Sunday, 23 November 2025

Layan Laicikang @ Balqis Tomyam, Kg Sg Kertas Gombak

Masa kenduri Atok Kamar tu, AK bagitau laksa sedap yang kami makan tu ditempah di Kg Sg Kertas. KSK ni di bawah DUN Sg Tua, kawasan MB DS Amiruddin Shaari. 

Gigih la petang tu ajak Walid ke KSK, nak repeat laksa. Walid kata mesti tak buka gerai tu, dah capai dah target sales dia sebab  AK dah order utk kenduri 😁
Sampai je ke gerai seperti yang dipetuakan (diberi tunjuk arah) oleh AK, memang betullah tutup. 

Alang² dah sampai, ronda² la sekitar kampung ni. Sampai di Dataran Bougainvillea, tempat aktiviti setempatlah. Ada dataran bersimen, playground dan gerai makan. Dataran ni tempat event la kalau ada acara macam jualan Rahmah ke, karnival ke... 

Sebelahnya tu ada kedai makan, Balqis Tomyam. Alhamdulillah ada laicikang yang diidamkan. 

Merah menawan. Biasa laicikang warna hitam², coklat gitu kan...yang ni airnya air sirap, kemudian dicampur bahan² lain. 

Ada cendol... Rasa peliklah juga sebab biasa laicikang ada bunga kembang semangkuk, kundur kot yang manis² tu...

Bila diaduk², digali², yes jumpa bahan yang Ummi cari! Buah kabong 😋
Ada juga jeli kelapa, kurma merah dan bahan² lain sepatutnya ada dalam laicikang. 

Bersih gerainya. 

Ummi order Bihun Goreng. 
Sedap!

Walid pilih Mee Goreng. Pun sedap! 

Adik pilih kucing hahaha...
Dia majuk tak nak order sebab dia ingat nak pergi minum petang dekat Nas Bistro 😂

Kami order;
Laicikang 2
Bihun Goreng 1
Mee Goreng 1
Air kosong 1
Jumlah: RM23.00

Alhamdulillah. 
Cadangnya nak datang waktu malam pula sebab nampak ada 2-3 kedai lagi yang buka belah malam. 

29 comments:

  1. Rare lah laicikang kaler merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time kami pun jumpa laicikang merah ni Kakmim.

      Delete
  2. Nampak sedap bihun gorengnya.
    Ala, kesian Adik merajuk pula. Takpe, kucing comel ada pujuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Nur bihun jenis goreng simple2 je tapi cukup rasa dan rencahnya.
      Anak bulus tu minta makan hehe

      Delete
  3. uiitt merah sungguh tu laicikang

    ReplyDelete
  4. refreshing betul tgok laicikang tu. saya jarang minum, selalu pilih cendol je.
    alahai adik merajuk smpai taknak order pape ye dia. merajuk lama2 nanti lapar tau :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah lama tak makan, itu yg teringin & order...
      Propa je Adik tu haha... Dia rembat mee goreng Walid sampai tinggal sayur je 😂

      Delete
  5. macam pelik laicikang warna merah kan... heheheh

    ReplyDelete
  6. Tidak dapat laksa, dapat makan yang lain pula.

    ReplyDelete
  7. laicikang warna merah..rare ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rare sangat kan Nieyl... Akk pun 1st time jumpa laicikang merah gini

      Delete
  8. jarang sgt laicikang color merah gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan MT... First time kami pun makan laicikang merah gini

      Delete
  9. macam-macam dah transformasi laicikang ni.. kalau dulu buah kembang semangkuk wajib ada termasuk halwa kundur..

    ReplyDelete
  10. Uwaaaaah segaaaar sangaaaat pasti 😍😍😍. Isinya Macam2 yaaaa. Buah kabong tuh kolang Kaling kan? Saya juga sukaaaaa. Kenyang minum segelas nampaknya 😄

    ReplyDelete
  11. Lain macam laicikang tu.. Laicikang moden.. Mesti pelik masa order sampai.. hehe.. Laksa kat area Casmaria sedap tapi tak pasti ada lagi ke tak.. Dah lama tak makan laksa..

    ReplyDelete
  12. Owh.. ada juga yang bubuh cendol dalam laicikang eh.. Mengancam warna merah dia..

    ReplyDelete
  13. linda tak reti makan buah kabung..hihihi...dulu kecik2, kalau hari raya, mesti ada buah kabung..arwah nenek akan buat pelbagai warna

    ReplyDelete
  14. Ada kelainan tu laicikang bubuh cendol.
    Akk pun suka buah kabung dalam laicikang. Manis kenyal-kenyal.
    Adik nak makan megi goreng lah tu ya.

    ReplyDelete
  15. Laicikang diambil dari bahasa kantonis 'laici' untuk buah laici dan 'kang' untuk sup. Boleh sejukkan badan makan ni PH kan....

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap betul laici kang tu 😍

    ReplyDelete
  17. Memang pelik sungguh ni laicikang ada cendol. Lain macam. Air sirap pulak tu. Best tu ada buah kabong. Saya suka tapi susah nak dapat kan. Mujur jugalah makanan dipesan tu sedap-sedap.

    ReplyDelete
  18. sesekali di improvise jadi kaler merah ye PH...janji sedap dan bahan cukup...makanan pun nampak sedap...

    ReplyDelete
  19. tiba2 rasa terliur bihun goreng plak mlm2 MZ BW ni

    ReplyDelete
  20. Baiklah, nak ucapkan selamat menjamu selera ya

    ReplyDelete
  21. Besar pulak telinga meow ni ek

    ReplyDelete