Monday, 8 September 2025

Menu Berasaskan Tauge Hijau @ Pea Sprout

Tauge hijau atau pucuk tauge ni sedap dibuat sayur. Tauge ni dari biji kacang pis (peas). Tauge biasa yang putih tu dari kacang hijau manakala tauge kasar @ yang gemuk² tu dari kacang soya. Ummi kurang gemar tauge kasar ni, saiznya tu besar² tak berapa reti nak makan. 

Jumpa dekat Pasaraya Big tempohari, belilah sepeket.  

Kalau tauge putih, topinya hitam kan...
Pea sprout ni topinya warna coklat, besar sikitlah kacangnya tu, berbanding kacang hijau. 

Ummi goreng kilas (stir fry) je sebab sayur gini masak sekejap je baru sedap. Bila makan biar ada rasa crunchy sikit. 

Kalau ada udang ke, isi ayam ke boleh je letak. Kita buat dia kan... 

Malam tadi Ummi kukus ikan cencaru, kemudian kukus tauge hijau ni bagi lembut sikit kemudian siramkan dengan kuah. Kuahnya Ummi tumis bawang besar, halia dan cili. Kemudian masukkan sos tiram dan air. Anak² suka makanan berkuah jadi kenalah buat kuah. Kalau tak nak kuah, boleh buat garlic oil. Siram atas ikan tu, sedap juga. 

Ini pula untuk sarapan pagi Ahad. Ummi letak tauge hijau dalam Mee Goreng. Pun sedap juga, macam kita letak sayur hijau lain. 

Ummi ni asalkan tauge (kecuali tauge kasar), Ummi suka. Masaklah apa pun, makan je. Tapi, anak #2 dgn #4 tu dengan tauge ni macam musuh ketat 😂
Sanggup depa sisihkan satu persatu tauge tu.
Ramai je yang macam tu kan :,p 



26 comments:

  1. tgh viral tauge ni.. he he he..betul tauge hijau ni goreng kejab je sedap dap..kalau lama2 .. nanti lembik..
    morning sis!! lama x jenjalan sini :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lembik jadi liat sikit kan MA.
      Tq² singgah 🌹

      Delete
  2. nieyl kalau pergi pasaraya, nampak je Tauge Hijau @ Pea Sprout ni memang nieyl akan beli, nieyl sukaaa...sedap

    ReplyDelete
  3. x jumpa lagi tauge mcm ni...ker x nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya dah siap pack kalau di supermarket tu Sueann

      Delete
  4. SA suka pea sprout ni...goreng campur udang...uiiii best giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SA. Campur dgn udang memang asyikkkkkk 😁

      Delete
  5. Taugeh dimana-mana sekarang. Hot issue yang sedang melanda media sosial. hihi..
    Saya suka pucuk tauge ni. Tumis ratah je pun dah sedap. Kadang letak dalam maggi kari campur kimchi ala ala kimchi jjagae gitu. Jarang jumpa jenis gemuk² macam ni. Biasa kurus sikit. Apa jenis taugeh pun saya suka, sedap makan rangup².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kebetulan pulak 😅
      Akk pernah beli yg panjang sikit, liat pulak bila masak. Yg ni pendek sikit, senang nak kunyah

      Delete
  6. sedap juga ni rangup rasanya kan, lama dah kak ana tak masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Ana, tapi kalau masak lama macam liat sikit kan

      Delete
  7. Saya pernah makan yang ni. Tapi rasa tercekik sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kenyal sikit kan banding dgn tauge putih yg lebih rangup tu.

      Delete
  8. anak-anak memang tak makan sayur..itu je kesimpulannya.. hahha...tapi, abang mueez suka tauge putih tu..kalau goreng, meratah lah dengan linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya Abg Mueez 👍🏻
      Boleh geng dgn Abang & Kakak, suka sayur.

      Delete
  9. tengok menu PH, teringat zamant BF. sprout ni zaman breastfeeding harus hari-hari jadi santapan kak mieja...

    ReplyDelete
  10. erkkk tauge biasa pun saya tak suka, yg hijau ni kirim salam duluu xD

    ReplyDelete
  11. Sha suka tauge hijau ini.. Selalu goreng dengan udang..

    ReplyDelete
  12. letak fishball pun sedap juga tu... laju bertambah nasi kalau judu dgn ikan gelama goreng fuhhh

    ReplyDelete
  13. Taugeh dari kacang soya tu akak tak berapa gemar.. tak tau kenapa kalau makan boleh pening.. mungkin kacang dia banyak sangat kot

    ReplyDelete
  14. Saya baru tahu ada tauge hijau ini 😍😍😍😍. Tak pernah lihat kak. Selama ini yg putih saja. Yg tauge kasar tuh pun tak tahu. Saya tiap belanja ke pasar, pakai personal asisten jadi memang dia yg pilih, sesuai yg saya pesan. Tapi rasa2nya tauge hijau atau kasar ini memang tak ada lah dj pasar. Mungkin saya harus lihat di supermarket yg besar.

    Tapi kan saya ingat waktu kecil saya tak pernah suka tauge. Bagi saya memang tak sedap.

    Anehnya, saat dah besar, dah kerja, saya jadi suka... 😅. Mungkin anak2 kakak juga akan begitu. Biasanya semakin besar, kita jadi suka dengan sayur

    ReplyDelete
  15. Peminat tauge hadir 🙋🏻‍♀️

    Saya pulak suka tauge goreng ikan masin yu. Sedapnya! 🤤

    ReplyDelete
  16. Saya ni, dah berusia, memang sayur begini kegemaran, kurang sebenarnya makan daging2 ni ..cedok gula pun dah tak pernag, minum air putih banyak..tapi anak belanja ke restoran ada juga minum tea ke , nescaffe..sedapnya sayur tu dek..

    ReplyDelete