Monday, 24 November 2025

Nasi Serai & Geng

Alhamdulillah tumbuh subur pokok² serai Ummi. Ada yang Ummi tanam dalam pasu, ada juga tanam di atas tanah. Hujan² ni, Ummi tanam yang baru juga, senang tumbuh In Sha Allah sebab sentiasa disirami air hujan. Target untuk kegunaan puasa/raya nanti. Boleh la barter dengan Ciksu nanti. Ciksu tanam kunyit, menjadi betul. Ummi pula tanam kunyit tak  menjadi sangat. 

Serai kampung rasanya, bukan serai peha ayam yang gemuk² tu. Benih dari serai yang dibeli di market atau kedai runcit dekat rumah.

Tuai banyak juga semalam sebab masak 2 menu berasaskan serai;

Nasi Serai 
Ayam Cili Padi 

Untuk Nasi Serai, Ummi tumiskan 4 sekawan, beberapa batang serai yang diketuk dan 2 inci halia. Dah naik bau tu, masukkan beras dan air secukupnya. Letak garam juga dan kemudian masak nasi macam biasa. Asalnya nak buat Nasi Tumis Pandan tapi daun pandan takde. Letak serai banyak², bila buka tutup periuk tu aduh aromanya menusuk kalbu. 

Untuk Ayam Cili Padi pula Ummi masak dan guna bahan lebih kurang macam buat rendang atau ayam masak ungkep. Ummi kisar serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi, jintan manis dan jintan putih biji. Ketumbar Ummi letak yang serbuk dalam 2 sudu. Kemudian panaskan minyak dan tumis serai yg diketuk, bahan kisar dan serbuk ketumbar hingga pecah minyak. Masukkan ayam, asam keping dan daun limau purut, tutup periuk dan reneh hingga ayam masak. Kacau selalu. Tambah air kalau terlalu kering. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Bila ayam dah empuk, boleh tutup api. Siap! 

Sayangnya, gambar nasi lupa ambil 🀦🏻
Orang muda gitulah, ingat sokmo :p 

Sebab nasinya ada rasa dan style ala² nasi lemak, kena ada lauk sambal juga. Ummi buat sambal sotong. Minyak meladung, sila cedok buang ye. Tak elok makan minyak banyak², nanti cepat naik minyak ahahaha... Untuk sayur, Ummi potong timun je. 

Alhamdulillah, seronok tengok Angah sapu licin nasi serai dalam Tupperware. Dia skipped lunch di DM sebab Ummi nak datang melawat. Siap tunggu di kantin dah time kami sampai tu. 

Kenapa Angah tak makan di DM? 
Angah tunggu Ummi... Ummi mesti bawak makanan kalau datang :) 

☺️


25 comments:

  1. Wahhh.. nasi istimewa ni, nasi serai tanaman sendiri. Lawan pulak dengan ayam ungkep dan sambal sotong. Patut Angah sanggup skip lunch kat DM. Mesti puas hati PH tengok licin Angah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut tgk dia tambah berkali haha... Tak tau la sedap ke lapar haha

      Delete
  2. Memang harum semerbak waktu masak nasi serai. Lauknya pula gandingan mantap! Saya yang tengok ini pun terus terliur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau airtangan Kak Amie double triple la sedapnya. Dengan plating lawanya lagi hihi

      Delete
  3. Lama tak buat nasi serai. Sedap tu makan dengan ayam, sambal. Kalau ada acar lagi ngam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak buat acar, sbb Angah tak makan. Ummi pun malas la hehe

      Delete
  4. tak pernah dengar nas serai... alamak gambar pulak tak ada tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Ustaz... Dah siap masak masuk bekas, khalas haha

      Delete
  5. Uncle rasa uncle tak pernah makan nasik serai ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle nak try boleh pegi Ramly Bistro, Batu Muda :D Nasi Serai dia sedap πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

      Delete
  6. aroma serai dlm nasi tu pasti harum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ye... Macam sikmak la juga MT... Aroma serai tu membangkitkan rasa

      Delete
  7. Angah simpan perut. Tak boleh makan dulu sebab nak topup makanan ummi dalam perut 😁

    ReplyDelete
  8. Mestilah nak makan masakan Ummi dia... sedapnya, saya tengok. Selera la. πŸ˜‹

    ReplyDelete
  9. Pernah buat nasi serai dan bau dia sedap dan wangi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh bau dia sedap pula....rasanya sedap. Hehe....sorry salah tulis PH...

      Delete
  10. Alhamdulillah, anak2 berselera makan air tangan sis πŸ˜„ mesti sedap tu.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah elok serainya. Berhasil tanaman. Senang nak masak ambil je. Lagi sedap masakan tu bila guna bahan segar. Suka serai ni daripada serai paha ayam tu. Serai ni lagi wangi dalam masakan. Baru tahu ada nasi serai. Sedapnya ayam cili padi tu. Kita pulak terliur tengok. Macam masak ungkep pulak ada bahan-bahan tu.Minyak melandung tu tandanya pecah minyak elok dan sambal tahan lama. Nak makan tu pandai-pandailah kita jangan cedok minyak.

    ReplyDelete
  12. Mesti sedap nasi serai ni...nak buat la nanti...tunggu adik2 balik makan ramai2 baru sedap kan

    ReplyDelete
  13. mba, tolong kirimin ke sini makananya ^_^

    ReplyDelete
  14. tak pernah masak nasi serai...tapi sure sedap sbb MZ memang suka aroma serai (kalau mkn nasi kerabu yg ada ulam2 serai tu)

    ReplyDelete
  15. Makasiiiiih letak resep nya kak, nak buat lah nasi serai. Bisa saya bayangkan pasti wangiiii Krn serai memang aromatik

    ReplyDelete
  16. Ummi yg masakkan mestilah sedap

    ReplyDelete