Saturday, 28 March 2026

Bermalam di Tg Rambutan @ 6 Syawal

Raya keenam kami beraya di Perak pula.
Ingatkan nak singgah di Taiping tapi Mommy Zya masih di Melaka. Kawan Walid, Uncle S pun tak balas mesej Walid. Nak singgah di rumah Tok Teh tapi dah lewat perang. Sesak juga jalan hari Khamis tu, terutamanya di terowong. 


Jadi kami terus ke Tambun, rumah kawan sekolah rendah Ummi; Cik Yah. 

Laksa Cik Yah ni nombor syatuuuu 😋
Tengahari sampai dari Baling, terus masak laksa untuk kami ❤️ 
CY memang cekap memasak, dia kerja katering. Nak banding dengan Ummi, jauh panggang dari api la... :D 

Dari rumah CY, kami terus ke homestay di Tanjung Rambutan. Alhamdulillah rezeki dapat homestay yang cantik, bersih dan selesa. Owner pun baik dan helpful (entry pasal homestay later² ye). 

TBC. 

21 comments:

  1. waaahhh laksaaaaa! kalo org catering mmg tgn cekap! zap zup zappp siapppp je menu dia! ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tu... Kalau Akk esok pun belum tentu jadi laksanya hahaha 😂

      Delete
  2. Raya ni belum jumpa laksa lagi. Asyik jumpa mi kari je. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pula terbalik, asyik jumpa laksa je 😁

      Delete
  3. Sanggup CY masak lepas sampai Baling.
    Orang buat katering memang cekap dan cepat masak.

    ReplyDelete
  4. Tudiaa... jalan sakan depa.. udah sampai Ipoh.
    Sedapnya laksa. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otw balik Gombak Nur... Singgah la rumah kawan² :)

      Delete
  5. Laksa org perak mmg sedap yong =D

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nampak PH makan laksa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, pekat elok kuahnya. Alhamdulillah rezeki kami

      Delete
  7. Salam Lebaran 2026. Sedap tengok laksa tu.

    ReplyDelete
  8. terliur laksa la plakkkk! salam 9 syawal utk PH

    ReplyDelete
  9. Balik utara, memang laksa la menu utama.. hihihi.. hari Jumaat pun Linda ke Ipoh..ada urusan sikit..siap terus balik Tronoh

    ReplyDelete
  10. Utara punya laksa memang umph. Alhamdulillah raya menyambung silaturahim

    ReplyDelete
  11. Lama lah cuti kali ni ya... puas beraya.

    ReplyDelete
  12. eh tahun ni raya SA x sempat makan laksa lagi la...eh...ke ada?

    ReplyDelete