Angah ada lawatan sambil belajar ke Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Baru dan Kilang Proton di Tg Malim. Bayaran lawatan RM40/seorang.
Ada aktiviti brisk walk keliling tasik dalam DQ ni.
Selain makan tengahari, ada juga acara makan durian 😍 Ustaz buka tabung untuk parents menyumbang dan alhamdulillah sambutan dari parents sangat memberangsangkan. Tapi katanya ramai pelajar yang tak makan durian. Pulak 😅
Angah kata dia makan 1 ulas sahaja sebab takut muntah. Angah ni ada history muntah dalam kereta sebab makan/minum something. Contoh dia tak boleh minum minuman coklat kalau nak travel. As a precaution, dia tak makan banyaklah durian ni walaupun dia hantu durian.
Lepas tu ada pula yang menyumbang untuk Cendol Viral Pak Samad KKB. Rasanya kami pernah singgah makan di kedai Pak Samad ni. Kedai Pak Samad tutup hari ni (Rabu) tapi sebab special order ie utk 4 buah bas rugilah kalau tolak kan... Cumanya tak makan di kedai lah, cendol dihantar ke DQ.
Usai lawatan di DQ, mereka bertolak ke Kilang Proton pula.
Kena pakai safety helmet kata Angah.
Tak banyak gambar menarik dan tak banyak cerita dari empunya badan, jadi tak dapatlah Ummi nak mengarang panjang² 😁
Apapun pasti mereka mendapat pengalaman yang menarik sepanjang lawatan ke dua tempat yang menjadi kebanggaan begini.
kenangan manis utk anak2 pastinya
ReplyDeleteBagus dapat melawat ke dua-dua tempat ni kan, anak-anak dapat pendedahan.
ReplyDeleteAgaknya macam saya - makan durian bila di rumah je, kalau kat luar saya biasanya menolak untuk makan durian.
Seronok angah dapat join rombongan. Alamak, ramai tak makan durian lah pulak ye. Bagus angah ambil cakna jaga pemakanan dia. Risau juga kalau termuntah nanti.
ReplyDeletePengalaman yang menarik untuk mereka. Bukan senang nak dapat masuk kilang proton tu melainkan kalau kerja situ kan.
Bestlah Angah dapat masuk kilang Proton.
ReplyDeleteAcik yg kerja berkaitan industri otomotif pun tak pernah sampai yang kat TM.
Budak² memang kurang gemar durian kot, Wafi pun tak makan.
Bebudak zaman sekarang PH memang tak ramai kot yang suka durian ni. Dania pun tak suka mulanya tapi dah mula makan. Dah mula makan ya tapi takdelah suka sangat.
ReplyDeleteOh angah macam saya. Kalau dah nak bepergian, trutama pakai kendaraan darat, saya tak mau makan banyak apalagi yg aroma kuat kak. Krn akan buat mual. Kalau naik pesawat tak apa. Tp via darat nih mudah mual saya. Jangan lebih suka perut tak berisi penuh saat nak jalan. Mencium aroma tajam pun langsung mual 😅😅.
ReplyDeleteWaah bagusnya bisa lihat pabrik proton. Teringat dulu zaman saya sekolah, diadakan study tour, tp yg kami lihat pabrik Indomie 😅😅.