Isnin 1.9 tu Abang balik awal ke asrama sebab ada kelas persediaan Syafawi Hifz. Long weekend cuti Maulidur Rasul tu dah tak boleh balik la kan. Ummi ni tiba² rasa rindu dengan anak soleh tu, terus ajak Walid melawat Abang di asrama.
Sebelum tu masaklah dulu. Mood rajin pun tiba² mai, Nasi Beriani ye Ummi masak bukan nasi putih. Mak² ni, kalau bab anak lain macam sikit semangatnya 😆
Garing sikit papadom tu, Kakak tolong gorengkan. Api tak leh kuat nanti cepat hangus papadom tu. Takpe, her first experience.
Kerja lebih mudah dengan bantuan bibik² moden; Bik PC (pressure cooker) masak nasi, Bik AF (air fryer) bakar ayam 👇🏻
Sampai kantin, order air oren 1 jug. Sambil² kita makan bekal, support la juga Pakcik Kantin tu kan. Dah naik harga air ni. Tahun lepas RM10/jug, tahun ni RM12 dah satu jug. Tapi sedap air kantin ni. Kalau tak beli satu jug pun, tetap juga beli yang dalam cup. Wajiblah setiap kali datang tu beli air oren ni.
Alhamdulillah dapat jumpa sekejap pun jadilah buat hilang rindu ☺️
alhamdulillah, seronok abang dapat makan masakan ibu
ReplyDeleteSedapnya...nak buat tu la nak tggu rajin...
ReplyDeleteHaha teringat Mak saya dahulu selalu buat kek coklat untuk bawa jumpa saya di asrama setiap minggu. Hehe memang semangat Emak buat untuk anak.
ReplyDeletePokcik Singah BW
ReplyDeleteSeronoklah abang Ummi dan Walid datang melawat. Bawa makanan pulak tu makan bersama. Bertambah seronoklah.
ReplyDeleteTakpe, pengalaman untuk kakak. Lepas ni kalau goreng papadom dah master dah.
Besar hati abang Umi bawa makanan fav dia ni...
ReplyDeleteHari Ahad lepas pun saya melawat anak juga... beli beli je makan sama sama.. mak malas nak masak.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sedap menunya.. Bila ada bibik moden, cepat sikit siap masaknya kan..
ReplyDeleteAlamak! Sedapnya tengok. Makan papadom dengan kuah tu pasti sedap.
ReplyDeletesronok la abg tu bila ummi & walid dtg melawat ke asrama siap bw bekalan sedap tu
ReplyDeleteBetullah, emak² ni bab anak sanggup berhabis wang dan tenaga. Nampak sedap nasi beriani PH, mujur ada bilik moden, sekejap aje semua siap!
ReplyDeletesedapnya nasi beriani!
ReplyDeletealhamdullilah, dapat makan air tangan mama
ReplyDeleteayam bakar madu tu ada lagi tak? hehehe
ReplyDeleteAda satu lagi bibik yang paling moden... Bik TM😄
ReplyDeleteYg ni belum mampu nak pinang Kak 😆
DeleteRajinnya PH
ReplyDeleteKalau mama nya suka masak, memang semangat lah kalau buat anak 😁. Saya ingat mama saya juga begitu. Tiap kali nak visit kami di Penang, pasti mama banyaak bawa makanan.
ReplyDeleteGiliran saya, memang tak suka masak. Tapi anak saya belum ada yg sekolah jauh. Nanti Kalau anak minta dibawakan makanan, saya pesan sajalah 🤣🤣. Biar pasti sedap
sedapnyaa! teringat dulu masa melawat abang kat asrama, paling2 pun selalu bawak makanan mcm KFC je. ni rajin sangat siap masak nasi beriani!
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur nikmat..
ReplyDelete