Agenda pertama dan utama semestinya ziarah kubur Tok Wan. Minta Abang lead baca Yasin untuk arwah datuknya. Keempat² beradik ni tak pernah jumpa Tok Wan masa hayatnya. Dah 25 tahun Tok Wan pergi, tapi rindu di hati tak pernah surut 🥹
Berhampiran kubur Tok Wan ni, kubur arwah adik saudara Ummi, Naim yang meninggal bulan puasa hari tu. Ziarah juga pusara arwah.
Dulu Ummi jalan kaki sorang² je pergi masjid (area kubur tu) untuk ke sekolah agama. Kami mengaji agama di masjid masa tu. Bila pandai bawa basikal, naiklah basikal tua ke masjid. Dan belajar bawak motor pun di jalan ni. Maklang Liza tolong ajarkan. Belajar dengan Tok Wan asyik nangis je bila kena tegur 😅 Kitanya manja, anak bongsu kesayangan Tok Wan :D
Langkah kanan, dijemput makan kenduri di rumah Wan Kob (ayah arwah Naim). Kami datang niat nak ziarah raya saja. Rupanya depa buat kenduri arwah dan jemput semua jiran² dan saudara mara di kampung. Memang sedap lauk pauknya; kerabu pucuk paku, ayam masak kicap, ulam, sambal belacan dan nenas masak lemak dengan ikan masin. Sedap² semuanya alhamdulillah. Lebih manis, Ummi dapat jumpa saudara mara dan jiran sekampung. Dapat peluk Tokcik Ya dan Tokngah Daharah, best friends Tok terubat juga rindu pada arwah bonda tersayang.
Dari kampung Ummi, bergerak pula ke kampung sebelah memenuhi jemputan kenduri kawan sekolah rendah dulu. Konvoi dengan Kak Ta, anak Tok Imam. Ambil gulai batang Pisang dan ayam goreng ala pasar malam buat ratah². Airnya pula air balang, pelbagai perisa. Menarik menunya.
Di dapur ni la Ummi dan arwah Tok selalu bertandang dulu². Arwah Toklang, mak Maklang Di kakak kepada Tok. Hujung minggu Tok rajinlah ke rumah kakaknya ni. Kadang kami jalan kaki lalu jalan kampung, kadang Tok Wan hantar naik motor.
Angah sempat gunting rambut dekat barber (kerusi kuning) tu. 10 ringgit je upahnya.
Menjelang Maghrib kami sampai di Gurun.
Trafik hala ke selatan (Penang/Ipoh/KL) merangkak² dari Pendang ke Gurun. Ramai kawan² update jalan sesak teruk Isnin malam tu. Selasa ramai yang dah mula kerja.
Alhamdulillah seronok balik raya di kampung Ummi kali ni. Cuma, sayang sikit tak dapat jumpa Makngah. Makngah ke Penang makan kenduri. In Sha Allah balik nanti (ada kenduri di kampung), harap ada rezeki jumpa kakak Ummi ni.
"Duit raya banyak" Amboi... statment yang bold! Hahaha!
ReplyDeleteAlamak, kena perbetul ayat haha...
Deleteselamat hari raya
ReplyDeleteBaling kepanasan
ReplyDelete