Serai serumpun di tepi bangsal
Di padang tandus tiada lalang
Hujan berpohon panas berasal
Mengapa kabus belum menghilang
Jom la Ummi bawa melawat kebun serai Ummi. Kebunlah sangat ahaha...
Atas tanah. Yang ini Ummi selalu ambil sebab senang nak cabut/potong dan subur rumpunnya alhamdulillah. Masak Nasi Serai kelmarin tu ambil dari rumpun ni la...
Tiga² rumpun ni tak membiak sangat. Pagi ni Ummi gembur² dan tambah tanah sekelilingnya. Harapnya gemuk merimbun macam yang 👆🏻
Seronok tengok hasilnya makin banyak. Dah boleh jimat beli serai dah kan. Masakan pun jadi lagi sedap guna serai fresh. Boleh standby nak masak rendang raya nanti. Tanam kunyit sekali siap-siap.
ReplyDeletePaling best anytime nak guna boleh keluar rumah ambik je Fiza. Nak ke kedai wpun dekat, malas 😆
Deletebest bercucuk tanam, saya pun suka, moga membesar dengan subur.. pantun tu 👍👍👍
ReplyDeletePantun pinjam je Ustaz. Pak Google :p
DeleteTerjaga serainya. Serai rumah saya merebak keluar macam rambut berceracak.
ReplyDeleteSy selalu gunting daun yang berceracak tu, bagi kemas sikit NA
Deletebanyaknya rumpun serai...senang nk masak
ReplyDeleteAlhamdulillah lepas la utk makan sendiri dan berbagi dgn jiran²
DeleteSerai ni senang tumbuhnya. Ada kisah jiran buang serai dia....suami pun ambik la serai yang dibuang tu....eh eh tumbuh subur dia.
ReplyDeleteWah sejuk tangan en suami tu 👍🏻
Deleteserai ayah nieyl banyak tanam dia kebun, kalau nak raya..selalunya mak akan soh ayah bawa balik 1 rumpun, nak buat masak rendang..
ReplyDeleteAyah buat jual ke Nieyl?
DeleteMmg raya banyak pakai serai kan
Pokok serai ni memang perlu ada di belakang rumah. Senang capai bila2 nak guna.
ReplyDeleteBetul Wak. Anytime je bole petik :)
DeleteDalam pasu pun boleh tumbuh. Sejuk tangan PH. Alhamdulillah, seronok tengok.
ReplyDeleteAlhamdulillah tanam serai ni senang bagi saya. Kunyit tak menjadi Nur :(
DeleteNak kena beli ke pantun tu 😁.. maaf... tidak begitu kreatif hehe
ReplyDeleteSubur tu serai nya... kena rajin ambil batangnya.
Kat rumah, akak tak tanam.. tumpang ambil adik punya je.. banyak, sampai kadang kering sebab tak petik.
Tak payah Kak, Sy pun pinjam pantun orang je 😆
DeleteIye Kak, itu yang macam² menu serai keluar tu :)
Senang lah nanti nak masak tomyam. 😆
ReplyDeleteMusim hujan ni elok tanam serai sebab x yah siram selalu...PZ tanam kat hujung simpang taman...wakafkan..siapa nak ambik boleh je ambik...hehehe
ReplyDeletemusim hujan ni seronok berkebun. tanam apa pun menjadi. kami plan nak semai keledek tapi entah bila nak mula. haha..serai haritu musim panas tanam 4-5 rumpun satu je hidup. ni kena semai semula kot
ReplyDeleteada tanam serai wangi sekali ke tu?
ReplyDeletebestnya boleh sentiasa harvest serai dari kebun sendiri!
ReplyDeleteBaca pasal serai ni teringat masa zaman kecil-kecil dulu dekat kampung. Atok suruh ambil serai dia nak masak. Seorang cousin pergi ambil lalang. Seorang cousin lagi ambil daun serai. Memang kena bebel la dengan atok😅
ReplyDeleteBaru lihat saya pohon serai kak. Selama ini tahu bentuk serai nya saja. Tp tak tahu pohon nya 🤣
ReplyDeleteSerai ni bagus herba untuk mandi pun boleh, pelbagai guna kan..kena tanam serai
ReplyDelete