Friday, 12 September 2025

Sambutan Hari Kebangsaan @ SRAI


Sambutan Hari Kebangsaan di SRAI diadakan semalam. Tema pakaian tradisional atau berunsur kebudayaan Malaysia. Senang begini tak perlu kalut cari pakaian yang pelbagai tema. Baju tradisional seperti baju kurung, baju Melayu semua adalah kan. Siapa Yang berminat nak masuk pertandingan baju Merdeka, boleh pakai pakaian berteman begitu. 

Adik Kakak nak berselendang kali ni...
Guna shawl dan tudung bawal je untuk lengkapkan look tu. 

Brooch Mommy Zya tu menyerlah betul 👍🏻

Kakak buat persembahan semalam, nyanyi lagi Negaraku Faizal Tahir. Kakak, Izz & Amina. Ummi bagi nama kumpulan A.I.B (Amina, Izz, Balqis) haha... 

Ada juga penyampaian hadiah pertandingan² sempena Hari Merdeka ni. Kelas Kakak dapat Juara Kelas Tercantik Edisi Merdeka. Dapat hadiah makanan katanya. Tahniah guru² kelas dan anak² Intelek 👏🏻

20 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah. Program kena meriah Wak, baru budak² suka :)

      Delete
  2. Meriahnya sambutan! Cantik warna-warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemeriahan yg perlu dipertahankan dan disemai utk anak² :)

      Delete
  3. Sama dengan sek anak...pagi petang ada sambutan..seronok diorg tak bawa buku..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab tak payah bawak buku tu la paling best kan Linda? Hihi...

      Delete
  4. Comel je hah pakai ikut tema. Hari last memasing malas belajar dah buat la sambutan apa2. Cikgu pun tak sabar nak cuti dah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Cie... Legalah budak² pun tak payah belajar hari tu.. have fun je

      Delete
  5. Salam kemerdekaan, semoga negara terus cemerlang rakyat aman damai..boleh berblog dengan aman juga ya

    ReplyDelete
  6. Suka tengok anak-anak semua pakai baju sempena sambut Merdeka. Comel je semuanya. Mudah begitu tema dia, pakai baju tradisional je. Mana yang nak masuk pertandingan boleh join. Tak adalah semua wajib join kan. Banyak juga kategori pertandingan tu. Nama kumpulan comel je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang bila ada pilihan dan tiada paksaan.

      Delete
  7. Cantik bersiap untuk sambut merdeka ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun sekali hehe ... Macam raya juga, nak bersiap :)

      Delete
  8. Aktif kakak.
    A.I.B... kena sebut satu² ya😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak, jgn terus disebut aib tu ahahaha 😆

      Delete
  9. Cantiknya kakak pakai baju tema!

    ReplyDelete
  10. kat sek my razeen pun ada buat sambutan masa hari jumaat sebelum cuti sek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly buat time tu la kan... tak payah belajar, semua pun mood nak cuti hihi

      Delete