Cerita minggu lepas...
Ada urusan di sekitar sini, jadi bila nampak ada kedai makan buka awal pagi, terus singgah. Nampak pulak kain rentang "Roti Canai Kari Kambing", lajulah suruh Walid tekan brek :p
Seberang jalan.. Susah juga nak lintas jalan, banyak kereta pagi² ni. Orang nak pergi kerja, nak hantar anak sekolah dsbnya...
Ummi beli pulut kacau (wajik), seri muka dan kuih apam kot... 2-3 hari sebelum tu memang teringin nak makan pulut kacau, alhamdulillah jumpa hari ni... Nak puasa ni teringin makan macam² ☺️
Ummi peminat nasi lemak... Ambil sambal ikan bilis dan sardin serta kentang belado sikit. Pilihan makanan pun pelbagai jenis.
Roti kosong 👆🏻 tak cukup, sedap sangat jadi Walid order roti telur pulak. Yang ni Ummi tumpang juga sesuap dua. Sedap 👍🏻
Seronok makan di kedai ni, selain banyak pilihan makanan, kedai bersih dan pekerja pun semua cekap. Lebih seronok tengok semuanya anak² muda kita. Harga makanan kami hari tu termasuk 5 ketul kuih dan minuman ±RM35.00. Cuma, parking susah sikit sebab betul² sebelah jalan besar.
Kedai beroperasi sekitar jam 7 pg. Tutup pukul 4 ptg (ada lauk campur utk makan tengahari). Sebelah malam ada jual Ayam Gepuk.
Lokasi berhadapan simpang masuk ke Masjid Gombak Utara. In Sha Allah kalau lalu sini lagi, boleh repeat.
Maaaakkkk.....roti canai kari kambing!
ReplyDeleteDah lama tak makan roti canai kari kambing. Last sekali makan dekat Jerteh, Nganu.
ReplyDeleteMmg favourite la kalau canai cicah kari, tambah² kari kambing.. kalau nk repeat tu means sedap la tu kan PH
ReplyDelete