Jumpa buah kuinin di kedai Acheh kelmarin. Beli sebiji untuk dibuat Sambal Kuinin. Sambal belacan tu buat macam biasa, cuma tambahkan hirisan buah kuinin. Kemudian gaullah bagi sebati dan secukup rasa. Ummi sengaja letak cili api lebih, nak bagi sambal ni lebih kick. Buah kuinin yang manis tu melembutkan rasa sambal belacan, tidaklah pedas 'melahar' sehingga hilang nikmat makan.
Pelbagai jenis ulam lebihan masak Laksa Siam dan pemberian Cik Leha alhamdulillah.
Goreng juga ayam dan bakar ikan cencaru untuk lauk. Ingatkan lauk kering² gini taklah berselera sangat, tapi sebaliknya pakat bertambah nasi!
Sebab ada sambal belacan kuinin tu la, bahaya. Dapnye! 😋
ReplyDeleteIni lauk aklau ada memang x fikir diet dah....habis nasi sepiyuk
ReplyDeleteselalu pi ke rumah rakit amal pahang, orang2 sana hidang sambal kuinin versi tradisi pahang.. kena pulak dengan patin tempoyak, memang bertambah nasi
ReplyDeleteuishhh saya kalau dapat sambal kuinin ni mesti menambah nasi!
ReplyDeleteSaya nak buat sambal kuinin asyik tak jadi. Beli buah kuinin habis makan gitu jew
ReplyDeleteuit sedap ni. lama tak buat. saya biasa tumbuk sekali dgn sambal belacan tapi jgn hancur sgt. yummeh!
ReplyDeleteBaru ni kami ada event staf Cie buat sambal kuinin ni memang syahdu betul makan nasi.
ReplyDeleteIkan cencaru bakar kalau dengan sambal belacan kuinin, memang harus dua kali tambah nasi
ReplyDeleteSambal ni sangat 'harum'!
ReplyDeleteSedapnyer
ReplyDeletebuih kuinin ni fav my late father..nostalgia la plak
ReplyDeleteuishhhh, kecur teruk kita. Lama tak makan sambal kuini.
ReplyDeleteBest sambal kuinin ni. Pun tertelan airliur gak.
ReplyDeleteLamanya tak makan sambal kuinin. Telan air liur jugak 🤤
ReplyDeletePedas melahar... hilang nikmat makan bila terlalu pedas.
ReplyDeleteYa Allah, susah sangaaaaaat cari buah kuini ini kak. Saya dulu sering makan saat masih tinggal di Aceh . Pindah JKT, sampai skr tak pernah ketemu 😅😅.
ReplyDeleteKalau di Aceh kuini dicampur dalam rujak buah khas Aceh kak. Jadi rujak Aceh memang tak otentik lah kalau tak ada kuini. Sebab itu yg buat wangi