Monday, 2 March 2026

Kisah & Menu 12 Ramadhan

Beli air free kurma πŸ‘πŸ»
Gambar ni Ummi snapped dalam kedai di Hospital Sg Buloh. 

Alhamdulillah Ummi dan Walid sempat menziarahi jenazah adik saudara Ummi, Naim di HSB ni. Kami ke ICU, tapi dimaklumkan jenazah akan dibawa ke Unit Forensik HSB untuk urusan mandi jenazah. Alhamdulillah tak perlu post mortem

Sementara menunggu proses selesai, Ummi temankan ibu arwah (Mak Cik/Tok Cik Nah) beli makanan dan minuman untuk bekal berbuka. Sempat Ummi snapped gambar πŸ‘†πŸ»
Tok Cik Nah naik van jenazah dan temankan anak kesayangannya untuk perjalanan terakhir balik ke Baling. Sebak kanπŸ₯Ή 

Ni menu sahur; panaskan tomyam dan goreng telur dadar. Cukup dah alhamdulillah. 

Untuk berbuka,semua lauk ni beli di kafe HSB. Ayam masak lemak, sotong goreng + kacang panjang, ikan keli & kembung goreng dan ayam masak bawang. Called Abang di rumah, minta tolong masakkan nasi. 



Beli juga air teh ais, nasi goreng dan nasi ayam kunyit standby takut tak sempat berbuka di rumah. Waktu kami di hospital tu hujan lebat. Risau juga terperangkap lama dalam kesesakan trafik. Alhamdulillah sampai di rumah kira² 15 minit sebelum berbuka. 

Walid sempat lagi bergegas ke bazar beli murtabak kegemarannya. Beli juga leher ayam dan ayam gunting. 











19 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah PH.....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah…bagus jual air siap bagi kurma, sesuai untuk berbuka ringkas.

    Takziah PH dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, senang utk ahli keluarga/pelawat nak alas perut semasa berbuka.

      Terima kasih PU.

      Delete
  3. Dalam banyak2 tu mata uncle terpana pada teh ais! hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau ada leher ayam saya buat ratah je PH. Sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak makan sangat leher ayam, suami suka la :)

      Delete
  5. Salam takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  6. Pilunya bila ibu mengiringi jenazah anak πŸ₯²

    ReplyDelete
  7. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

    ReplyDelete
  8. innalillah wainna ilaihi rajiun

    ReplyDelete
  9. Salam takziah. Hari ni nak jenguk cafe Pak Tam. Cari lauk orang lain masak. hehehe

    ReplyDelete
  10. Gemok² leher ayam nya..
    Alhamdulillah, dimudahkan segala urusan arwah...

    ReplyDelete
  11. sy mencari ayam gunting juga bulan puasa ni hehehhe

    ReplyDelete
  12. Innalillahiwainnailaihirojiun.. sedihnya, ibu mengiringi jenazah anak, naik van jenazah.
    Banyak lauk dibungkus tu. Senang bila ada urusan di luar ye, PH.

    ReplyDelete
  13. Takziah PH sekeluarga. Leher ayam tuπŸ˜‹

    ReplyDelete
  14. Leher ayam nih favorit suami saya. Kalau saya sendiri, sampai skr tak bisa lah makan leher ayam 🀣🀣.

    Sedihnya membayangkan ibu yg mengantarkan anaknya yg berpulang lebih dulu 😭

    ReplyDelete