Monday, 1 September 2025

Cuti Hari Merdeka 2025

Bermula 29.8 anak² asrama balik ke rumah. Ummi yang jemput kali ni. Alhamdulillah Jumaat tengahari dan petang jalan masih clear

Masak Sup Daging Korban (last batch) untuk dinner. Laju makan sebab lepas Maghrib Ummi Walid ada meeting πŸ‘‡πŸ»

Abang pula ada kelas MAQ lepas Isyak. 

Sabtu pagi - tengahari Abang ada kelas online (Fizik) dengan Dr Umair. Tajuk F4, Abang joined untuk revision. Cuti Merdeka ni pilih kelas online untuk Abang sebab nak elak keluar rumah to avoid traffic jam. Tapi rasanya tak teruk sangat kot kesesakan trafik kali ni. Maybe sebab hujung minggu ni pun long weekend (Maulud Nabi on 5.9) dan minggu depan cuti sekolah. Masa tu kot orang pakat balik kampung atau bercuti.

Tengahari Ummi Walid dan Adik pergi makan kenduri. 

Terkena dengan halia menyamar jadi ayam :D 
Ini pinggan Walid, segan nak post gambar halia di pinggan Ummi yang dah kena geget πŸ˜†

Lepas Asar keluar untuk early dinner. Sebab malamnya ada majlis bacaan Yasin F5 dan Abang ada kelas online Kimia (Cg Sab). 

Bacaan Yasin kali ni diketuai oleh Ketua BADAR, anakanda Jalal. 

Ahad, hari Merdeka duduk rumah je layan TV.

Mode rajin is on :) 
Breakfast sambil tengok perarakan Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ 
Masa Tokti nyanyi, Ummi dekat dapur dok goreng nasi ni la... 

Late lunch... 
Malam off la kitchen penat dah masak sebelah siang ni ... 

Sebelum Maghrib tu sempatlah layan TV kejap. Ada 2-3 cerita best; Leftenan Adnan (TV Kita - saluran 100 channel free sampai 16.9), Polis Evo (Ria) dan Seniman Bujang Lapok (Prima). Kejap² tukar channel bila time iklan sebab nak layan semua cerita 😁 
Malam pulak anak³ nak tengok Polis Evo 3. Layannnnn.... 

Hj Zikri buat kenduri aqiqah cucu, dapatlah nasi goreng kampung 2 packs. Alhamdulillah rezeki dinner

Isnin cuti Merdeka lagi tapi kena bangun awal. Masak breakfast untuk Abang. Dia kena balik asrama sebelum pukul 8 pagi sebab ada kelas persiapan untuk Syafawi Hifz SPM bermula esok. 

Dia nampak Ummi buat sambal tumis, terus minta tapaukan untuk Ilham. Siap hantar mesej πŸ˜†
Kali ni tak mampu dah nak tolak, kesian banyak kali sangat dah dok minta Ummi tapaukan. Lagipun pukul 10 dah nak makan jadi nasi ni taklah terperam lama. 

Petang balik dari hantar Angah ke asrama ada pokok tumbang halang jalan. Kata jiran ada ribut. Kami sampai rumah dah reda sebab hanya hujan je, takde angin. 

Seronok juga bila cuti panjang tak kemana² ni. Rasa panjang je masa. Jumaat ni cuti umum lagi kan. 

19 comments:

  1. Replies
    1. Salam Merdeka πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

      Delete
  2. Terisi minggu cuti merdeka macam2 program.

    ReplyDelete
  3. Salam kemerdekaan yang ke 68 tahun..semoga kita sentiasa ceria sihat dan dapat beramal ibadah..Aamiin

    ReplyDelete
  4. SA pun x kemana- mana...belikat sakit..memerap aje la kat rumah tapi pishaang sebab internet problem..wayar putuih...sabo je la..

    ReplyDelete
  5. Ya betul Jumaat ni Maulidur Rasul. ML pun seronok cuti panjang tak kemana, spend time dengan anak-anak. Grocery shopping, cook and baking together. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes spent time w family is always the best even at home pun kan

      Delete
  6. Penuh aktiviti terutama masak itu rasa meriah dengan macam-macam.

    ReplyDelete
  7. sedapnya sup daging korban...meriah la ank2 asrama balik cuti pjg kan...mcm2 menu ummi masak

    ReplyDelete
  8. Banyak juadah PH masak. Saya tak ke mana juga long weekend merdeka, tapi rasa masa cepat je berlalu walau pun di rumah. Seronok sebab anak-anak semua ada. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya sup daging korban dgn nasi lemak tu. Cuti panjang saya prefer tak kemana2 sbb confirm jem highway πŸ˜…

    ReplyDelete
  10. Saya kalau Long weekend, memang memilih di rumah saja. Sebab mana2 tempat wisata pasti crowded.dan harga2 langsung naik πŸ˜„. Dah paling betul, di rumah, masak atau pesan makan, laku menonton Netflix πŸ˜„

    ReplyDelete
  11. Best tu dapat merasa lagi daging korban. Bukan halia je pandai menyamar jadi ayam, kadang cili hijau pun pandai menyamar jadi kacang. hihi..selalu terkena. Nasib kita okay je kalau pedas.
    Hari yang sibuk, malam memang surrender lah nak masak-masak ni. Alhamdulillah rezeki dapat nasi goreng untuk dinner.
    Memang seronok cuti panjang kalau tak kemana-mana. Dapat rehat lama. Minggu ni cuti panjang lagi. yeay!

    ReplyDelete
  12. Betul lah.. cuti merdeka tu jalan clear je.. surprisingly..
    mungkin ramai yang plan berjalan masa cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete