Bulan Ogos, yang baru beberapa hari berlalu boleh dikatakan month full of stress. Sebabnya Abang dan Kakak ada peperiksaan percubaan/trial untuk SPM dan PSRA respectively. Bila anak² exam ni, tak dapat tidak mak ayah pun turut rasa gementar dan tertekan jugalah kan. Ummi pun samalah, bulan lepas tu memang mood swing memanjang 😅
Maunya tak stress tengok jadual Abang bulan Ogos hari tu. Back to back exams. Trial SPM Abang bermula 29/7-22/8. In between ada juga Pentafsiran Pusat utk Hifz (semak buku tahriri dan hafazan) dari Lembaga Peperiksaan dan Darul Quran. Untuk dapat sijil hafazan dari JAKIM lepas SPM nanti buku tahriri kena siap. Buku tahriri ni akan dijilidkan.
Ummi rekod di blog supaya info ni boleh jadi rujukan juga utk yang memerlukan. Kongsi bukan saja pengalaman pertama anak ambil SPM tapi juga proses penilaian untuk aliran TMUA di SMKA.
Ingatkan habis trial 22/8 tu dapatlah bernafas sekejap, tidak ye. Disusuli pula dengan UTQH (Ujian Tilawah Quran, Hafazan & Hadith) bagi subjek Pendidikan Islam/Quran & Sunnah. Ini betul² bukan cobaan :D. Markah akan dicampur dgn kertas ujian bertulis nanti.
Anak² Batch 08 ni kuat ujian mereka. Masuk F5 bulan 2, bulan 7-8 trial SPM, bulan 11 ujian lisan, amali dan bertulis. Semoga dengan besarnya ujian ni, beroleh kejayaan yg besar juga hendaknya 🤲🏻 🤲🏻 🤲🏻
Selagi anak⁴ tak habis exam selagi tu la Ummi tak tenang :)
Alhamdulillah Kakak kata dia boleh jawab semua. Lega Ummi dengar. Tapi leganya kejap je kot, sebab hujung bulan ni peperiksaan sebenar, bukan lagi cobaan :D
Semoga yang baik² untuk anak² kita semua.
Anak2 periksa...mak2 yang x keruan...Moga anak2 PH beroleh kejayaan dunia akhirat...anak2 saya kecil lagi...tapi perlu jugak ambil tahu...
ReplyDeleteAamin aamin aamin Ya Mujib 🤲🏻
DeleteZaman skrg perlu keterlibatan mak ayah Sueann... Kadang rasa macam kita pun study sekali 😆
Semoga berjaya anak- anak...SA ni plak bulan 9 ni bulan dugaan, semua nak kena bayar, semua yang rosak...pening dah...dah la bulan birthday Khalaf ngan Dania...sama plak bulannya tu..
ReplyDeleteJenuh tu SA ..esp bab bday anak² tu. Tak celebrate kang merajuk pulak ye. Semoga dipermudahkan urusan kita hendaknya 🤲🏻
DeleteYa Allah, PH. Kita yang seorang ni pun stress apalagi anak⁴ macam PH, mesti 4x stressnya kan. Semoga Allah swt terus memberikan semangat pada PH kerana umi adalah kekuatan anak² dan doanya yg makbul, insyaAllah.
ReplyDeleteAamin³ tq SK.
DeleteKata² semangat gini sangat membantu 🤗
Minggu depan trial UPKK pula..tengok abang Mueez rileks je
ReplyDeleteBoy mmg tak leh kata apa la Linda. Depa punya rileks tu yg buatkan mak² stress 😆
Deletepagi tadi LM intai jadual exam spm acha. sampai dec la stress maksudnya.huhu. kita pun sama rasa tertekan
ReplyDeleteOh Ada LM pun ada ambik SPM ye tahun ni...all the best!
DeleteSama² la kita stress ye :D
tulah, masa kyra kata esoknya dia ada UTQH ammi ingat trial. Rupanya yang sebenar. Allahhhhh macam mana ammi boleh terlepas pandang nak rekod.
ReplyDeleteKyra dah dapat dah result trialnya. Ada As, ada Cs and addmath masih G (G yang dah hampir nak luluslah kalini). B tak ada.
Semoga tenanglah anak-anak batch 08 ni. In less than 90 days perjuangan sebenar bermula.
Mmg terkejut² la tahun ni punya schedule :(
DeleteAbg belum dapat full result trial ni.
Kita doa yg baik² ye Ammi, utk Kyra, utk semua anak2 Batch 08 ni.
Semoga terbaik keputusan Abang dan Kakak nanti. Insya Allah.
ReplyDeleteAamin aamin aamin Ya Mujib 🤲🏻
DeleteIgtkan zaman sekolah kita dah berlalu dah tak stress dgn ujian ye. Rupa2nya masih lagi stress dgn ujian anak2 pulak hehe. Tapi bagus jugak exam back to back ni, anak2 mmg akan fokus mengulangkaji je sepanjang masa.
ReplyDeleteRasanya stress ni takkan berhenti selagi bernama mak ayah hihi ...
DeleteInsyaallah dengan ketekunan mereka belajar bisa menjawab Exam yg sebenar dengan baik nanti 🤗
ReplyDeleteAamin aamin aamin Ya Mujib 🤲🏻
DeleteTq Fanny
Semoga Abang dan Kakak dapat jawab soalan dengan baik dan dapat keputusan yang cemerlang.. Anak-anak nak periksa memang buat kita tak keruan..
ReplyDeleteItulah... Exam penting mmg tak boleh rileks maknya pun. Stress memanjang 😅
DeleteTq doanya Cik Nur
Buat yang terbaik ye abang dan anak- anak SPM semua..aunty SA doakan dari kejauhan
ReplyDeleteTq Aunty SA 🤲🏻
DeleteBack to back exams tu, mesti penat kepala otak mereka nak study dan menjawab. Struggle anak-anak zaman now belajar. Jadual pun padat. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
ReplyDeleteJadual padat itu yang bertambah stress tu. Cikgu² pun nak kena kejar silibus
DeleteCobaan sekali harung tu.. takpe.. habis trial ambil nafas sikit... nanti sambung balik debaran huhu..
ReplyDeleteDoakan dilapangkan semuanya ye Kak
Deletebittawfeeq wannajah utk anak2 kita semua
ReplyDeleteAamin aamin aamin Ya Mujib 🤲🏻
Delete