Beli air free kurma ππ»
Gambar ni Ummi snapped dalam kedai di Hospital Sg Buloh.
Alhamdulillah Ummi dan Walid sempat menziarahi jenazah adik saudara Ummi, Naim di HSB ni. Kami ke ICU, tapi dimaklumkan jenazah akan dibawa ke Unit Forensik HSB untuk urusan mandi jenazah. Alhamdulillah tak perlu post mortem.
Sementara menunggu proses selesai, Ummi temankan ibu arwah (Mak Cik/Tok Cik Nah) beli makanan dan minuman untuk bekal berbuka. Sempat Ummi snapped gambar ππ»
Tok Cik Nah naik van jenazah dan temankan anak kesayangannya untuk perjalanan terakhir balik ke Baling. Sebak kanπ₯Ή
Untuk berbuka,semua lauk ni beli di kafe HSB. Ayam masak lemak, sotong goreng + kacang panjang, ikan keli & kembung goreng dan ayam masak bawang. Called Abang di rumah, minta tolong masakkan nasi.
Beli juga air teh ais, nasi goreng dan nasi ayam kunyit standby takut tak sempat berbuka di rumah. Waktu kami di hospital tu hujan lebat. Risau juga terperangkap lama dalam kesesakan trafik. Alhamdulillah sampai di rumah kira² 15 minit sebelum berbuka.
Walid sempat lagi bergegas ke bazar beli murtabak kegemarannya. Beli juga leher ayam dan ayam gunting.

Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah PH.....
ReplyDeleteTq SA π€²π»
DeleteAlhamdulillah…bagus jual air siap bagi kurma, sesuai untuk berbuka ringkas.
ReplyDeleteTakziah PH dan keluarga.
Betul, senang utk ahli keluarga/pelawat nak alas perut semasa berbuka.
DeleteTerima kasih PU.
Dalam banyak2 tu mata uncle terpana pada teh ais! hehehe
ReplyDeleteKita boleh geng yeay π
DeleteKalau ada leher ayam saya buat ratah je PH. Sedap...
ReplyDeleteSy tak makan sangat leher ayam, suami suka la :)
DeleteSalam takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDelete