Wednesday, 26 November 2025

Serai

Serai serumpun di tepi bangsal
Di padang tandus tiada lalang
Hujan berpohon panas berasal
Mengapa kabus belum menghilang

Jom la Ummi bawa melawat kebun serai Ummi. Kebunlah sangat ahaha... 

Pasu #1 

Pasu #2

Atas tanah. Yang ini Ummi selalu ambil sebab senang nak cabut/potong dan subur rumpunnya alhamdulillah. Masak Nasi Serai kelmarin tu ambil dari rumpun ni la... 



 
Tiga² rumpun ni tak membiak sangat. Pagi ni Ummi gembur² dan tambah tanah sekelilingnya. Harapnya gemuk merimbun macam yang 👆🏻

Ini yang baru tanam minggu lepas dan 3-4 hari lepas. Semoga tumbuh subur hendaknya 🤲🏻 


26 comments:

  1. Seronok tengok hasilnya makin banyak. Dah boleh jimat beli serai dah kan. Masakan pun jadi lagi sedap guna serai fresh. Boleh standby nak masak rendang raya nanti. Tanam kunyit sekali siap-siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling best anytime nak guna boleh keluar rumah ambik je Fiza. Nak ke kedai wpun dekat, malas 😆

      Delete
  2. best bercucuk tanam, saya pun suka, moga membesar dengan subur.. pantun tu 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Terjaga serainya. Serai rumah saya merebak keluar macam rambut berceracak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy selalu gunting daun yang berceracak tu, bagi kemas sikit NA

      Delete
  4. banyaknya rumpun serai...senang nk masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lepas la utk makan sendiri dan berbagi dgn jiran²

      Delete
  5. Serai ni senang tumbuhnya. Ada kisah jiran buang serai dia....suami pun ambik la serai yang dibuang tu....eh eh tumbuh subur dia.

    ReplyDelete
  6. serai ayah nieyl banyak tanam dia kebun, kalau nak raya..selalunya mak akan soh ayah bawa balik 1 rumpun, nak buat masak rendang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah buat jual ke Nieyl?
      Mmg raya banyak pakai serai kan

      Delete
  7. Pokok serai ni memang perlu ada di belakang rumah. Senang capai bila2 nak guna.

    ReplyDelete
  8. Dalam pasu pun boleh tumbuh. Sejuk tangan PH. Alhamdulillah, seronok tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tanam serai ni senang bagi saya. Kunyit tak menjadi Nur :(

      Delete
  9. Nak kena beli ke pantun tu 😁.. maaf... tidak begitu kreatif hehe
    Subur tu serai nya... kena rajin ambil batangnya.
    Kat rumah, akak tak tanam.. tumpang ambil adik punya je.. banyak, sampai kadang kering sebab tak petik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah Kak, Sy pun pinjam pantun orang je 😆
      Iye Kak, itu yang macam² menu serai keluar tu :)

      Delete
  10. Senang lah nanti nak masak tomyam. 😆

    ReplyDelete
  11. Musim hujan ni elok tanam serai sebab x yah siram selalu...PZ tanam kat hujung simpang taman...wakafkan..siapa nak ambik boleh je ambik...hehehe

    ReplyDelete
  12. musim hujan ni seronok berkebun. tanam apa pun menjadi. kami plan nak semai keledek tapi entah bila nak mula. haha..serai haritu musim panas tanam 4-5 rumpun satu je hidup. ni kena semai semula kot

    ReplyDelete
  13. ada tanam serai wangi sekali ke tu?

    ReplyDelete
  14. bestnya boleh sentiasa harvest serai dari kebun sendiri!

    ReplyDelete
  15. Baca pasal serai ni teringat masa zaman kecil-kecil dulu dekat kampung. Atok suruh ambil serai dia nak masak. Seorang cousin pergi ambil lalang. Seorang cousin lagi ambil daun serai. Memang kena bebel la dengan atok😅

    ReplyDelete
  16. Baru lihat saya pohon serai kak. Selama ini tahu bentuk serai nya saja. Tp tak tahu pohon nya 🤣

    ReplyDelete
  17. Serai ni bagus herba untuk mandi pun boleh, pelbagai guna kan..kena tanam serai

    ReplyDelete