Monday 2 July 2018

8 Syawal ~ Akhirnya jumpa juga jalan pulang 😄



Lama sungguh kami balik beraya tahun ni. Memang puas hati dapat duduk kampung lama-lama. Berbaloilah Walid kerja sampai hari khamis menjelang hari raya tu. Sampaikan company terpaksa bagi 1/2 day forced leave  sebab rajin sangat kerja 😂😂😂

W/pun berat hati nak kembali ke ibu kota, tapi bila sampai rumah pakcik tu hati Umi dah tak keruan. Mulalah rasa rindu dekat rumah sendiri. Bila tengok pokok kacang panjang pakcik teringat pulak dekat pokok terung Umi haha... Dah seminggu tinggal baru hari ni teringat 😇😇😇

 3-4 kali juga Umi ajak walid balik kl petang tu jugak tapi Walid taknak. Mujur Umi tak berani nak drive long distance kalau tak memang sampai kl dah malam tu. 

Bila sampai rumah next morning tu terus Umi cari pokok terung tu. Alhamdulillah gemuk montel dia. Sayang sungguh dekat pokok terung ni sebab Tok Ayah bagi. Sentimental value gitew.  Umi ambik benih yang Tok Ayah semai masa balik election hari tu. Lagi sepokok Umi tanam atas tanah tapi kurus melidi je. Rasanya nak kena tanam dalam pasu juga.  



Alhamdulillah pokok-pokok lain pun semuanya sihat. Maknanya sepanjang balik kampung tu hujanlah bumi gombak ni. Kediaman dan kejiranan kami pun selamat semuanya alhamdulillah. 

Pokok jambu pun dah berbunga/berputik. 


So happy to be back to our 'sarang' 😊




No comments:

Post a Comment