Week 36 ✅
Week 37: 10/9-16/9/2025
RABU Sampai parcel yang mengandungi seluar sekolah Abang. Jenama ni ada plus size. Sebelum ni dah beli, tapi Cikgu Disiplin tegur katanya bukan warna hitam. Kami order warna hitam tapi kata Abang blue black. Order je lagi sekali. Mujur RM35 camtu je.
JUMAAT Ummi keluar awal jemput anak² di SRAI. Takut jalan jammed. Sampai kemain awal, sempatlah beli lepat labu dan kuih² lain. Konon nak lepak dalam van Cik Ita sambil makan kuih. Tapi member pergi lepak dalam kereta Cik Aida pulak π
SABTU Abang joined kelas Cg Dahliza ni. Mujurlah kami ambil kelas online. Hari ni kan jammed teruk tu, sebab cuti sekolah dan cuti Hari Malaysia. Kelas pun terpaksa mula lewat, CD dan students yang joined kelas fizikal trapped dlm traffic jam. Kelas ni di UIA, segala dengan orang nak ke Tol Gombak.
AHAD Ummi Walid breakfast dekat food court. Ada Kuliah Dhuha di food court ni setiap Ahad. Okay juga pendekatannya. Sambil menjamu selera, boleh juga dengar kuliah santai².
Layan Adik main jenga blocks, selain Uno. Abang², kakak tak nak main, Ummilah kena main dengan dia π
SELASA Abang ada tuition Kimia. Lunch time dia cuma makan roti, malas nak makan berat. Habis kelas, Walid bawak makan nasi di Nas Bistro. Dia ambil lauk telur ikan, telur sotong, telur dadar dan peria goreng. Amik hang, sepinggan ni 24 ringgit π
Sesi townhall dapat lunch pack sedap tu. Sedapnya lepat labu, lama gila tak makan lepat labu. Lepat pisang pun payah nak jumpa. huhu...
ReplyDeleteTudiaa penuh pinggan kalau makan kat mamak. Semua pun nak masuk pinggan kan. Berbaloilah dengan harganya tu kak.
Apa² makanan berasaskan labu mmg sedapkan Fiza...
DeleteBiasalah rambang mata hihi
Lauk semua telur aahhh...telur ikan, telur sotong dan telur dadarπππ
ReplyDeleteItulah. Terliur agaknya Kak Amie hihi
DeleteUish segala jenis telur anak PH ambik tu. Saya suka telur ikan :)
ReplyDeleteKita geng, PH pun suka telur ikan π
Deleteok tu kat food court ada kuliah dhuha.. sambil makan santai2 ada pengisian yg bermanfaat..
ReplyDeleteBetul. Adalah pengisian sambil makan² tu
DeleteBerdebar² main jenga blocks tu.
ReplyDeleteBila runtuh tu, Umminya yang terpaling kuat jerit Kak π«£
DeleteMZ singgah BW ni
ReplyDeleteThanks MZ π
Deletemesti ramai yg join smpi buat kat UIA tu..
ReplyDeleteOrganizer UIA, itu yg buat dlm tu. Ada seminar room lengkapkan
DeleteNampak lepat labu sedapnya
ReplyDeleteAah sedap lepat labu kan Kak
DeleteBagusnya pendekatan dakwah di food court. Sambil menikmati santapan makanan, dapat jugak menikmati santapan rohani.
ReplyDeleteIni food court yg sis makan masa attended kursus Umrah tu tau. Every Sunday ada kuliah dhuha ni
DeleteHahahahah sampai 24 Ringgit ya kak π. 3 jenis telur itu mahal juga berarti π€
ReplyDeleteAah setiap satu tu dikira 1 menu Fanny. Mujur bapaknya yang bayar ahahaha π
Deletecuti haritu Kyra pun ammi subscribekan untuk online Bio class. Ada 3 sessions classnya dengan harga yang ammi rasa sangat affordable. RM60 je. Itu jelah kelas yang ammi subscribe dan mujur tak tamak ambil kelas lain sebab tengok homework yang cikgu bagi pun dah bersusun2 sampai tak sempat nak siapkan
ReplyDelete