Lepas hantar Adik ke sekolah, Ummi Walid terus keluar breakfast date. Kami ke Warung Ambe. Famous pulak warung ni bila Imam dan Bilal Masjid Kampung Nakhoda dok promote di TT . Ikut info, Warung ni baru dibuka sejak September lepas. Masih panas la kata orang. Percubaan kali pertama nak sarapan di sini dulu gagal sebab datang hari Isnin, which is depa tak beroperasi hari Isnin.
Suka tengok deko dalam kedai, unsur tradisional dan klasik. Ralit tengok kain batik yang menghiasi bahagian siling dan hiasan terendak bergantungan.
Ummi kalau pergi kedai makan suka tengok lantai bersih ke tidak. Kalau lantai bersih, kira boleh approved la. Bukan apa, ada kedai makan atas meja bersih tapi bila tengok lantai, kotor sebab sisa makanan atas meja tu disapu/lap turun ke lantai. Bersepah jadinya.
Beratur untuk pilih makanan dan pesan minuman kemudian bayar dulu. Resit untuk ambil air akan diberikan. Kemudian kita ke kaunter air di hujung sana.
Ambil pulut panggang (inti ikan) 2 ketul. Dalam menu ditulis pulut leper. Sedap intinya cuma pulut agak liat dan keras.
Dalam pinggan ni nasi lemak dan gulai ayam dan leher ayam. Leher ayam 3 ketul 2 ringgit. Nasi lemak sedap, terasa lemaknya dan wangi.
Ummi pulak nak cuba nasi dagang. Lauk ikan aye (ikan tongkol). Sedap! Memang ada rasa nasi dagang Terengganu. Kuah dan acar pun sedap, ada rasa authentic.
Mestilah nak try juga roti tempayan depa.
Tapi sebab dua-dua dah kekenyangan kami bungkus saja. Sama juga dengan pulut panggang, balik makan di rumah. Mungkin sebab tu ianya rasa liat dan sedikit keras. Manakala roti tempayan pula kekal lembut dan sedap walaupun kami makan lepas solat Jumaat. Sedap dan recommended untuk cuba roti tempayan ni. Walid beli set basic saja, jadi takdelah daging kambing dalam kuah tu. Tapi, rasa kari kambing tu ada. Masih sedaplah walaupun cicah dengan kuahnya sahaja. Kalau ambil set dengan daging kambingnya lagilah sedap agaknya.
Warung Ambe beroperasi dari pukul 6.30 pg - 3.00 ptg setiap hari kecuali Isnin. Kata cashier, untuk lunch ada set nasi lauk ikan singgang dan nasi lauk sup daging. Dua menu ni saja, selain dari menu sarapan. Untuk set lunch ni bermula sekitar jam 11.00 pagi.
Alhamdulillah sedap dan kenyang serta puashati makan di sini.
aritu nmpk juga kt tiktok psl warung ambe ni
ReplyDeleteSeronok sesekali breakfast date berdua macam ni! Menggoda betul roti tempayan tu, patutlah bestseller. Good to know hari Isnin tutup, tak adalah kempunan kalau nak singgah nanti. Nice review!
ReplyDeletePenasaran rasa roti tempayan 😍😍😍. Walau dimakan masih lama, tetap lembut ya kak. Terbayang sedap dicicah dengan kuah kari kambing 👍❤️
ReplyDeleteSedap juga tu roti tempayan cicah kari kambing.
ReplyDeleteSedaplah makanan pantai timur.
ReplyDeletekami memang cari kaki ayam saja. haha! pulut panggang tu kan, susah nak jumpa yang ada udang. hehe
ReplyDeleteNak tumpang semulut nadi dagangbyang sedap tu PH.
ReplyDeleteBanyak kedai makan tutup hari Isnin kan.
ReplyDeleteRasa macam pernah lalu je masa otw ke Kuantan utk weekend getaway. Entah kenapa masa tu Waze bawak jalan kampung 🤭
ReplyDeleteKSarie terus google tengok jauh tak kedai makan ni dari rumah KSarie. Almost one hour. Lalu menangis sebentar di bucu katil begitu. Suka tengok hiasan kain batik....warna warni buat hati berbunga-bunga
ReplyDeleteBilalah nak sesat ke gombak ini.
ReplyDeleteLama tidak makan nadi dagang.
ReplyDeleteRin dah cuba roti tempayan kari kambing masa dekat terengganu mmg sedap.. teringat-ingat lagi
ReplyDeletePulut panggang kalau inti sedap best tapi pulut lembut lagi best kdg dia ter over panggang kut
ReplyDeleteMZ nmpk org share kat thread, so far lom ada masa nak singgah bf sini
ReplyDeleteteringin plak sarapan macam ni..ada pulut panggang jugak nampaknya tu..dapnyaaa
ReplyDeleteWeiii hahaha baru je tengok lalu lalang iklan warung ambe ni 🤣🤣🤣 baca komen² sabar je la ada yg marah² sbb lokasi kata ya kat gombak tak specific gombak belah mana.. rupanya kita try google.. haha gombak nun jauh ke velah² uia rupanya ehhee
ReplyDeleteOk tu la ada baca gak warung ni baru je dibuka 2 3 bln.. mcm menarik. Oonspnya sama mcm kedai kat sg buloh.
Kalau ada rezeki naknjuga cuba la nnt