Thursday, 25 September 2025

Roti Wheat Germ Massimo

Ummi suka roti Gardenia, berbanding roti jenama lain. Tapi pergi kedai semalam; kedai aceh dan Wellmart dua² takde stok roti Gardenia. Agaknya lori Gardenia belum sampai. Ummi nak cari roti untuk buat sandwich. 

Yang ada di Wellmart cuma roti Massimo ni; Sandwich Loaf w Wheat Germ. Ini pun tinggal 2 bungkus. Ummi ambil 1. Pertama kali beli ni. Biasa beli roti putih atau sesekali beli roti wholemeal / whole wheat bread (roti gandum penuh). Roti wholemeal tekstur keras dan kasar sikit, nak banding dengan roti putih. 

Manakala roti wheat germ ni pula berada antara keduanya. Tak kasar, tak lembut sangat tapi sedap. Sesuai sangat nak buat sandwich.  Nak makan saja pun sedap je. 


Tomato tu grill sekejap atas pan, sedap! 
Also season w white pepper 😋

Antara khasiat wheat germ

Boleh repeat 👍🏻


21 comments:

  1. Saya pun suka beli roti Gardenia je. Selain tu roti sunshine. Massimo tak pernah beli lagi. Sedap roti gandum ni dia macam rangup sikit. Selain tomato grill, roti tu pun sedap juga kalau di grill sekejap.

    ReplyDelete
  2. Saya pun biasanya ambil Gardenia.
    Yelah, kalau roti wholemeal ada rasa kasar-kasar saya kurang suka makan.

    ReplyDelete
  3. Kat tempat saya ni, dah seminggu takde roti Gardenia yang keping tu. Beli lah roti sunshine yang sedap tapi mahal tu.

    ReplyDelete
  4. SA suka roti wheat germ massimo ni...memang makan time diet...eh...cakap pasal diet..SA nyer diet dah kelaut dalam dah...ntah bila nak start semula...

    ReplyDelete
  5. kat umah husband & MIL mmg makan roti sihat ni..kita je mkn roti putih semestinya gardenia la

    ReplyDelete
  6. Pernah tengok IG reel perbandingan roti-roti dijual kat Malaysia ni. Roti Massimo antara yang paling banyak khasiat, kurang gula dan banyak serat. Roti Gardenia antara roti yang paling tak sihat tapi murah hehe

    ReplyDelete
  7. Brade ni roti yang kelas 1, paling digemari oleh kita bila sarapan pagi kan..family Etuza turut beli ibubapa dan anak2 ada beli untuk ready esok sarapan kata anak ..

    ReplyDelete
  8. tak pernah beli lagi brand ni.. biasanya gardenia. biasanya stok banyak kat pasaraya tempat saya..

    ReplyDelete
  9. Nampak menyelerakan sarapan macam ni, PH. Kalau hari2 macam ni, boleh kurus dan yang penting, sihat.

    ReplyDelete
  10. Menarik nampak roti ni. Akak tak pernah cuba lagi. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  11. orang kata menu berkhasiat kan kalau makan roti wheat germ ni, aah kak ana pun akan cari Gardenia dulu kalau tak de baru ambil jenama lain :)

    ReplyDelete
  12. Sama lah mesti cari Gardenia dulu, dah tak ada kena lah ambil yang lain. Sedap sandwich PH ni.

    ReplyDelete
  13. Suka Gardenia juga PH. Tapi kalau takde stok, kena ganti yang lain pula.

    ReplyDelete
  14. Ooo...tomato kena grill dulu yer...boleh try nanti

    ReplyDelete
  15. memang biasanya beli gardenia tp kalau tak de stok, beli jer mana2 yg ada

    ReplyDelete
  16. makanan sihat sangat ni. sedap!

    ReplyDelete
  17. Samalah ammi pun prefer Gardenia juga sebab ownernya TSSMA. Manalah tau pembelian kita ni boleh juga jadi saham akhirat untuk ktia.

    ReplyDelete
  18. Suka mana² roti Gardenia tapi biasa pilih roti putih je... kalau takde ambil je mana².

    ReplyDelete
  19. Sedap tengok sandwich PH buat. Tak pernah beli massimo wheat germ. Biasa beli gardenia.

    ReplyDelete
  20. Isssh, jadi nak buat sandwich untuk esok 😍😍😍🤤. Saya juga selalu grill sebentar tomat sebelum dipakai dalam roti. Tomat panggang juga lebih berkhasiat sebagai anti aging drpd tomat segar

    ReplyDelete