Hadirin dapat bubur lambuk Kg Baru style. Ustaz² yang mengacau bubur ni. Sedap dan mantap rasanya. Pelajar² pun dapat sorang sebekas. Minggu ni PB hari Sabtu, lepas meeting PIBG ni.
Hari yang sama juga berlangsung Mesyuarat PIBG SRAI. Tak pasti sekolah KPM macamana tapi SRAI kena buat Mesyuarat PIBG ni sebelum Mac setiap tahun, ketetapan JAIS. Tapi minggu tu memang banyak sekolah buat meeting PIBG sampai mak ayah terpaksa berbagi tugas.
Alhamdulillah kehadiran ibu bapa memberangsangkan hasil kempen Tn YDP. Bulan puasa satu hal, hari Sabtu satu hal juga. Ramai yang ada hal.
Sejak tahun lepas rasanya diberi cenderamata produk Adabi ni untuk hadir ke Mesyuarat PIBG SRAI. Ummi suka je...
bestnya datang PIBG dapat adabi!
ReplyDelete