Ada kedai frozen food baru buka sebulan dua ni di Sri Gombak ni. Namanya Era Life Frozen Food Mart. Lokasinya bersebelahan kedai alatulis JL Office, sebaris dengan Restoran Sajian Teringin. Kami panggil area ni Sri Gombak Lama. Kalau belah Maybank sana, kami panggil Sri Gombak Atas, sebab macam atas bukit sikit. Apa² je la kan... Sekarang dah ada Waze, senang je nak cari lokasi. Alamat kedai ni Ummi letak dekat bawah sekali 👇🏻
Bersih, lapang dan selesa (berhawa dingin) kedainya. Kebanyakannya produk Ramly. Tapi ada juga produk jenama² lain, both bumi & non bumi products yang halal certified.
Desserts. Sekarang harganya dah RM 5/pack. Awal dulu pernah beli RM 3.50. Biasalah tu, semuanya bergantung kepada pelbagai faktor. Tak balik modal pulak kalau nak maintain harga sama je, sedangkan kos lain meningkat. Tapi yang seronoknya, Ramly semakin banyak keluarkan pelbagai jenis produk. Macam ayam perap tu ada pelbagai perisa juga; bbq, Mexican etc... banyak pilihan untuk pengguna
Senanglah untuk warga Sri Gombak nak baru frozen food esp jenama Ramly ni, tak payah ke Batu Muda sana.
Era Life Frozen Food Mart
32, Jalan SG 1/5, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor
Waktu operasi biasa: 10.00 pg - 8.00 mlm
Waktu operasi bulan puasa: 9.30 pg - 6.00 ptg)
wahh MZ tak perasan la kedai ni...nanti boleh singgah
ReplyDeleteBaru buka ..banyak produk dijual..
ReplyDelete