Tuesday, 4 November 2025

Kakak ~ Majlis Apresiasi Tahun 6

Majlis Apresiasi Tahun 6 (Graduasi T6) kali ni diadakan di luar sekolah. Grand tempatnya iaitu di De'Casa Mahligai Hall, Batu Caves. Kami pernah ke sini untuk makan kenduri beberapa bulan lepas. Dah tahu lokasinya senang nak plan masa untuk gerak ke majlis. 

Table Ummi & Adik.
 Setiap keluarga dah ditentukan tempat duduk, ikut bilangan yang kita daftar. Satu seat RM50 untuk setiap ahli keluarga, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Untuk murid RM40. Ada murid yang datang berkeluarga, ada yang ditemani kedua ibubapa, ada yang hanya salah seorang saja yang datang dan ada juga yang datang seorang diri. Parents dropped off saja, habis majlis datang jemput. Bila melibatkan kos begini, tak semua mampu hadir. Antara kekurangan bila buat majlis di tempat berbayar begini. 

Cantik setting dewan ni tapi tempat duduk kami tak strategik, terlindung dengan tiang besar. Apapun syukur, dekat dengan pentas utama juga. 

Alas perut dulu... 
Setiap tetamu dapat kuih ni. 


Kami sampai awal. Sempatlah Kakak posing dulu depan main stage
Inilah baju pilihan dia, beli dekat Aeon Wangsa Maju hari tu. Labuh sikit tapi dia tak nak potong, nanti Kakak tinggi katanya :) 

Kakak terlibat dengan persembahan pembukaan. Diorang baca Qunut Nazilah. Ummi dengar je persembahan diorang, tak nampak pun sebab tiang tu blocked 😅 

Selesai acara perasmian dan penyerahan sijil ni, suasana bertukar santai. Mak ayah bawa anak² bergambar di photo booth yang disediakan, berjalan ke meja anak² untuk bergambar dengan kawan² anak, bertegur sapa dengan parents dan guru²... Meriah la majlisnya tu alhamdulillah.... 

Paling dinanti, acara makan² hehe ... 
Pukul 10.30 malam dah, lapaq! 

Menu yang disajikan malam tu; nasi goreng, spaghetti goreng, chicken chop, potato wedges, sausages dan garlic bread w mushroom soup. Ini main menu la. Menu sampingan pelbagai kuih muih dan minuman sejuk dan panas. Alhamdulillah. 

Sambil makan tu, anak² T6 buat persembahan. Happening la majlisnya. Anak² pun kemain happy ye... 

Masa untuk pulangkan jubah 🥹

Ummi pun seronok hadir ke majlis ni. Pertama kali dapat hadiri Majlis Apresiasi Tahun 6 (Graduasi T6) sebab Abang habis darjah 6 zaman Covid. Tiada sebarang majlis dibenarkan, sekadar datang ke sekolah ambil Buku Rekod Murid dan Sijil Berhenti Sekolah. Sedih betul huhu.... Angah pula majlis tertutup di sekolah. Alhamdulillah kali ni ada rezeki tengok Kakak bergraduasi sekolah rendah. 

All the best Kakak for future undertakings ❤️


25 comments:

  1. Tumpang bangga!
    Dah macam wedding!

    ReplyDelete
  2. Sekarang ini budak-budak boleh rasa majlis graduasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringkat tadika lagi diorg dah bergraduasi NA :)

      Delete
  3. best of luck utk kakak! grand jugak majlisnya esp tempatnya nice sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq MZ .
      Aah MZ pun pernah datang tempat ni kan

      Delete
  4. Sekarang sekolah rendah pun dah buat ala-ala konvo gitu. seronok pulak tenguk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tu seronok.. tapi makan modal juga Kak Notie 🤭

      Delete
  5. Zaman kita dulu jamuan kat kantin sek je kan. Hihi. Sekarang graduasi meriah. Kalau bayaran mahal memang tak mampu la nak datang ramai2. Cukup sekadar wakil mak atau ayah buat peneman anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Cie... Dulu tak sebanyak sekarang acara @ majlis. Sekarang ni kejap² jamuan, kejap² sambutan itu ini ...
      Akk tgk boys ramai datang sendiri. Diorg nak have fun dgn kawan². Yang bawa Ummi ni pun tak heran dekat Ummi dia haha

      Delete
  6. Baca.. baca.. baca... baru perasan majlisnya dibuat malam. Sweet aje baju pilihan kakak. Lepas ni kakak ikut jejak abang2 kah, masuk asrama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SK, belah malam.
      Dia nak gitu, kita ikutkan je la...
      In Sha Allah ada rezeki dia akan masuk asrama juga SK. Doakan ye 🤗

      Delete
  7. tahniah kakak.. semoga terus berjaya.. abang Mu'az dulu buat dekat sekolah je.. betul kalau buat kat luar, tak semua mampu.. kalau hantar anak je, risau pula anak kecil hati, sebab parents dia tak datang.. apa2 pun, happy for kids nowadays.. dulu2 takde macam nie.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak² ni semua nampak happy je Linda sbb seating diorg duduk bersama kawan². Makan bergambar sesama diorg je. Harapnya semua okay la :)

      Delete
  8. Majlis Apresiasi Tahun 6 buat kt luar...hebat bdk2 skarang kn..all the best kakak..smoga trus cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah pilih buat di luar, kita follow je la :)
      Tq atas doanya MT aamin 🤲🏻

      Delete
  9. Cantik macam majlis kawin la.....😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat wedding Mak Cella, memang lawa la tempatnya. Mujoq takdak pelamin hihi

      Delete
  10. Grand majlis apresiasi sekolah kakak ni. Untung kakak ada kenangan indah bila sekolah raikan macam ni. Kita dulu rasanya takde pun buat majlis graduasi sekolah rendah, ada jamuan akhir tahun dan perpisahan dekat kelas masing2 je kan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sis... Jamuan di kelas masing² je. Paling grand majlis masa tu Hari Penyampaian Hadiah kot 😁

      Delete
  11. Seronok kakak ada kenangan manis...sekarang memang x buat dah kat sekolah...kebanyakkan buat kat luar kan..malah ada yang buat kat hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SA... Cuma kadang jadi beban juga pada yg kurang berkemampuan 😔

      Delete
  12. seronok jugak graduasi budak2 sekarang boleh bawa ibu bapa(walaupun berbayar). dah macam kat kenduri kawin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tempatnya pun tempat orang buat kenduri kahwin Maz, adalah vibe wedding tu hihi

      Delete
  13. Pasti anak-anak seronok bila ada dinner dan majlis graduasi di tempat best. Sambil tu bolehlah ootd.

    ReplyDelete