Masa kenduri Atok Kamar tu, AK bagitau laksa sedap yang kami makan tu ditempah di Kg Sg Kertas. KSK ni di bawah DUN Sg Tua, kawasan MB DS Amiruddin Shaari.
Gigih la petang tu ajak Walid ke KSK, nak repeat laksa. Walid kata mesti tak buka gerai tu, dah capai dah target sales dia sebab AK dah order utk kenduri 😁
Sampai je ke gerai seperti yang dipetuakan (diberi tunjuk arah) oleh AK, memang betullah tutup.
Alang² dah sampai, ronda² la sekitar kampung ni. Sampai di Dataran Bougainvillea, tempat aktiviti setempatlah. Ada dataran bersimen, playground dan gerai makan. Dataran ni tempat event la kalau ada acara macam jualan Rahmah ke, karnival ke...
Sebelahnya tu ada kedai makan, Balqis Tomyam. Alhamdulillah ada laicikang yang diidamkan.
Merah menawan. Biasa laicikang warna hitam², coklat gitu kan...yang ni airnya air sirap, kemudian dicampur bahan² lain.
Ada cendol... Rasa peliklah juga sebab biasa laicikang ada bunga kembang semangkuk, kundur kot yang manis² tu...
Ada juga jeli kelapa, kurma merah dan bahan² lain sepatutnya ada dalam laicikang.
Sedap!
Dia majuk tak nak order sebab dia ingat nak pergi minum petang dekat Nas Bistro 😂
Kami order;
Laicikang 2
Bihun Goreng 1
Mee Goreng 1
Air kosong 1
Jumlah: RM23.00
Alhamdulillah.
Cadangnya nak datang waktu malam pula sebab nampak ada 2-3 kedai lagi yang buka belah malam.
Rare lah laicikang kaler merah
ReplyDeleteFirst time kami pun jumpa laicikang merah ni Kakmim.
DeleteNampak sedap bihun gorengnya.
ReplyDeleteAla, kesian Adik merajuk pula. Takpe, kucing comel ada pujuk.
Sedap Nur bihun jenis goreng simple2 je tapi cukup rasa dan rencahnya.
DeleteAnak bulus tu minta makan hehe
uiitt merah sungguh tu laicikang
ReplyDeleteMerah menyala 🔥 :)
Deleterefreshing betul tgok laicikang tu. saya jarang minum, selalu pilih cendol je.
ReplyDeletealahai adik merajuk smpai taknak order pape ye dia. merajuk lama2 nanti lapar tau :P
Sebab dah lama tak makan, itu yg teringin & order...
DeletePropa je Adik tu haha... Dia rembat mee goreng Walid sampai tinggal sayur je 😂
macam pelik laicikang warna merah kan... heheheh
ReplyDeleteMacam ABC pun iye juga minus the susu hehe
DeleteTidak dapat laksa, dapat makan yang lain pula.
ReplyDeleteRezeki kan...
Deletelaicikang warna merah..rare ni..
ReplyDeleteRare sangat kan Nieyl... Akk pun 1st time jumpa laicikang merah gini
Deletejarang sgt laicikang color merah gitu
ReplyDeleteKan MT... First time kami pun makan laicikang merah gini
Deletemacam-macam dah transformasi laicikang ni.. kalau dulu buah kembang semangkuk wajib ada termasuk halwa kundur..
ReplyDeleteUwaaaaah segaaaar sangaaaat pasti 😍😍😍. Isinya Macam2 yaaaa. Buah kabong tuh kolang Kaling kan? Saya juga sukaaaaa. Kenyang minum segelas nampaknya 😄
ReplyDeleteLain macam laicikang tu.. Laicikang moden.. Mesti pelik masa order sampai.. hehe.. Laksa kat area Casmaria sedap tapi tak pasti ada lagi ke tak.. Dah lama tak makan laksa..
ReplyDeleteOwh.. ada juga yang bubuh cendol dalam laicikang eh.. Mengancam warna merah dia..
ReplyDeletelinda tak reti makan buah kabung..hihihi...dulu kecik2, kalau hari raya, mesti ada buah kabung..arwah nenek akan buat pelbagai warna
ReplyDeleteAda kelainan tu laicikang bubuh cendol.
ReplyDeleteAkk pun suka buah kabung dalam laicikang. Manis kenyal-kenyal.
Adik nak makan megi goreng lah tu ya.
Laicikang diambil dari bahasa kantonis 'laici' untuk buah laici dan 'kang' untuk sup. Boleh sejukkan badan makan ni PH kan....
ReplyDeleteNampak sedap betul laici kang tu 😍
ReplyDeleteMemang pelik sungguh ni laicikang ada cendol. Lain macam. Air sirap pulak tu. Best tu ada buah kabong. Saya suka tapi susah nak dapat kan. Mujur jugalah makanan dipesan tu sedap-sedap.
ReplyDeletesesekali di improvise jadi kaler merah ye PH...janji sedap dan bahan cukup...makanan pun nampak sedap...
ReplyDeletetiba2 rasa terliur bihun goreng plak mlm2 MZ BW ni
ReplyDeleteBaiklah, nak ucapkan selamat menjamu selera ya
ReplyDeleteBesar pulak telinga meow ni ek
ReplyDelete