RM120. Susahkan nak dapat harga macam ni. Standard rate umi survey RM150 di SP ni. Alhamdulillah Umi jumpa iklan hstay ni di mudah.my. Harga promosi untuk 2018 kalau tak silap Umi. Bilik ber-aircond ada 2 tau! Yang ni penting bagi Umi anak beranak 😅 towel, sejadah, telekung, kain pelekat pun disediakan.



Ada 4 bilik tidur dengan satu bilik diletakkan iron, buaian bayi juga baby cot. Bagi Umi yang jenis travel dengan 'baju sangkut' (baju siap iron) ni bilik ni jadi bilik wardrobe kamilah 😃

Master bedroom yang cantik.

Bilik ke-2. Sarang Abang &Angah :) 

Dining & kitchen. 

Bilik ke-3. Juga ada aircond. 

Peralatan dan perkakas memasak tak disediakan sebab owner nak maintain kebersihan rumah. Tapi rice cooker, kettle, fridge semua tu ada. Don't worry. Beras, gula, kopi semua En Radzi dah standby. Kami pun diizinkan makan minum apa yang ada di dapur tu. Nampak uncang teh dalam kabinet dapur Umi buat teringin juga haha... Padahal dah bawak minuman 3-in-1.  Minta halal ye En Radzi. Ala, macam pergi hotellah juga. Mesti nak buat air. Pastu minum ala2 datin sambil jenguk tingkap 😂😂😂 padahal kat rumah segala jenis teh ada termasuklah masala chai yang Walid bawak balik Dari Mumbai hari tu. Pedas berempah rupanya teh tu.

Bekalan kami. 

Umi masak nasi malam tu. Pinjam rice cooker tuan rumah. Beras sdn bhd. Sebab dah bawa, malas nak guna yang tuan rumah provide. Walid beli lauk ala thai. Sedap! 

Back to the hstay, mostly perabot/bedding items/utensils guna barang IKEA. Definitely they got taste! Deco sangat minimal tapi ada class. Umi suka sangat bila warna putih mendominasi ruang. Nampak luas dan elegant kan...

Jangan kata towel, losyen pun disediakan 😍

Adik kakak tengah belek sticker di peti ais. Minta maaf kalau ada yang hilang. Adik suka benar kopek sticker tu 😇. 




2-3 kali juga Umi basuh baju. Maklumlah raya, banyak baju yg digunakan. Dah basuh, bawak ke laundry masuk dryer machine. Senang. 


Super comfy selimut from IKEA. 

Sedikit cadangan penambahbaikan utk tuan rumah. Panel TV tu mungkin boleh diperkukuhkan (skru di dinding maybe) sebab ada 2-3 kali anak2 tertolak panel tu. Ringan dikhuatiri jatuh. Yang lain semua tiptop bagi Umi. And highly recommended to those yang nak stay di SP. Apa-apa roger En Radzi ye.  Thank you very much for your hospitality tuan!

Monday, 2 July 2018

8 Syawal ~ Akhirnya jumpa juga jalan pulang 😄



Lama sungguh kami balik beraya tahun ni. Memang puas hati dapat duduk kampung lama-lama. Berbaloilah Walid kerja sampai hari khamis menjelang hari raya tu. Sampaikan company terpaksa bagi 1/2 day forced leave  sebab rajin sangat kerja 😂😂😂

W/pun berat hati nak kembali ke ibu kota, tapi bila sampai rumah pakcik tu hati Umi dah tak keruan. Mulalah rasa rindu dekat rumah sendiri. Bila tengok pokok kacang panjang pakcik teringat pulak dekat pokok terung Umi haha... Dah seminggu tinggal baru hari ni teringat 😇😇😇

 3-4 kali juga Umi ajak walid balik kl petang tu jugak tapi Walid taknak. Mujur Umi tak berani nak drive long distance kalau tak memang sampai kl dah malam tu. 

Bila sampai rumah next morning tu terus Umi cari pokok terung tu. Alhamdulillah gemuk montel dia. Sayang sungguh dekat pokok terung ni sebab Tok Ayah bagi. Sentimental value gitew.  Umi ambik benih yang Tok Ayah semai masa balik election hari tu. Lagi sepokok Umi tanam atas tanah tapi kurus melidi je. Rasanya nak kena tanam dalam pasu juga.  



Alhamdulillah pokok-pokok lain pun semuanya sihat. Maknanya sepanjang balik kampung tu hujanlah bumi gombak ni. Kediaman dan kejiranan kami pun selamat semuanya alhamdulillah. 

Pokok jambu pun dah berbunga/berputik. 


So happy to be back to our 'sarang' 😊




Sunday, 1 July 2018

7 Syawal ~ Beraya di Ipoh pulak :)


Dah seminggu di kampung... Seronok memang seronok tapi kehidupan perlu diteruskan hehe... Nak balik ke ibu kota mood dia lain sikit. Selagi boleh delay, selagi tu nak delay. Kalau nak balik ke kampung tu, berdesup je. 

Pagi tu maksu sponsor breakfast lagi sekali. Menu nasi lemak, ayam goreng dll. Maklong bawa roti & kuah durian. Umi cuma tolong buat kuah sardin je sebab Tok Umi buat roti arab. Seronok betullah sesi makan2 macam ni.


Pakat keeumun hand phone. 


Meriah sungguh depa ni. 



Raya haji nanti kita jumpa lagi ye. Itupun kalau balik ler hehe... Setiap kali nak balik rasa macam VIP, semua pakat berbaris & lambai. Dari Tok Ayah sampai ke cucu-cucu 😊


My latest cucu saudara. Time tu kami singgah di R&R Juru. Kalau bagitau awal sikit boleh terus singgah jumpa cucu. 


Sampai Ipoh singgah dulu rumah pakcik. Ikutkan nak take a nap je then shoot balik kl. Tapi pakcik makcik umpan depa dengan bunga api. Konon nak main malam tu. Tapi hujanlah pulak. Kesian. Pakat layan world cup je lah. Abg Aqim pun join sekali mai beraya rumah pakcik. 


Kuih raya makcik 


Thursday, 28 June 2018

6 Syawal ~ Beraya dari pagi sampai malam!



Pagi tu Umi goreng bihun untuk breakfast. Dua bungkus sekali goreng. Almaklumlah kat rumah Tok Umi ni rakyat ramai; ada 4 keluarga. Dengan bala tentera kecik lagi memang wajiblah masak banyak. 

Kali ni keluar beraya dengan Tok Umi & Tok Ayah serta maklong. As usual, kanak2 riang tu semua ikut except Anis & Asyraf. Makngah depa ni dah jadi macam cikgu disiplin... tak kira anak sapa, kalau tak behave makngah 'fire' je 😆 nasiblah ampa, sapa suruh ikut kui kui kui...


First rumah ke rumah Aunty Aisyah, kawan Tok Umi. Anak2 melepak depan TV tengok cerita P Ramlee. Umi pun samalah jadi guard kat situ. Rumah AA banyak barang, risaulah Umi kot-kot ada yang terlanggar 😅 

Alang2 dah ada kat Aloq Staq, Umi ajak Walid 'lari' sekejap ke Pekan Rabu. Semalam dah usha sepasang baju kurung ni, tapi tak rasa nak beli. Balik rumah tu asyik dok teringat je, confirm kena beli lah. Dah beli tu barulah tenang hati nak sambung beraya haha... Ala, baju murah je. Sepasang tak sampai rm40 itu yang rasa rugi kalau tak beli :p

Dari situ kami ke rumah kakngah, sepupu Walid. Memang langkah kanan. Menantu kakngah yang kerja chef tu tengah masak! 


First Umi ambik pulut durian tu. Tunggu dulu ye nasi goreng, kejap lagi Umi makan. 
Memang tak tahan tengok kuah durian tu. Angah hirup gitu je. Lepas tu sambil berborak, makan pulak cekodok jagung dengan kopi O. Terangkat! 

Dah kenyang, jom kita ke rumah kakyah pula. Kakyah baru nak siang ayam buat bihun sup. Takde rezeki kami :( tapi merasa juga koktail air tangan Jihah. Kira dessert lah tu. Main course kat rumah kakngah tadi hehe... 

Malam tu pula beraya di rumah maklong.


Ada gulai batang pisang. Tapi tetap tak boleh lawan air tangan orang Baling bab gulai nan satu ni 😉 

Some even said that gulai ni hanya 'jadi' jika dimasak di Baling! Memang special menu ni. The pride of Baling. 

Bila bab makan bergilir-gilir kat rumah adik beradik ipar duai ni selalu hati Umi terjentik. Umi pun teringin juga nak jadi host makan2 macam ni. Every time kami balik kampung maksu & maklong memang kerap menjamu kami. Seronok! DOA lah untuk kami ada rezeki beli rumah di Kedah pula, boleh take turn buat makan2 dengan family. Aamiin.

Nanti kita makan kat rumah makngah di ehem ehem pulak ye... 


Tuesday, 26 June 2018

5 Syawal ~ Ke Pekan Rabu yang baru



Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat bermain. Pekan Rabu ni ibaratnya 'tempat bermain' zaman Umi sekolah dulu. Sebulan sekali dapat outing, ke Pekan Rabu lah kami budak2 asrama. Ataupun tempat singgahan sewaktu balik dari kampung. Nasi ayam, bihun sup dan semestinya ABC itulah kegilaan pengunjung Pekan Rabu dari dulu hingga sekarang. 

Sekarang Pekan Rabu dah dibangunkan semula. Lebih teratur, bersih dan modern. Namun masih mengekalkan jenis perniagaan yang sama; pakaian, makanan tradisi, kraftangan, buku/,kitab agama, cenderahati dsbnya. Kalau ada yang nak mencari Songkok Tun, disinilah tempatnya.



Sebelum ke Pekan Rabu kami singgah beraya di rumah member. Seronok anak2 dapat bebas berlari berkejaran di halaman rumah kampung yang luas. Dapat main buaian lagi. 

Seronok main buaian ye

Dari Pekan Rabu ke jitra, singgah dulu beraya di Titi Gajah. Jumpa buaian lagi sekali, pakat terkam nak naik. Alamak buaian Tok Arif dah patahlah 😅 

 Balik ke rumah mak mentua terus singsing lengan baju. Kakngah dan keluarga sedang menanti. Umi pun tumpang menjamu selera mee tomyam yang Tok Umi masak. Sedap! 

Main bunga api di malam hari.



Tidur ramai-ramai depan TV. Ada juga kenangan depa.