Ada sesuatu yang mengganggu fikiran, kita tengok bunga je la sebagai terapi 😌
Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkehendak.
Part I Bukit & Bunga Ummi ambil awal Oktober. Part II ni awal bulan November. Jom kita jamu mata 🤗
Sering menghiasi rumah² kampung.
Dulu rumah Tok Wan pun ada pokok Bunga Balong Ayam ni.
Ummi teringin nak cari benih pokok roselle ni, tanam dalam pasu pun boleh kan. Pernah beli dulu tapi tak hidup :(
Tak kurang menariknya kan?
Menawan!
Bila memandang bunga hati bukan setakat jadi tenang tapi sering membuatkan Ummi terfikir. Dari bentuk bunga yang begini, keluar buah yang bentuknya langsung tak sama dengan bentuk bunga. Tengoklah apa saja bunga yang menghasilkan buah pasti hati jadi terpana dan terpaut dengan kekuasaan Allah SWT.
Dari bunga seindah ni, akan keluar kacang buncis. Subhanallah!
Dekat tangkai bunga tu dah ada bentuk buah petola.
Bagi yang tak kenal, inilah buah Peria Katak. Boleh dimakan mentah atau rebus untuk ulam, digoreng bersama telur, dimasak lemak dsbnya. Banyak khasiat buah Peria Katak ni.
Jom la turun... Penat dah ambik gambar :p
Otw turun tu sempat lagi kamera buat kerja 👇🏻
Bunga Terung Ceweng atau Terung Pipit.
Buah terung ni dulu² kami buat peluru senapang kayu :)
Tak tahu nama bunganya tapi sangat lawa.
Dengan pelbagai bentuk, pelbagai warna, fungsi semuanya menunjukkan berapa besarnya kekuasaan Allah SWT.
Betul, terapi tengok bunga-bunga ni. Pokok ati-ati saya baru mati. Tak tahu la kenapa. Huhu..
ReplyDeleteTerung pipit buat peluru hahahahaha teringat dolu2 punya hal
ReplyDeletePernah tanam Roselle, ya boleh saya tanam dalam pasu je. Mula-mula elok hidup, lepas tu mati lepas kena serangan bena putih.
ReplyDeleteTenang je tengok post ni PH....Suka tengok bunga-bunga jugak....
ReplyDeleteSemoga dengan melihat bunga² ini akan kuranglah gangguan yang melanda fikiran tu, PH.
ReplyDeletesemuanya cantik2 belaka ciptaan Yang Esa
ReplyDeleteBaru pertama kali tengok bunga kangkung tu.
ReplyDeletesemua bunga cantik-cntik.. roselle tu kalau zaman budak-budak kitorang gelar ribena haha
ReplyDeleteLama tak nampak Balung ayam tu..
ReplyDeleteBunga Balong Ayam tu senang hidup rasanya. Dulu kat rumah nenek akak pun ada tumbuh kat tanah tepi tiang rumah.
ReplyDeleteBetul tu..ari bunga2 tu nanti bertukar jadi sayur- sayuran untuk kita makan kan
ReplyDelete