Thursday, 7 November 2024

Cucur Sayur ala LM


Dah siap berbedak, nak keluar ke market. Elok pakai tudung lawa², hujan turun dengan lebatnya. 

Makanya jom la masuk 'ofis'. Hujan² ni lapaq. Padahal kalau tak hujan pun lapaq sokmo ๐Ÿ˜†
Try buat Cucur Sayur ala LM, kawan blogger kita tu. 

LM kata letak je apa² sayur jadi Ummi letak kangkung (first time buat cucur letak kangkung ni), kucai, cabai besaq, bawang Holland, kobis dan ikan bilis. 

Lepas tu letak tepung gandum (sekadar nak cantumkan sayur²), garam dan air sejuk. Ummi tambah sikit tepung jagung nak bagi rangup lagi, baking powder dan serbuk kunyit sikit. Maaf ye LM, sedikit derhaka resepi di situ๐Ÿ™๐Ÿป

It turns out so good la ... And crispy too... 
Tq LM resepinya ๐ŸŒน


Makcik ni dok gelisah nak keluar...
Panjat meja sisi, terjatuhkan pulak penutup canister kaca Ummi ๐Ÿ˜‡ Nak ketuk sayang, kita jentik je la telinga tu :p 

Pecah kaca, pecah gelas
Sudah pecah, sila kemas .

Baik, Ummi kemas ๐Ÿ™„

Jumuah mubarakah semua ๐Ÿซถ๐Ÿป

7 comments:

  1. Amboiiii sampai pecahkan ummi punya penutup ya?. Kemas sekarangggg!!!.....hehehe....

    Sedap la pulak cucur sayur ni PH. Pasti sedap.

    ReplyDelete
  2. Bagus dijentik saja... kalau kita terus rotan dia hahahaaa.

    ReplyDelete
  3. Hujan-hujan ni memang lapar selalu.
    Sedap nampaknya cucur sayur tu
    Cantik bulu majikan tu

    ReplyDelete
  4. Sabar jerlah kena kemas kaca pecah.

    ReplyDelete
  5. Betul kalau hujan je mesti lapar. Sedap cucur sayur tu.

    ReplyDelete
  6. sedapnya cucur esp kalau mkn panas2 tu!

    ReplyDelete
  7. Menarik pelbagaikan sayur macam tu...cicah sos cili pulak...lawan ngan teh O panas..
    ish

    ReplyDelete