Thursday, 4 September 2025

Minum Petang, Jom!

Hari ni gegirls cuti extra sempena Maulidur Rasul esok. Sekolah JAIS selalu ambil cuti extra sempena hari kelepasan am, terutamanya bila hari cuti umum tu jatuh pada hari Jumaat atau Selasa. Cuti kapit. 

Jam dah menunjukkan hampir pukul 4 ptg.
Di luar hujan turun mencurah², sejak sejam yang lalu. Perut mula berkeroncong minta diisi. Ummi skipped lunch itu yang terasa lapar tu. 

Sambil menumis cili di satu tungku, satu tungku lagi goreng cucur sayur. Ada yang panggil bakwan. Resepi masih sama dari dapur LM, yang pernah Ummi guna sebelum ni. Kali ni Ummi tambah serbuk kunyit sikit, untuk warna cucur lebih menarik. 

Rangup² ni yang sedap ni...

Elok sambal tumis tu siap, cedoklah sikit buat cicah cucur sayur ni 😋




17 comments:

  1. Nampak sedap pulak cucur sayur tu. Lipis pun hujan lebat petang tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan² memang sedaplah makan apa pun kan Cie...

      Delete
  2. Tengok post ni lepas Dinner. Nampak sedap ni PH. Memang peminat cucur pun.

    ReplyDelete
  3. Rangup tu kalau kunyah mesti bunyi kruk krak kruk krak

    ReplyDelete
  4. hujan² di petang hari memang syok makan cucur panas²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Ily, nak² regu dgn Teh @ kopi panas 😋

      Delete
  5. Bestnya ada cuti extra. Boleh rehat lama sikit kan. Wah, sedapnya bakwan. Cicah pulak tu dengan sambal tumis. Buat perut lapar ni kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi pun seronok, tak yah keluar menyupir :3

      Delete
  6. sedap tu bakwan... sekolah kat sini cuti tiga hari je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SK sini pun cuti 3 hari, sekolah KAFA/SRA je 4 hari.

      Delete
  7. teringat bakwan teringat arwah mak...fav arwah ni...lama dah x buat

    ReplyDelete
  8. Memang ngamlah makan goreng-gorengan dikala cuaca dingin.

    ReplyDelete
  9. tgk gambar je dah tau rangup sgt niiii fuhhh

    ReplyDelete
  10. Sukaaaa sangat saya dengan bakwan ini. Bakwan, udang, bakwan sayur, bakwan jagung, semua jenis cucur atau bakwan lah 😍😍😁. Tapi tuhlah, malas masak nya, sebab mesti digoreng. Beberapa teman masak pakai airfryer. Tp bentuk dan rasa memang tidak sama sedap kalau di goreng minyak 😅

    ReplyDelete