Ingat Ummi ada masa untuk pening kepala?
Lepas satu, satu aktiviti si Kakak ni. Dan setiap aktiviti yang dia terlibat pastinya Ummilah tulang belakangnya.
Gerko minggu lepas masak memasak (under unit beruniform). Ala, yang dia usung chopper dan pan Ummi ke sekolah tu....
Gerko minggu ni menjual pulak. Kakak Kelab Usahawan Muda.
Roti Sosej ni dia buat sendiri. Ummi cuma demo je lepas tu dia buatlah semua.
Lama jugalah dok membeku dalam ruang freezer tu sebab asyik bertangguh je aktiviti jualan ni. Mujurlah ahli rumah semua amanah, takde yang pergi goreng Roti Sosej Kakak ni 😁 Setiap ahli bagi modal sorang RM10. Kakaklah tukang beli semua...
Bread crumbs ni dia buat sendiri juga. Bakar roti dalam AF then kisar. Warna gelap sikit jadinya Roti Sosej tu pun gelap sikit warnanya walaupun tak garing mana pun gorengnya. Dan sebagai tulang belakang dia, tugas menggoreng tu Ummilah kena buat sebab Kakak di sekolah. Dan Ummi kena hantar sebelum Gerko bermula. Dekat sejam jugalah Ummi dok menggoreng Roti Sosej dia ni... Dia buat dalam 50-60 pcs. Jenuh jugalah Ummi bersilat di dapur.
Alhamdulillah balik sekolah kelmarin katanya laku keras 👍🏻
Bagus ni. Rajin berniaga.
ReplyDeleteSekali sekala sekolah bagi peluang :)
DeleteNampaknya ummi kena ambil 20٪ ni kakak, hahahaha.
ReplyDeleteHaha... 20 persen utk puan penasihat 😁
DeleteBagus kecik2 lagi dah ada jiwa berniaga tu.
ReplyDeleteItulah tu... Cumanya nak berniaga di sekolah tak boleh. Utk aktiviti ni je dibenarkan pun
DeleteAlhamdulillah rezeki..semoga lancar urusan niaganya. Aamiin
ReplyDeleteMesti kakak seronok berniaga, bukan main masak-masak tipu-tipu tu. Mujur ada Ummi membantu. Banyak juga tu nak membuatnya.
ReplyDeleteTukang masak masuk dalam production cost tak tu😅
ReplyDeletewaaa pandainya dia cari duit! bagus sgt niii
ReplyDelete